Monday, December 31, 2012

Mudahnya dan bahayanyaaaa....


Sesi persekolahan 2013 akan bermula lusa, budak sekolah sibuk bersiap barang-barang sekolah....yang sentiasa ke sekolah sampai ke tua pun sibuk-sibuk juga beli barang sekolah...hihi ^_^


Jumaat lepas selamat sesi meeting-meeting mesyuarat yang sama maksud macam taklimat dari pihak pentadbir kepada orang-orang bawahan, singgah jalan-jalan ke Jusco Tebrau City dengan housemate kawan rumah baru...baru ke? :P




Cabaran juga pergi kedai buku ni, mujurlah kad ahli Popular dah tamat tempoh. Maka, sedikit kesedaran disitu supaya tak beli banyak buku. Buku? Novel sebenarnya...hihi ^_^ Ditambah-tambah juga masih berpegang janji adik yang dengan sukarela nak berkongsi Baucer Pelajar dia awal tahun nanti....wahhhhh!!!!! sangat tak sabar :P


Akhirnya, hanya ambil 3 batang pen dan novel 'Ketika Cinta Berbuah Syurga'. Beli novel ini sebab sejak kat UTM lagi, tiap kali 'hold' buku dalam sistem..tak pernah nak dapat. Belum baca, nak sangat baca...tercari-cari dah lama...bila dah jumpa, haruslah dibeli...kan kan...kan kan... :D


Itulah bagusnya kalau rumah jauh sedikit dari kedai buku. Kalau tidak, mahu hari-hari beli buku, tapi bacanya entah bila. Singah kedai bulu boleh buat mata berpinar-pinar kat kedai buku dekat 3-4 jam macam teman mak pergi kedai kain. Macam semuanya nak dibelinya....hihi :P


Tapi.


Tapi......


dan tapi....


dan tapi.......


dah terjebakkkkkkk.....


Apabila kebetulan terjumpa benda alah ini.... HOHO

Sangat dan sangat teruja bila nampak nombor-nombor sale 20% dan 15% dengan penghantaran percuma. Wahhhh.....!!! super-duper jimat. Tak perlu bersakit mata membelek buku dan menahan sejuk penghawa dingin kat kedai lagi. Tak perlu beratur ambil tiket parking, menjajau-jajau mencari parking. Tak perlu keluar duit minyak kereta. Tak perlu tengok-tengok jam nak tahu dah pukul berapa untuk beringat untuk balik rumah. Tak perlu dah semua tu....mudah kan...kan kan...


Tapi....bahayanyaaaaaa....untuk saya >.<


Dah selamat pun beli 4 buah buku kat situ. Tunggu isnin depan sampailah depan rumah kat kampung nanti. :D Teruja sangat sebab memang dah lama cari buku -buku itu....bila dah lama mencari, dan bila dah jumpa...haruslah dibeli..kan kan...kan gitu kan... :P





Selamat Tahun Baru


Jemput Tutti Frutti


^_^





May Allah Bless U



*******************************************************


p/s: tak rugi pun beli buku kan...persediaan membina mini library.. ;)




Sunday, December 30, 2012

Salam Tahun Baru





Selamat Menyambut Tahun 2013

Tanamkan azam


Sentiasa positif untuk menjadi yang lebih baik

Istiqamah selalu

InsyaAllah


************************************

Take Care

May Allah Bless U

^_^


**************************





Friday, December 28, 2012

Mungkin Pelik.


Kalaulah soalan diberi berbunyi ; Pernah makan sup lembu?
Mungkin ada yang gelak sebab tiada yang pelik untuk soalan ini. Mungkin ada juga jawapan yang muncul tidak sebab keadaan kesihatan yang kurang baik seperti darah tinggi atau gout. 

Kalau saya tukarkan soalan begini ; Pernah makan sup kulit lembu?
Muka masing-masing mula berkerut. Berfikir mungkin atau rasa pelik menerjah minda masing-masing. Memang pelik bagi sesetengah orang dan juga mungkin tidak terfikir akan wujud sup kulit lembu. Sebabnya kebiasaanya kulit lembu dibuat kulit kompang dan dipasaran komersial dibuat beg kulit dengan harga yang sangat mahal.

Kalau saya tambahkan lagi soalan lain berbunyi ; Pernah makan sup kaki lembu? kaki kambing? Haaa....mau pening lalat berfikir sekejap kan. Tadi cerita pasal sup kulit pun tak tahu...inikan pula sup kaki. Jangan bimbang semua, sebab sup kulit, sup kaki lembu dan kaki kambing adalah halal disisi Islam. Cuma mungkin nampak pelik dan jarang-jarang kita lihat dan kita dengar.

Mungkin ada baiknya saya kongsikan artikel mengenai usahawan kulit lembu yang mewarissi tradisi keluarganya DISINI. Kalau tak silap saya, kisah ini pernah muncul dalam Majalah 3 sebelum ini. 

Prosedur makmal masak-masak kulit ataupun kaki lembu sama sahaja. Disebabkan cuti sekolah yang terlampau panjang (panjang ke :P) dan mengelakkan kebosanan disamping cuaca yang sentiasa hujan petang, maka saya isi dengan aktiviti yang sedikit berfaedah. Kaki lembu, kaki kambing dan kulit lembu perlulah di panggang diatas api dahulu.




Proses bakar membakar dan pastikan keseluruhan kaki atau kulit dibakar sepenuhnya. Macam mana nak tahu dah bakar sepenuhnya? Pastikan semua kawasannya berwarna hitam akibat jelaga api. Kemudian ketepikan daripada api dan sejukkan sebentar. Apabila suam-suam kuku, ambil pisau/parang kikis hitam-hitam jelaga api semasa membakar tadi. Proses kikis-kikis untuk pastikan bulu-bulu dibuang sepenuhnya. Jikalau masih ada ternampak bulu-bulu degil, ulang balik proses bakar-bakar dan kikis-kikis. Mudah sahaja kan.... :)

Selepas selesai proses buang bulu-bulu. Bagi kaki lembu atau kambing, kena kerja keras sedikit. Buang tapak kasut kaki dengan menggunakan parang, sebab keras benda alah ni. Selepas selesai semua, rendam kaki atau kulit sehingga keadaan kulit atau kaki menjadi kembang. Mungkin ambil masa 3 hingga 4 jam. Kalau bakar pagi-pagi buta, jam 11 pagi masak tengahari dah boleh sangat dah. 

Proses nak masak? Macam masak sup biasa ade semua jenis bawang, semua jenis kayu dan bunga-bunga kering dan lebihkan sedikit halia dan bawang putih. Semua sama dari proses menumis sehinggalah sup siap seperti masak sup yang lain. Cuma mungkin ada kulit atau daging kaki lembu yang keras, maka lamakan proses merebusnya. Mudah kan? ;)

Boleh lanjutkan lagi pembacaan anda di laman sesawang dibawah ini sekadar rujukan yang lebih lengkap. Bermula dengan cara membakar sehinggalah proses memasak.



Kalau anda sangat bangga dan megah dapat makan makanan barat/jepun/korea yang pelik-pelik rasanya, kenapa katakan TIDAK untuk mencuba sup kulit lembu atau sup kaki lembu/kambing. Betul tak? 


Sekadar mencuba....bukan dijadikan rutin pula, bimbang datang pula penyakit lain...hihi :P Apa-apa pun jenis penyakit yang datang...bermula dengan makanan yang kita makan...tapi yang paling penting bagi saya.....dengan  mengamalkan kesederhanaan dalam makanan.... :D




Amalkan Kesederhanaan


May Allah Bless U


Take Care

^_^


***********************************




p/s : nak tau siapa yang fobia dengan kaki ayam? jawapannya......rahsia :P


Saturday, December 15, 2012

Jepun dan Bunga Sakura


Mesti sangat pelik kenapa tiba-tiba nak buat tajuk misteri, terpengaruh dengan novel RAM...beginilah jadiknya, hari-haru diselubungi misteri... :P

Impian nak menjejak kaki ke Jepun bukan sebab berangan semata-mata, tapi taksub kepada novel RAM : Hatiku Di Hajajuku, bagaimana Ramlee Awang Murshid cerita yang memang tak masuk akal bagaimana seorang laki bernama Risham, tiba-tiba adalah ketua salah satu kumpulan Samurai kat Jepun. Saya pun kurang pasti sama ada mitos Ryu-Watanabe:Noriko itu benar-benar tercatat dalam sejarah jepun atau sekadar rekaan RAM semata-mata. Walaupun memang tak masuk akal, tapi pengolahan dan imaginasi RAM telah buat kita saya percaya yang situasi itu benar-benar berlaku. 


Sejak baca novel ini, suasana negara Jepun dan bunga sakura macam betul-betul ada depan mata...haha, banyak berangan kan :P

Walaupun ada beberapa penulis dan pengkritik novel mengkritik novel ini yang dikatakan agak melencong. Saya rasa sebagai penulis, Ramlee ada hak nak buat macam mana dengan plot cerita dan jalan cerita dia. Kalau dah dinamakan cerita Fiksyen, terpulanglah nak berimaginasi setinggi langgit pun kan...kan kan... :P Lagipun dia berjaya buat saya dan saya rasa pembaca lain teruja nak pergi Jepun...lalalala :P


Cukup la dua je komen kan, itu antara yang boleh dikongsikan.

*
*
*
*

Okey, tamat cerita novel RAM...jadik, boleh faham kan kenapa saya suka Jepun dan bunga Sakura. :D Jadik boleh la buat-buat faham, tolong belikan pakej perlancongan ke Jepun yea...haha :P

Seterusnya, berbalik kepada tajuk yang sangat misteri, kita sama-sama ambil tahu apa yang istimewa sangat tentang bunga Sakura dan kenapa rakyat Jepun sangat berbangga dengan bunga Sakura. Seperti biasa rujukan saya tentulah kesayangan saya Pakcik Google.










Kalau belum puas menikmati keindahan bunga Sakura, bolehlah tengok web ini, sangat banyak gambar bunga Sakura. Sangat cantik... ^_^


Bunga Sakura.
Merupakan bunga kebangsaan Jepun (seperti kita di Malaysia kita membanggakan Bunga Raya). Bunga Sakura berwarna merah muda, dan jika dilihat dari jauh warnanya seolah-olah berwarna putih. Semakin merimbun, memekar, banyak Bunga Sakura, semakin cantiklah pohonnya. Munculnya Bunga Sakura ini juga melambangkan tibanya musim baru di Jepun. Sambung bacaan anda disini : http://saiyukisayuki.tripod.com/sakura.html dan http://id.wikipedia.org/wiki/Sakura




Sangat besar impak novel Hatiku di Harajuku karya Ramlee Awang Murshid sampai saya teruja nak ke Jepun dan melihat sendiri keindahan bunga sakura. Jarang sekali Ramlee menggunakan latar belakang negara luar sebagai wadah ceritanya. Kebanyakkan cerita novel Ramlee menggunakan keindahan Sabah, terutamanya Kundasang....(sebab ini jugalah saya menjejakkan kaki ke Sabah) :P


Selamat membaca bagi yang sudi membuang masa untuk membaca... ^_^


May Allah Bless U


Take Care


*************************




Sunday, December 09, 2012

^_^ Everything i need...



You are my love
You are my life
You are my everything i need
I give you my heart
I give you my soul,
In every way…


^_^

***************************************