Sunday, July 20, 2014

3 perkara melemahkan jiwa seorang pendidik.

Assalamualaikum. 

Kerjaya seorang guru dahulu sangat dipandang mulia. Masa kecil dahulu ingat lagi orang kata ada dua kerjaya yang sampai mati orang akan ingat dan disebut. Kerja sebagai cikgu dan doktor. Panggilan cikgu dan doktor akan dibawa kemana-mana. Hebatkan.

Seiring dengan perkembangan semasa dan peningkatan intelektual rakyat Malaysia. Kerjaya seorang guru mula dipertikaikan dan diperlekehkan. Seolah-olah kerjaya seorang guru merupakan kerjaya kelas kedua. 

Sistem pendidikan yang sentiasa berubah - ubah menyebabkan cabaran seorang guru semakin bertambah dan guru perlu bersedia segenap segi mental dan fizikal.

Namun sedikit pun tidak akan menyebabkan luntur semangat saya ke sekolah. Saya masih cintakan sekolah. Walau bagaimanapun yang berlaku. Sebabnya? Tunggulah saya buka di lain lembaran.


Cuma ada 3 perkara yang melemahkan jiwa saya setiap tahun tentang sekolah. Saya harap perkara ini tidak melemahkan adik-adik yang bercita-cita menjadi seorang guru. 

Pertama adalah proses penyemakkan buku latihan atau buku kerja pelajar. Memang boleh jadi 'bedtime story' kalau menanda. Jumlah pelajar sekelas boleh dipuratakan seramai 30 orang. Jika saya mengajar 5 kelas, jumlah buku yang perlu disemak adalah 150 buah. Sebulan saya tetapkan hanya 2 minggu sahaja. Makanya sebulan sebanyak 300 buah buku perlu diulang semak. Secara umumnya sepatutnya kelihatan begitulah, namun jujur selalu terkucil sehingga dua tiga bulan baru sempat dijamakkan semak-menyemak buku tersebut.


Kedua apabila sampainya minggu pelajar diuji dengan kertas peperiksaan. Proses memilih dan menyiapkan kertas soalan bukanlah perkara rumit bagi seorang guru. Tetapi yang rumitnya proses menyedia set soalan seramai lebih kurang 200 orang calon. Boleh kita mulakan penggiraan kertas soalan terbahagi kepada dalam 3 set soalan. Set kertas satu ada hampir 20 helai untuk diketip setiap orang, set kertas dua hampir 15 helai dan set kertas tiga pula hampir 5 helai. Jumlah semua set kertas setiap pelajar 40 helai. Jumlah keseluruhan 800 set. Semua ini perlu diselesaikan dalam masa dua hari sahaja. Kalau lewat nampaknya....entahlah....rasa bersalah dengan diri sendiri.


Ketiga pula proses penandaan kertas peperiksaan. Kertas soalan dua dan tiga benar-benar menyebabkan jiwa kecut macam asam boi. Penat mata melihat tulisan 'cantik' anak didik saya. Penat otak memproses ayat-ayat cinta mereka. Benar-benar menguji kesabaran dan kerasionalan seorang guru.

Semoga Allah beri kekuatan buat saya terus mencintai kerjaya ini. Kerjaya ini banyak sangat jasanya kepada saya sepanjang lima tahun ini. 




p/s: dua minggu lagi nak percubaan spm....oh noooooo... >. <


2 comments:

Unknown said...

salah satu perkara yg kekal dibawa ke dalam kubur ialah ilmu bermanfaat yg diajar pada org lain, ganjaran yg besar, pasti ujiannya juga besar..

Unknown said...

Baik kapten!!!