Wednesday, July 23, 2014

Kerepek Hari Raya....


Assalamualaikum. 

Selamat berpuasa semua. Tahun ini rasa kekosongan pula sebab tak dapat nak buat bisnes jual-jual kerepek. Selalunya awal Ramadhan dah mula riki-riki harga kat kedai kerepek jenis dan harganya. Apabila seorang rakan lama di sekolah lama bertanyakan dimana saya memborong kerepek dengan banyak, terimbau kenangan balik kampung tiap minggu sebab nak berbondong-bondong plastik kerepek hari Isnin nanti.

Apakan daya, hujan emas dinegeri orang. Hujan batu ditempat sendiri. Sememangnya banyak baik yang baik ditempat sendiri.

Seminggu yang lepas, baru berkesempatan menjengah kedai kerepek Azhar Food Supplier. Selain kerepek yang pelbagai jenis dan rasa. Ada juga dijual koleksi biskut raya, dodol, jeruk, dan pelbagai produk keluaran Agromas. Sesiapa yang baru pertama kali masuk, mesti terpegun dan pening melihat kepadatan manusia. Pembeli juga bukanlah penduduk tempatan, kebanyakkan dari luar Johor. Flat kereta semuanya hampir Selangor, Kuala Lupur dan Singapore. 

Tips untuk ke sini. Siap ada tips kan kan.... 

1. Senaraikan
Digalakkan sebelum datang dah siap-siap list membeli. Bukan apa, bimbang terlebih berbelanja. Bahaya masuk Azhar Food Supplier, dibimbangkan terkena saka berbelanja tak ingat dunia.

2. Waktu
Kalau ikutkan saya suka datang hari petang. Selalunya lepas Asar, sebabnya orang yang borong jauh-jauh mesti dah kurang sebab mula beredar mencari juadah berpuasa. 

3. Beratur
Jika memang tiada pilihan dan datang pada waktu puncak. Pastikan seorang ahli keluarga sedia beratur terlebih dahulu. Bukan sebab kaunter tidak mencukupi, tapi kaunter sebanyak 5 pilihan sentiasa penuh dengan barisan yang panjang.


Rambang mata eh makcik...hehe


Bagi mereka yang masih belum tahu. Azhar Food Supplier ini terletak berdekatan dengan Pekan Rengit. Jikalau bimbang dan sesat bolehlah google maps sahaja. 

Untuk pengtahuan juga, produk utama Azhar Food Supplier iaitu kerepek telah mula memasukki Taiwan. Artikel ini telahpun dikongsikan dalam Berita Harian baru-baru ini. Azhar food ke Taiwan.

Borong banyak nampak...hehhe


Jangan risau tentang kualiti produk Azhar Food Supplier. Memang terbaik dan terbaru telah dibina kemudahan dan keselesaan para pelanggan. Ada ruangan tempat duduk unyuk berehat dipintu masuk. Ada surau untuk lelaki dan wanita. Juga disediakan bilik air untuk lelaki dan perempuan. Tahap kebersihan seperti berada di R&R Tol Plus...heh


Ok...seronok nampaknya perjalanan memborong kerepek di Azhar Food Supplier kan. Kalau kami sudah, anda bila lagi?

Laman web : Azhar Food Supplier
Facebook : Azhar Food




Sunday, July 20, 2014

3 perkara melemahkan jiwa seorang pendidik.

Assalamualaikum. 

Kerjaya seorang guru dahulu sangat dipandang mulia. Masa kecil dahulu ingat lagi orang kata ada dua kerjaya yang sampai mati orang akan ingat dan disebut. Kerja sebagai cikgu dan doktor. Panggilan cikgu dan doktor akan dibawa kemana-mana. Hebatkan.

Seiring dengan perkembangan semasa dan peningkatan intelektual rakyat Malaysia. Kerjaya seorang guru mula dipertikaikan dan diperlekehkan. Seolah-olah kerjaya seorang guru merupakan kerjaya kelas kedua. 

Sistem pendidikan yang sentiasa berubah - ubah menyebabkan cabaran seorang guru semakin bertambah dan guru perlu bersedia segenap segi mental dan fizikal.

Namun sedikit pun tidak akan menyebabkan luntur semangat saya ke sekolah. Saya masih cintakan sekolah. Walau bagaimanapun yang berlaku. Sebabnya? Tunggulah saya buka di lain lembaran.


Cuma ada 3 perkara yang melemahkan jiwa saya setiap tahun tentang sekolah. Saya harap perkara ini tidak melemahkan adik-adik yang bercita-cita menjadi seorang guru. 

Pertama adalah proses penyemakkan buku latihan atau buku kerja pelajar. Memang boleh jadi 'bedtime story' kalau menanda. Jumlah pelajar sekelas boleh dipuratakan seramai 30 orang. Jika saya mengajar 5 kelas, jumlah buku yang perlu disemak adalah 150 buah. Sebulan saya tetapkan hanya 2 minggu sahaja. Makanya sebulan sebanyak 300 buah buku perlu diulang semak. Secara umumnya sepatutnya kelihatan begitulah, namun jujur selalu terkucil sehingga dua tiga bulan baru sempat dijamakkan semak-menyemak buku tersebut.


Kedua apabila sampainya minggu pelajar diuji dengan kertas peperiksaan. Proses memilih dan menyiapkan kertas soalan bukanlah perkara rumit bagi seorang guru. Tetapi yang rumitnya proses menyedia set soalan seramai lebih kurang 200 orang calon. Boleh kita mulakan penggiraan kertas soalan terbahagi kepada dalam 3 set soalan. Set kertas satu ada hampir 20 helai untuk diketip setiap orang, set kertas dua hampir 15 helai dan set kertas tiga pula hampir 5 helai. Jumlah semua set kertas setiap pelajar 40 helai. Jumlah keseluruhan 800 set. Semua ini perlu diselesaikan dalam masa dua hari sahaja. Kalau lewat nampaknya....entahlah....rasa bersalah dengan diri sendiri.


Ketiga pula proses penandaan kertas peperiksaan. Kertas soalan dua dan tiga benar-benar menyebabkan jiwa kecut macam asam boi. Penat mata melihat tulisan 'cantik' anak didik saya. Penat otak memproses ayat-ayat cinta mereka. Benar-benar menguji kesabaran dan kerasionalan seorang guru.

Semoga Allah beri kekuatan buat saya terus mencintai kerjaya ini. Kerjaya ini banyak sangat jasanya kepada saya sepanjang lima tahun ini. 




p/s: dua minggu lagi nak percubaan spm....oh noooooo... >. <


Saturday, July 19, 2014

Ingatlah orang yang tersayang.

Assalamualaikum, 

Selamat hari sabtu. Selamat berpuasa dan selamat berhujung minggu semua. Bagaimana persiapan raya semua? Apa yang paling penting sekali agaknya.

Berhari raya tahun ini masih lagi tak fikir baju raya. Sebab penggunaan duit sedang beratur secara rapat menjelang raya. Kenalah tunggu baki yang ada...hehe

Walaubagaimana pun, sempat juga menjengah http://www.colorblast.my sebelum puasa lagi...hehe. Perempuan nak menyambut raya mesti nak baju hampir seminggu kan. Harapnya ada rezeki la nanti....harap sangat :D

Sabtu sebelum berpuasa yang lepas, saya telahpun membuat servis kereta di Toyota Kluang. Memang kebanyakkan servis saya laksanakan disini kecuali raya tahun lepas, kesibukan sangat terpaksa buat di Johor Bahru. 

Sebenarnya hal berkaitan dengan kereta saya sangat malas ambil tahu. Malah mencuci kereta pun sangat malas ambil tahu. Berharap hujan turun untuk membuang habuk degil.

Apa bagusnya servis kereta di pusat servis bertauliah? Selain mendapatkan warranty 5 tahun pertama, pusat servis juga akan memberi khidmat nasihat penjagaan yang telah dilaksanakan sebelum ini, semasa di pusat servis dan seterusnya untuk akan datang. 

Mungkin harga perkhidmatan mencecah RM 200 agak besar nilainya. Namun bagi saya, untuk mereka yang memang tak tahu ianya sangatlah berbaloi. Memang tidak dinafikan hartar ke bengkel biasa boleh berjimat banyak. Dan nilai RM 200 boleh dialirkan ke tempat lain. http://www.toyota.com.my


Tapi jika ada kemungkinan lain suatu masa nanti,  kita juga yang akan menanggung akibatnya. Boleh jadi juga akan mengakibatkan kehilangan nilai tinggit yang lebih besar.

Kemudian, kadang-kadang sempena kesetiaan kita ke pusat servis yang sama, kita akan diberikan khidmat servis percuma. Ada masanya diskaun 50% untuk alat ganti tertentu. Terbaru saya dapat penjimatan minyak apatah...ok la kan. http://www.toyota.com.my

Terpulang masing-masing apapun, hanya pandangan peribadi sahaja. 

Terima kasih kepada Dato sebab sudi bangun seawal pagi. Berkerut memikirkan hal politik barangkali...hehe


Eh jangan siap, sabtu sebelum puasa yea. Paling best sebab disediakan minum pagi dan biskut..itu pun nak kira best ke...haha :P 

Sesiapa nak sarapan pagi percuma datanglah mana-mana cawangan http://www.toyota.com.my



Jeng...jeng..lepas tunggu satu jam dan setengah..kita makan eh eh...tengok tu dah senyum lebar..seronok dapat makan. Esoknya dah puasa. Hari ini makan puas-puas eh...eheheh...



p/s: macam nak makan kek la....adedede....canner tu.. ><



Friday, July 18, 2014

Colorblast pilihan terbaikkkk...


Assalamualaikum.

Selamat berpuasa. Tinggal 10 hari sahaja lagi syawal menjelma. 

Ada sesetengah orang lebih suka kepada yang tradisional semasa berhari raya.  Tapi ada juga suka yang berfesyen di pagi raya, almaklumlah waktu nak melaram depan sedara mara tentulah hari raya.

Bagi saya, pakaian hari raya sama sahaja dengan hari lain. Sebab pakaian hari raya sebolehnya digunakan untuk ke sekolah. Memang musim raya waktu yang paling sesuai mencari baju kurung. Malah boleh jadi dengan harga yang lebih murah.

Oleh kerana kengkangan kerja dan kepenatan. Saya tak sempat nak ber'shopping' ke pasar untuk mencari baju kurung. Maka usaha saya ber'shopping' secara maya sahaja. Memng rezeki nampaknya, saya jumpa kedai online yang menawarkan harga mampu milik kepada semua wanita di Malaysia. 

Dimana agaknya? http://www.colorblast.my Semua pembaca bolehlah klik pautan yang saya sertakan. Sangat mudah cara membeli belah. Banyak pilihan jenis baju kurung pelbagai saiz disediakan. Malah kain pasang juga dijual dengan harga serendah RM 30.

http://www.colorblast.my menyediakan pelbagai koleksi baju kurung pahang, baju kurung moden, jubah dan kain pasang. Semuanya dengan harga sangat berpatutan. Malah sempena raya hendak tiba promosi 35% telah dinaikkan ke 50%. Ohsem kan....


Ini satu pilihan saya. Harganya hanya RM 57.60 sahaja. Saya beli semasa promosi 35%. Maknanya sekarang kalau sudah promosi 50%, harganya....kiralah sendiri. Rambang mata tak? Haha...http://www.colorblast.my



Kepada panduan pembaca yang belum mengetahui kepentingan warna dalam pemakaian harian. Ini saya berikan.

Jikalau rasa kurang bersemangat untuk bekerja, apa salahnya anda mencuba tekni psikologi warna seperti jadual diatas. Mana tahu akan menjadikan hari anda lebih baik. :D

Jangan lupa beli belah di http://www.colorblast.my. Saya promote sahaja, untung tiada pun...hikhik :P



p/s: saya suka sangat baju kurung....especially baju kurung johor. 


Thursday, July 17, 2014

Yang tertutup itu lebih indahhhh.....


Setiap perubahan memerlukan pengorbanan.
Setiap pengorbanan memerlukan hati yang cekal.
Hati yang cekal memerlukan sokongan yang kuat.
Sokongan yang dari mereka yang mengasihi diri kita.

Kejayaan, kemuliaan dan kebaikkan kita hari ini bukanlah disebabkan kita ini baik dan terpuji. Tapi disebabkan Allah sangat baik dengan kita. Allah tutupkan aib-aib kita di mata orang lain. Baiknya Allah. Lalainya kita sebagai hambanya.

Jikalau Allah buka aib kita, nescaya kitalah manusia paling hina didunia. Sehingga tak mampu ditanggung cemuhan manusia lain. Nauzibillah...

Semoga kita juga sama-sama jaga aib manusia lain supaya Allah akan jaga aib kita pula.


Sebenarnya saya nak kongsikan kedai online tudung yang baru saya ber'shopping'. Selama ini memang mencari tudung yang selesa dan sesuai untuk ke sekolah dan aktiviti poye2 riadah saya.

Sememangnya dah tanam dalam hati, puasa ini nak cari tudung bawal yang tak jarang dan labuh sedikit. Belum terbuka hati nak labuh sangat. Tapi masih memenuhi syariat Islam. 

Dua tahun dahulu apabila seseorang menegur pemakaian tudung saya, terkesan juga dalam hati. Tak puas hati dua hari rasanya. Kenapa tak berhikmah tegurannya. Atau hati saya sebenarnya yang masih kotor tak mampu menerimanya.

Lama kelamaan saya ubah juga. Pemakaian tudung saya biarkan pin ke bawah. Ramai menegur. Saya senyum dan cover 'nak cepat ke sekolah'..

Dalam masa yang sama, saya telah pun ber'shopping' koleksi tudung Nur Kasih. Memang cukup sedozen. Lama kelamaan kurang selesa dengan tudung tersebut sebab kainnya melekat ke dada. Bahaya tu...

Setahun kemudian, kembali ke tudung bawal. Pemakaian tudung pin ke bawah. Tapi saya alaskan tudung inner di dalamnya. Sebab tudung bawal memang jarang. Serius labuh bidang 50 ke 60 ke..kalau jarang masih belum memenuhi syariat Islam. Lagilah ramai tegur dan puji. Bimbang dalam hati dan takut tak istiqamah. 

Dalam hati pegang ayat ' aku taknak hidup sia-sia memikirkan pandangan orang. Pandangan Allah sangatlah penting."


Akhirnya jumpa juga solusi. Beli kain tudung kat Jakel. Potong dan jahit sendiri. Dapatlah beberapa helai. Tapi sayangnya jahitan tepi tak berapa kemas.....urmm...

Allah maha Baik. Jumpa juga saya dengan penjual tudung yang sama macam saya hendak. Nak kata murah pun boleh, berbaloi jugalah. Lagipun yang jual tentulah muslimah, bolehlah saya bantu dia meniaga. Berniaga kan sunnah Rasullullah. Saya pun minat berniaga. Tapi kecil-kecilan sahaja....hihi..


Banyak pilihan warna ada, rambang mata. Siap ada jualan murah shawl pula....adedehhhh...lemahnya. terbeli la sebanyak ini...siap ada free gift tau....suke......



Sesiapa yang berkenan nak bertudung baru bolehlah google 'zetinorani' kat facebook.https://www.facebook.com/zettyshoppe
Esok hari terakhir untuk buat sebarang tempahan untuk dipakai raya nanti. Jom jaga aurat masing-masing.


Terima kasih Allah.




Ramadhan yang berbeza.


Assalamualaikum. 

Salam Ramadhan 1435H. Selamat berpuasa dan selamat menuanikan teraweh semua.

Bulan puasa gedung pahala. Kalau mampu tingkatkan amal yang sedia ada. Kalau tidak kekalkan kebaikkan yang selalu diamalkan. InsyaAllah,  niat yang baik...hasilnya juga akan baik.

Lama tidak menaip. Lama berfikir,  rasa seperti mahu melabuhkan tirai blogspot ini. Tapi bila dua kali fikir...rasa tak perlulah. Sebab tujuan asalnya blog ini medan tempat saya berkongsi perkara yang saya baca dan lihat. Mungkin banyak untuk rujukan saya di masa depan. 

Setelah yakin tiada isi yang mungkin menganggu hati mana-mana pihak, saya rasa biarkanlah....blog ini merupakan proses kematangan saya sebagai seorang anak, seorang perempuan, seorang adik, seorang kakak, seorang kawan, seorang pendidik dan kini seorang isteri dan seterusnya. InsyaAllah. 




Ramadhan ini beza rasanya. 
Saya berharap bertambah baik dari tahun sebelumnya. Terkenang semasa berada di Permas Jaya, tiap malam hampir rasanya menjejakkan kaki ke Masjid Biru. Rindunya suasana begitu. Ramai sungguh yang datang. Beza dengan di kampung. Yang datang hanya yang sudah sakit sendi lutut. Tak mengapalah, perempuan bukannya wajib bermasjid.


Daripada Abdullah Ibn Mas’ud r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.




Semoga Ramadhan ini membuka hati kita untuk menjadi yang lebih baik. Yang baik bukan hanya dibibir, tapi ikhlas jauh dari sudut hati masing-masing.