Saturday, August 17, 2013

Siapa yang gila?


Hi, Assalamualaikum..

Raya dah masuk hari kesepuluh. Takda dah orang datang raya. Sunyi sepi rumah. Kawan-kawan ramai yang dah masuk kerja isnin lepas. Lusa hari isnin, sekolah dah mula dibuka...hoho....sekolah sekolah....hoho


Abaikan cerita sekolah, tadi kebetulan jalan-jalan dengan pakcik Google,  masuk blog entah siapa punya, terjumpa satu cerita kelakar yang ada buat rasa 'konfius' juga. 


Ceritanya begini....dan diringkaskan dengan penambahan ajinomoto...maka jadi begini.


Disebuah kampung terdapat seorang pemuda yang baru sahaja pulang dari menghabiskan pengajiannya di Mesir. Entah mendalami pengajian apa, orang kampung pun kurang pasti. 


Oleh kerana dia baru sahaja pulang ke kampung, belum sempat beramah mesra dengan penduduk kampung. Ada beberapa penduduk kampung yang menganggapnya sombong. Tak kurang juga, sikapnya yang seperti menyendiri di rumah dan hanya keluar rumah untuk masjid, menganggapnya seperti orang gila. 


Terjadilah kejadian suatu pagi lebih kurang jam 10 pagi dia melaungkan azan di masjidnya. Kecoh sekampung dengan kedengaran azan disiang hari, semua pakat-pakat datang masjid beramai-ramai menjenguk gerangan siapakah yang melaungkan azan jam 10 pagi.


Seorang pakcik dengan marah-marah menegur pemuda tadi. 
"ooi budak gila, ko ni mimpi ke apa...dah siang buta ni..laungkan azan?"

Pemuda tersebut menjawab.
"Eh? Tadi azan subuh pukul 6....cuma 5 orang je yang datang...ni jam 10 pagi...ramai pulak yang datang..."


Keseluruhan cerita ini, siapa sebenarnya yang gila eh? 



Sekian, selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin.


2 comments:

Unknown said...

Ada hadis nabi yg antara maksud nya 999 dr 1000 anak adam akan masuk neraka. Hanya 1 ke syurga. Lg ratio yg menguruhkan hati..

Unknown said...

amboi main kasaq nampak ayat kt gmba tu..