Hi, Assalamualaikum..
Selamat bersekolah semua. Hari pertama sekolah selepas berpuasa sebulan dan cuti 2 minggu. Macam kekok pula nak bangun pagi, nak masak air dan nak sarapan. Semua berlaku dalam gerak perlahan. Hurm.....
Semalam saya baca surat khabar Berita Harian. Sempat nak kongsi pagi ini. Entah, tak tahu nak sentuh kerja yang mana. Saya rehatkan minda untuk ringgankan kepala. Cuti seminggu pun masih nak rehat. Mengada..hahahha.
Teknik terbaru (sebab saya baru tahu) untuk kurus. Teknik meletakkan sejenis peranti di atas lidah berjahit haya memerlukan kos kurang dari RM 7000. Menurut budak perempuan yang telah memakai selama sebulan, berat badannya berkurang sebanyak 10.4kg.
Eh berkesan kan? Pemakaian peranti ini menjadikan rutin memakan kurang selesa. Dah mengurangkan pengambilan makanan yang berat. Secara automatik mengajar pemakai untuk lebih memilih makanan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan.
Tapi jangan pandai-pandai nak jadi doktor sendiri main jahit lidah tau.
Ok, jaga diri semua...
p/s : hati-hati yang baru pulang dari kampung tu yea...minggu ni jangan lupa main bola, kalau tak bulat nanti....hihi
2 comments:
kalo main bola pn jdik bulat cm bola cmne?
Takde macam mana pun...macam bolq la jadiknya... :P
Post a Comment