Thursday, August 15, 2013

Memepas dalam belanga.


Hi, Assalamualaikum...


Cuti sekolah, jangan lupa buka buku. Naik sekolah dah mula percubaan SPM. Dalam kepala pening juga bagaimana prestasi budak-budak rebina. Bagi saya mejadi masalah bila soalan percubaan, cikgu yang mengajarnya yang kena sediakan. Bagaimana nak melihat tahap pelajar berbanding rakan sebaya sekitar Johor? Macam-macam ahli majlis pengetua ni. Semakin menjadi pengetua semakin pelik kematangan kepimpinan mereka rupanya.


Abaikan masalah sekolah selagi masih bercuti. Masalah tempat kerja, masalah sekolah kita tinggal di sekolah. Naik sekolah baru mula fikirnya yea.


Hari ini belajar perkataan baru. MEMEPAS. Surat khabar Berita Harian muka surat 32. Semalam punya, tapi konon sibuk tak sempat nak dibaca.


Memepas maksudnya memancing atau mengail. 'Memepas dalam belanga' pula suatu peribahasa melayu lama. Memang kali pertama tahu ni. Kenapa pula memancing dalam belanga kan? Banyak lagi tempat nak dibuat memancing kan.





Peribahasa 'Memepas dalam belanga' bermaksud mengambil atau mencari keuntungan daripada keluarga, saudara dan rakan sendiri.

Contohnya seperti fenomena berniaga secara sistem piramid. Mungkin lebih tepat berniaga MLM. Habis semua mak, ayah, adik beradik, sedara dan kawan disapunya masukkan sebagai 'downline'. Ada yang saya kurang berkenan yang seakan-akan memperlekehkan kita yang tak berminat nak berniaga seperti mereka. Bukan semua orang ada bakat meniaga kan. Orang dah tak berminat, tak perlulah pujuk sampai nak pengsan hari-hari cari kita macam berhutang pula..hiksss...


Itu sahaja. Sama-sama kongsi ilmu. 

Jaga diri semua... ;)



No comments: