Friday, December 28, 2012

Mungkin Pelik.


Kalaulah soalan diberi berbunyi ; Pernah makan sup lembu?
Mungkin ada yang gelak sebab tiada yang pelik untuk soalan ini. Mungkin ada juga jawapan yang muncul tidak sebab keadaan kesihatan yang kurang baik seperti darah tinggi atau gout. 

Kalau saya tukarkan soalan begini ; Pernah makan sup kulit lembu?
Muka masing-masing mula berkerut. Berfikir mungkin atau rasa pelik menerjah minda masing-masing. Memang pelik bagi sesetengah orang dan juga mungkin tidak terfikir akan wujud sup kulit lembu. Sebabnya kebiasaanya kulit lembu dibuat kulit kompang dan dipasaran komersial dibuat beg kulit dengan harga yang sangat mahal.

Kalau saya tambahkan lagi soalan lain berbunyi ; Pernah makan sup kaki lembu? kaki kambing? Haaa....mau pening lalat berfikir sekejap kan. Tadi cerita pasal sup kulit pun tak tahu...inikan pula sup kaki. Jangan bimbang semua, sebab sup kulit, sup kaki lembu dan kaki kambing adalah halal disisi Islam. Cuma mungkin nampak pelik dan jarang-jarang kita lihat dan kita dengar.

Mungkin ada baiknya saya kongsikan artikel mengenai usahawan kulit lembu yang mewarissi tradisi keluarganya DISINI. Kalau tak silap saya, kisah ini pernah muncul dalam Majalah 3 sebelum ini. 

Prosedur makmal masak-masak kulit ataupun kaki lembu sama sahaja. Disebabkan cuti sekolah yang terlampau panjang (panjang ke :P) dan mengelakkan kebosanan disamping cuaca yang sentiasa hujan petang, maka saya isi dengan aktiviti yang sedikit berfaedah. Kaki lembu, kaki kambing dan kulit lembu perlulah di panggang diatas api dahulu.




Proses bakar membakar dan pastikan keseluruhan kaki atau kulit dibakar sepenuhnya. Macam mana nak tahu dah bakar sepenuhnya? Pastikan semua kawasannya berwarna hitam akibat jelaga api. Kemudian ketepikan daripada api dan sejukkan sebentar. Apabila suam-suam kuku, ambil pisau/parang kikis hitam-hitam jelaga api semasa membakar tadi. Proses kikis-kikis untuk pastikan bulu-bulu dibuang sepenuhnya. Jikalau masih ada ternampak bulu-bulu degil, ulang balik proses bakar-bakar dan kikis-kikis. Mudah sahaja kan.... :)

Selepas selesai proses buang bulu-bulu. Bagi kaki lembu atau kambing, kena kerja keras sedikit. Buang tapak kasut kaki dengan menggunakan parang, sebab keras benda alah ni. Selepas selesai semua, rendam kaki atau kulit sehingga keadaan kulit atau kaki menjadi kembang. Mungkin ambil masa 3 hingga 4 jam. Kalau bakar pagi-pagi buta, jam 11 pagi masak tengahari dah boleh sangat dah. 

Proses nak masak? Macam masak sup biasa ade semua jenis bawang, semua jenis kayu dan bunga-bunga kering dan lebihkan sedikit halia dan bawang putih. Semua sama dari proses menumis sehinggalah sup siap seperti masak sup yang lain. Cuma mungkin ada kulit atau daging kaki lembu yang keras, maka lamakan proses merebusnya. Mudah kan? ;)

Boleh lanjutkan lagi pembacaan anda di laman sesawang dibawah ini sekadar rujukan yang lebih lengkap. Bermula dengan cara membakar sehinggalah proses memasak.



Kalau anda sangat bangga dan megah dapat makan makanan barat/jepun/korea yang pelik-pelik rasanya, kenapa katakan TIDAK untuk mencuba sup kulit lembu atau sup kaki lembu/kambing. Betul tak? 


Sekadar mencuba....bukan dijadikan rutin pula, bimbang datang pula penyakit lain...hihi :P Apa-apa pun jenis penyakit yang datang...bermula dengan makanan yang kita makan...tapi yang paling penting bagi saya.....dengan  mengamalkan kesederhanaan dalam makanan.... :D




Amalkan Kesederhanaan


May Allah Bless U


Take Care

^_^


***********************************




p/s : nak tau siapa yang fobia dengan kaki ayam? jawapannya......rahsia :P


2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.