Thursday, August 29, 2013

UniKL-MITEC : Program Galakan Membaca Peringkat Pasir Gudang


Hari ini mengantikan Cikgu Media sekolah ke majlis Progam Galakan Membaca. Bolehlah ambil angin sekejap diluar. Sesak nafas di sekolah...cehhhh



Kalau mengikut tentatif majlis, Ketua Pengarah JPN Johor yang sepatutnya hadir dan merasmikan majlis. Tapi biasalah, orang besar kan selalu sibuk. Digantikan dengan Hajah Saadiah binti Said, unit bahagian mana saya kurang peka...hihi



Siapa budak lelaki ini? Awal majlis dia yang baca doa, tetiba keluar lagi menyampaikan sinopsis bacaan Nilam. Buku pun bukan calang-calang, buku bibliografi Tunku Abdul Rahman. Tanpa teks langsung ditangan. Jelas penyampaiannya.

Bukan setakat membaca, siap bersajak. Tambah lagi siap menyanyi 3 bahasa lagi. Memang tak silaplah dan layaklah menyandang Tokoh Nilam Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan.



1 comment:

Unknown said...

tokoh Nilam permas jaya sape ek