Tuesday, March 22, 2011

Kenapa Baju Doktor Bedah Berwarna Hijau..?


Ini satu lagi pengetahuan baru..nak dikongsikan disini...
Dalam bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas.
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor...

hijau..hijau... ;p

***********************************************


Sunday, March 20, 2011

Klebang.


Kenduri Kawen.
Sepanjang cuti seminggu dirumah, inilah majlis kawen yang saya hadiri. Inipun sebab bersama keluarga. Sebenarnya ada satu lagi majlis. Teman baik saya di campus UTM Skudai...baik pun tak la baik sangat..haha, partner lab sebenarnya...kira baik la kan..sebab sama berkongsi copy2 and paste lab report....hihi ;p Maaf yea sebab tak dapat datang...sebab yang ke Melaka ni sedara sebelah mak...huhu

Perjalanan.
Bergerak jam 10..masuk highway PLUS. Entah, saya rasa abang ipar saya ni sesat..sebab berapa kali jugak terpusing2..takpelah..sampai ke rumah pengantin jam 1.15ptg..lama bukan? ramai bebetul orang...sebab nak makan je takde tempat...bila kira2 bilangan khemah...dekat 10 buah khemah..wow;o..last2 dapat, kat penghujung khemah...dekat2 belakang rumah...haha...lepas makan, duduk2 kejap..sampai la jam 3ptg. Bertolak balik singgah pantai Klebang. Tempat yang sama masa pergi Zoo Melaka tahun 2009..eh, entry tu dalam blog lama...hehe.. Da semakin canggih..rasanya semakin lebar Pantai Klebang....rasa2nya mungkin nak buat macam Teluk Danga (Danga Bay) macam kat JB...tempat perlancongan..mungkin la...

Penat.
Serius sangat penat semalam..ditambah2 lagi dengan hujan...huhu, malam terus cepat2 tido...tak larat nak layan cerekarama pun...dan sesapa pun...

Balik JB.
InsyaAllah petang ni balik..huhu, sekolah....sekolah...sekolah sekolah....~







Thursday, March 17, 2011

Kuat seperti kepah/tiram.. :)



Mutiara.
Sejak menjak bercuti ni...saya semakin aktif ber 'on9'..sampaikan ada kawan2 tegur..cuti sekolah baru nampak timbul..kalau tak mesti macam 'chipsmore'. Sedang melayari kapal layar..eh, bukan...melayari internet terjumpa kata-kata motivasi diri berkaitan dengan mutiara. Kemudian baru terfikir sepanjang hidup ni..tak pernah terfikir bagaimana biji mutiara tu boleh wujud dalam seekor kepah/tiram.

Tanda.
Maka teruskanlah pembacaan anda...walaupun tahu memang takde siapa yang baca blog ni...tapi sekadar simpanan di hari kemudian ada baiknya kan...sebagai tanda ingatan saya pernah membacanya...hehe ;p


Irritasi.
Bagaimana mutiara dihasilkan. Secara ringkasnya melalui pencarian bersama pakcik google...Kepah/tiram (ini masih lagi tak pasti...sebab pakcik google kata kepah..tapi seseorang yang comel bagitahu...tiram..) menghasilkan biji mutiara apabila bahan bendasing masuk kedalamnya...(boleh jadik pasir/apa sahaja) Bendasing ini akan mengalami proses irritasi (proses ini sangat menyakitkan untuk kepah/tiram)... Maka selepas beberapa waktu (tak pasti berapa lama..ada yang kata sebulan paling lama) terhasillah MUTIARA daripada kepah/tiram...

Sebiji.
Rupa-rupanya...saya baru tahu ni, sebab sejak kecil tengok kartun ikan duyung...ada kan tiram yang ada mutiara sebiji tu kan...disebabkan itu...saya fikirkan seekor kepah/tiram menghasilkan cuma sebiji mutiara.. Alahai...saya ni salah konsep dah lama rupanya.... Kepah/Tiram boleh hasilkan banyak mutiara sekaligus..cuma mungkin saiznya berbeza2 di dalamnya...oho... >_*


Hidup dan Mati.
Apabila kepah/tiram itu diambil mutiaranya...akan berlaku dua takdir dalam hidupnya...sama ada hidup atau mati..sebabnya kalau kepah/tiram dilepaskan..maka hiduplah dia bersama keluarga tercinta...tapi...jika tidak...kepah/tiram akan dijual/dimasak dengan disajikan bersama menu2 yang lazat di restoran2 makanan laut...yang ini sebenarnya info seseorang yang comel kepada saya...main percaya je ni...tah le.. ;p


Warna.
Mutiara ni ada macam2 warna..ini saya tahu..tapi tak tahu mana yang paling berkualiti dan mahal...antara contoh warna yang ada..yang biasa putih, krim dan pink...yang luar biasa sikit warna kuning, hijau dan hitam (mungkin susah nak dapat kot, tu yang agak luar biasa) dan...satu lagi sangat2 luar biasa dan sangat mahal dikatakan mutiara yang berwarna biru...ini pakcik google yang bagitahu..sama juga..saya main percaya je ni... ;p


Sebagai rujukan tambahan..kot2 ada yang berminat nak tahu lebih lanjut..rujuklah MUTIARA disini...sebabnya saya cuma nak kongsikan secara kasar je...yang secara detail..boleh la baca sendiri...sebab memang blog tu sesuai untuk bacaan semua..


Kaitan atau kaitkan?
Jika anda masih dalam pembacaan yang sebenarnya...mungkin masih perasaan..eh, perasan la...hehe, saya telah meninggalkan sesuatu iaitu kata-kata hikmah yang menyebabkan saya begitu teruja nak tahu pasal mutiara ini.. Bagaimana kaitannya..?


Proses irritasi yang dilalui oleh kepah/tiram sangat menyakitkan dirinya....walaubagaimanapun...hasilnya mutiara yang indah yang mengembirakan banyak pihak.....
Begitulah manusia....memang akan melalui pengalaman/cabaran yang menyakitkan...tapi dipenghujungnya...kejayaan manis yang tak mungkin dilupakan...


Kuat seperti kepah/tiram.. :)

*****************************************



Saya Berani..!!



Cerita Hantu.
Bermalam di rumah nenek sebelah...menemankan mak, biasanya ayah teman..tapi malam ni saya pula teman.. Sebenarnya lepas solat maghrib, saya terjumpa cerita seram dari blog seseorang...cerita rumah berhantu di Shah Alam..tapi cerita 9 tahun lepas...takde la rasa seram..cuma terfikir..eh, betul ke cerita ni...saya abaikan je..

Seram.
Biasanya rumah nenek memang akan hidupkan lampu luar satu, lampu ruang tengah satu.. Memang biasanya begitu supaya nenek tak rasa takut, al-maklumlah orang tua kan... Saya tidur di bilik. Mak dan Nenek kat ruang tengah...tengah-tengah tidur tu...saya tersedar..lampu termati...gelap..kelam...saya biarkan je.. Mungkin mak belum sedar..rasa kecut sebenarnya... Baru je sambung tidur, mak kejutkan suruh 'on'kan suis utama... saya bangun.... Sambung tidur lagi...jam 4.30pagi...sekali lagi lampu mati...saya panggil mak... Sah, memang mak tak sedar lagi...saya hidupkan suis utama lagi... Lepas tu bagitau nak balik...terus kemas2 selimut kesayangan saya... Mak pula..nak bagi Nenek minum susu..baru balik...

Sambung.
Sampai rumah, terus hujan lebat2... Nenek sorang2 kat rumah..rasa kejam meninggalkan nenek.. insyaAllah takda apa la...nenek tidur pun... Sambung cerita gan mak..ayah pun sedar.. Mak yang cerita, saya malas nak cerita takut mak tambah seram lepas ni..karang takda sapa nak teman nenek... (Mak sangat penakut) Mak kata lampu kalimantan tu berkelip2 masa sebelum saya on suis utama...HA??? saya tak tambah apa2... Sambung tidur sebab subuh lama lagi...hujan lebat2..tiba2 rasa seram....oooo -_-

Adik.
Hari tu sebelum adik balik KL... Dia ada cerita...petang maghrib dia bukak channel IKIM...ada mengaji2...tup2 isyak...umah nenek bergelap...adik da kata seram2...umah ade hantu ke?? Sebabnya..malam tadi pun memang kami buka IKIM...siang ok je..apasal malam meragam pulak nak 'black-out' ni kan...

Hampa.
Rasa nak cerita kat seseorang...lagi bila part seram hujan tetiba...nak cerita dengan mak...(tak mungkinlah, nanti tambah2 mak takut)..
memang HAMPA...sebab tak berminat rupanya...yerla..apa la sangat cerita remeh-temeh ni kan..lagipun saya berani!!!


Saya Berani!!
sebab saya tahu hanya ALLAH yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui....

**************************



Wednesday, March 16, 2011

Rabu



Rabu.
Sudah hari rabu. Pertengahan percutian sekolah sudah. Hari ke hari niat dihati nak menyiapkan tugasan yang masih berbaki... Tapi alahai...lemah semangat nak menyiapkannya...padahal kalau betul2 tekun..tak mengambil satu hari pun.. Lepas siap mesti hati rasa tenang dan nak buat apa pun senang...hehe


Monday, March 14, 2011


Bercuti.
Selamat pulang ke kampung jumaat yang lepas sudah. Di hari jumaat saya menrancang sekadar mengulangkaji sebab selesai sudah menanda kertas Ujian 1 untuk kelas 2KAA 2. Tapi ada kejutan sedikit apabila mendapat berita pengawai JPNJ (Jabatan Pendidikan Negeri Johor) turun nak buat lawatan kelas KAA dan KRK...itupun kalau tak tersilap mendengar. Menyirap juga. Gelabah la juga....SERAM. Sedang2 menenangkan diri...satu panggilan telefon muncul di skrin hanset murah saya... 'alamak' panggilan dari pegawai PPD pulak...ini mesti kes video prasekolah ni...

Melepaskan Diri.
Sah dan sahih memang kes video prasekolah. Encik tu minta saya turun PPD petang ni. Saya membantah...dengan alasan sangat remeh (sebenarnya tak suka memberikan alasan)..alasannya 'saya balik kampung petang ni'..terus encik tu telefon pengetua minta kebenaran saya keluar waktu tu juga ke PPD. Gelabah la juga saya tengok Tn.Hj..dan dengan muka kepelikan bertanya apa tugas saya sebenarnya kat PPD....erm...kerja biase2 je....~

Selamat.
Selamat dipantau oleh JPNJ..saya relakan diri menghadap PPD....bukan melarikan diri dari melaksanakan tugas...tapi tak mau prestasi saya mengugat hasil pemantauan nanti...maka adalah lebih baik saya menyelamatkan diri kan...

Senang Hati.
Yea...sepanjang 3hari dirumah...memang sentiasa senang hati. Walaupun sebenarnya cuti ini membawa saka2 dari sekolah...haha..maksud saya kertas2 ujian tu la saka... Saya terpaksa ignore sementara saka2 tersebut...sebabnya memberikan ruang yang luas2 untuk bersama keluarga...terutamanya Mak saya... Saya ingat lagi kata2 Mak Usu saya...." kalau cikgu ni ada kat umah...sah2 cik mah takde...mesti dia bawak jalan ke mana tah..."


Kegembiraan orang lain...adalah kegembiraan buat saya juga...
Saya sanggup berkorban untuk melihat orang lain gembira dan bahagia...

*********************************************




Tuesday, March 08, 2011

Render...~



Render.
Lama tak mendengar istilah 'render'. Lama meninggalkan dunia2 teknologi...dunia2 multimedia. Ya...kini ia kembali disebabkan keterpaksaan yang telah dicadangkan oleh seorang cikgu. Saya secara...erm, tak pasti sengaja atau tidak..telah diserapkan ke dalam unit multimedia PPD P.Gudang.... Sekarang sedang menunggu video khas untuk anak2 prasekolah yang bertajuk 'Prasekolah Permata Negara'.. Hasilnya yang muktamad tak tahu lagi sebab masih juga menunggu panggilan pegawai PPD yang kononnya nak 'view2' sebelum dihantar esok...entah la... Harap2 semua berjalan lancar, jangan banyak komen sudah...hehe..


Friday, March 04, 2011

Cepatlah Wahai Cuti...~



Paras bahaya.
Saya sudah ditahap berbahaya.Sangat berbahaya...sebabnya saya rasa saya banyak mengeluh sudah pasal kerja... ya Allah jauhkanlah dari sifat tidak ikhlas...saya cuba buat yang terbaik. Tapi mengejarkan yang terbaik buat saya semakin tak cukup tangan. Bermula lepas cuti Tahun Baru Cina, sekolah saya memang tutup untuk hari ahad sahaja. Setiap sabtu ada sahaja aktiviti yang telah diprogramkan, 12mac-larian perdana; 19mac-sekolah ganti ; 26mac-kursus LDP; dan esok 5mac-sambutan maulidurasul...

Selamat. Alhamdulillah.
Perancangan Kursus LDP selamat sudah. Meeting Kursus LDP di PPD juga telah selamat.. Tinggal tunggu L/O je ni...memang terkejut juga pegawai PPD tu..mana tak nya...pagi meeting+taklimat..petang tu juga saya da hantar surat beserta permohonan Kursus LDP... Alhamdulillah selamat semua....harap2 cepat la L/O..maka cepatlah juga saya siapkan report2 Kursus LDP nanti...

Sempatkan masa yang ada.
Saya sempatkan masa yang ada, saya balik ke kampung hujung minggu lepas sejurus selepas kursus LDP. Dalam kursus kepala fikirkan LDP...mak pula petang jumaat sebelum maghrib da melebarkan jalur telefonnya...bertanya bila nak balik..hehe...oleh kerana akak2 plan nak balik..dan anak buah si enol tu da kata rindu kat mak uda...menguatkan saya menekan minyak kereta pulang ke kampung...hehe...

Kejutan?
Ya..memang ade kejutan..balik pagi2 isnin..sengaja melewatkan datang ke sekolah...saya dikejutkan dengan surat meeting ke PPD...serius rasa terperanjat..ditambah terperanjat...bila diberikan projek membina video lagu untuk pelajar pra-sekolah...alahai... entah apa la perasaan ni sebenarnya...sebab saya da tutup buku untuk apa2 projek multimedia...saya da penat...saya nak fokus kepada FIZIK tahun ni....dan seterusnya...

Emosi.
Bila keadaan tak cukup tangan ni..memang betul2 menganggu emosi. Rasa semua benda tak betul. Rasa ada benda tak kena je. Rasa geram. Macam2 rasa...cuma rasa ajinomoto je yang takda... penat jangan cerita la..balik hari2 jam 3setengah itu da jadik kebiasaan sekarang...kelas bersama kanak2 rebina pun terus tertunda..alahai..kesiannya mereka....harap2 ujian bulan 3 nanti mereka2 akan buat yang terbaik...mudah2an..~

Tertangguh.
Saya terpaksa menangguhkan beberapa kerja disebabkan mendulukan yang perlu didulukan..yea..bukan mendulukan yang penting....mendulukan yang perlu didulukan...huhu...

Lapang.
Ya Allah berikanlah aku kelapangan masa...permudahkan apa2 yang aku inginkan..senangkan la mereka2 yang bekerja denganku nanti...dan ikhlaskan la aku dalam melakukan sesuatu..lindungilah dan berkatilah...Amin~