Wednesday, July 23, 2014

Kerepek Hari Raya....


Assalamualaikum. 

Selamat berpuasa semua. Tahun ini rasa kekosongan pula sebab tak dapat nak buat bisnes jual-jual kerepek. Selalunya awal Ramadhan dah mula riki-riki harga kat kedai kerepek jenis dan harganya. Apabila seorang rakan lama di sekolah lama bertanyakan dimana saya memborong kerepek dengan banyak, terimbau kenangan balik kampung tiap minggu sebab nak berbondong-bondong plastik kerepek hari Isnin nanti.

Apakan daya, hujan emas dinegeri orang. Hujan batu ditempat sendiri. Sememangnya banyak baik yang baik ditempat sendiri.

Seminggu yang lepas, baru berkesempatan menjengah kedai kerepek Azhar Food Supplier. Selain kerepek yang pelbagai jenis dan rasa. Ada juga dijual koleksi biskut raya, dodol, jeruk, dan pelbagai produk keluaran Agromas. Sesiapa yang baru pertama kali masuk, mesti terpegun dan pening melihat kepadatan manusia. Pembeli juga bukanlah penduduk tempatan, kebanyakkan dari luar Johor. Flat kereta semuanya hampir Selangor, Kuala Lupur dan Singapore. 

Tips untuk ke sini. Siap ada tips kan kan.... 

1. Senaraikan
Digalakkan sebelum datang dah siap-siap list membeli. Bukan apa, bimbang terlebih berbelanja. Bahaya masuk Azhar Food Supplier, dibimbangkan terkena saka berbelanja tak ingat dunia.

2. Waktu
Kalau ikutkan saya suka datang hari petang. Selalunya lepas Asar, sebabnya orang yang borong jauh-jauh mesti dah kurang sebab mula beredar mencari juadah berpuasa. 

3. Beratur
Jika memang tiada pilihan dan datang pada waktu puncak. Pastikan seorang ahli keluarga sedia beratur terlebih dahulu. Bukan sebab kaunter tidak mencukupi, tapi kaunter sebanyak 5 pilihan sentiasa penuh dengan barisan yang panjang.


Rambang mata eh makcik...hehe


Bagi mereka yang masih belum tahu. Azhar Food Supplier ini terletak berdekatan dengan Pekan Rengit. Jikalau bimbang dan sesat bolehlah google maps sahaja. 

Untuk pengtahuan juga, produk utama Azhar Food Supplier iaitu kerepek telah mula memasukki Taiwan. Artikel ini telahpun dikongsikan dalam Berita Harian baru-baru ini. Azhar food ke Taiwan.

Borong banyak nampak...hehhe


Jangan risau tentang kualiti produk Azhar Food Supplier. Memang terbaik dan terbaru telah dibina kemudahan dan keselesaan para pelanggan. Ada ruangan tempat duduk unyuk berehat dipintu masuk. Ada surau untuk lelaki dan wanita. Juga disediakan bilik air untuk lelaki dan perempuan. Tahap kebersihan seperti berada di R&R Tol Plus...heh


Ok...seronok nampaknya perjalanan memborong kerepek di Azhar Food Supplier kan. Kalau kami sudah, anda bila lagi?

Laman web : Azhar Food Supplier
Facebook : Azhar Food




2 comments:

Unknown said...

oo kene wt list dl ek, ptt la belanja mcm terlebih je ritu :p

Unknown said...

Dah pergi ke? Apesal tak ajak....aisehhhhmannnn