Hi, Assalamualaikum..
Banyak perkara nak dikongsikan hari ini. Sebab banyak sangat luangkan masa dengan pakcik Google siang tadi. Macam-macam info keluar masuk.
Seumur hidup saya, saya fikirkan...ikan tak pernah tidur. Sebab itu orang tua pernah pesan, jangan makan ikan banyak-banyak nanti tak boleh tidur malam. Ha...mesti tak percaya kan. Kebetulan yang mengukuhkan kenyataan ini. Semasa sepupu saya kecil, dia memang hantu ikan...dan orangnya sangat aktif dan susah nak tidur malam. Sekarang saya kurang pasti sama ada dia masih hantu ikan dan masih susah nak tidur malam. Kalau aktif tu memang masih lagi. Rajin main bola tiap petang.
Berbalik kepada persoalan bagaimana ikan paus tidur. Ikan paus ni ada gaya rupanya kalau nak tidur. Tengoklah gambar dibawah.
Tak sangka begininikan paus tidur kan. Subhanallah.. Hebat ciptaan-Nya.
Sekian, jaga diri semua......
2 comments:
tula tak nak tanya org ikan :P
Cete je le lain kali...haha
Post a Comment