Sunday, August 18, 2013

Facebook punca kemurungan.


Hi, Assalamualaikum..

Hari ini keluar pagi sebab ada pasar minggu. Boleh jalan-jalan sebab dah tak tahu nak buat apa dirumah selain tengok tv, makan, tidur. Paling rajin asyik layan kucing makan. Naik gemok, siap muntah-muntah budak kecik (kucing) sebab terlebih makan...hahaha


Ok..nak kongsi satu kajian selidik berkenaan pengguna Facebook.  Ini dalam surat khabar Berita Harian hari ini punya. 




Bagi pengguna tegar Facebook,  hati-hatilah anda semua. Sebab kajian ini dijalankan kepada pengguna berusia lingkungan 20-an. Salah satu sebab kemurungan disebabkan cemburu, benci diri sendiri, kurang kominukasi dan menyendiri.

Memang pun kebanyakkan pengguna Facebook,  diluar orangnya biasa-biasa sahaja. Tapi rupanya sangat 'femes' dan sangat ramai kawan di alam maya. Diluar sangat susah nak bercakap, nampak sopan dan cool. Tapi rupanya dikalangan rakan mayanya, dia sangat peramah. Pelik kan? Lagi sangat pelik bila dalam laman sosial, berani tegur sapa, bila bertembung depan mata nak tengok kita pun tak terpandang. Adeh, manusia dua alam. >. <


Langkah mengurangkan kemurungan, menurut kajian tersebut, mengalakkan perhubungan secara bersemuka dan mengurangkan penggunaan jaringan sosial.

Lepas ini boleh la gunakan blog untuk bersosial...hihi. Terpulanglah bagaimana kita mengatasi ketagiha terhadap laman sosial. Internet bagus kalau kita gunakan secara berilmiah. Kalau kita pilih yang tak bagus, maka jadi tak baguslah.

Semua yang kita lakukan hari ini mungkin kita fikir takda apa-apa kesan. Tapi cuba bayangkan sikap negatif kita kalau suatu masa nanti akan dilakukan oleh anak kita sendiri. Bagaimana?


Kalau kita nak yang baik, kita kena jadi baik. Kita tak boleh ubah dan paksa orang jadi baik.


Sekian. Selamat sekolah semua. :)



No comments: