Wednesday, April 30, 2014

Jom naik bas!!


Hi, Assalamualaikum. 

Jom naik bas. Lama tak naik bas kan. Minggu lepas naik bas ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang memang tak rasa penat. Cuma bosan dalam bas. Kalau tahu bosan, saya bawa semua projek jahit manik. Nak berborak masih malu-malu lagi sebab belum kenal sangat cikgu sekolah lain.


Macam best kan naik bas macam ni. Sesiapa yang berminat, bolehlah menempah. Jom pm. :)


Tuesday, April 29, 2014

Roti daging bakar.


Hi, Assalamualaikum. 

Menu baru hari ini. Roti daging bakar. Mudah dan senang. Tapi resepi saya dah banyak ubah dari yang original. Sebab apa ubah? Lupa tengok menu sebenarnya, main agak-agak dan ingat-ingat sahaja. Rupanya terlupa masukkan keju. Juga lupa nak dapatkan susu segar. Maka bancuhan susu omega emak menjadi mangsa. Rasa? Mestilah sedap...heheheh..

Layan gambar boleh kan..nak tidur sudah. Selamat malam semua. 



Saturday, April 26, 2014

Yang perlu difahami. ..


Hi...Assalamualaikum, 

Hari ini saya jumpa satu ayat dalam facebook. Tapi sebelum itu nak ingatkan yang menaip dan yang membaca bahawasanya ayat yang ditulis tidak berkaitan dengan sesiapa pun.


Pada awalnya, mungkin perempuan menetapkan sekian ciri lelaki idamannya. Tetapi apabila menemui seseorang yang begitu dekat dengan hatinya, sedikit sebanyak ciri idamannya mula disesuaikan dengan lelaki yang mula disenangi itu. Malah cuba meredhakan hatinya bahawa kekurangan dan kelebihan yang ada disyukuri seadanya.

Jarang lelaki fikir begini. Banyak juga bertukar pendapat dengan rakan sekerja lelaki yang perkara paling penting bila nak berkahwin mesti tentang DUIT. Seolah-olah kalau tiada tunai 30K macam belum cukup untuk berani datang meminang teman wanitanya. 

Bagi saya, alasan sebenarnya.... Duit kalau dikumpul 10 tahun pun, belum tentu dapat tunai 30K. Sepanjang 10 tahun macam-macam perkara nak di'upgrade'. Rezeki ada dimana-mana. InsyaAllah. 

Tapi petang tadi sambil memandu saya mendengar radio era, seorang pemanggil wanita bercerita tentang hobinya. Wanita tersebut mempunyai hobi meminta teman lelakinya membelikan barangan emas untuk dirinya. Sehinggalah bertemu dengan lelaki ke-14 yang akhirnya sah menjadi suaminya, beliau telah mendapatkan 18 barangan emas sepanjang bertukar pasangan. Malah, agak kagum juga saya fikir apabila barangan emas yang di'pow' oleh beliau telah dijual untuk dijadikan modal berkahwin...hehehe...bijak la... ;)


p/s: macam nak makan pau la...pau kajang kacang :p


Friday, April 25, 2014

Perempuan bila berkemas....


Hi, Assalamualaikum...

Apabila mendapat tugasan bekerja diluar sekolah. Dan apabila jangka masanya agak panjang. Perkara yang paling penting bagi saya adalah TENTATIF program. 



Memang benar gambar ini. Perempuan memang sangat teliti. Sangat sensitif. Semua barang rasa perlu nak dibawa dan semuanya sangat penting.

Kalau nak ikutkan secara terperinci saya nak tahu apa aktiviti yang akan dilaksanakan. Sebab? Nak bawa baju secukupnya dan sesuai. Paling bagus dapat tentukan kasut yang sama yang boleh berada dalam pelbagai baju dan situasi. 

Walaubagaimanapun saya tak sampailah tahap membawa pelbagai jenis pakaian. Cuma berharap tidak terkurang. Belum sampai bawa 2 jenis kasut lagi setakat ini.

Seminggu lepas berada di Bukit Mertajam, Pulau Pinang saya terjumpa seorang cikgu yang bawa 3 pasang kasut. Wow!! Hebat kan....kalau cerita pasal baju, rasanya sehari boleh sampai 3 pasang bertukar. Kagum!


p/s : boleh pengsan kalau orang tengok baju kurung saya terperap dalam bakul 3 minggu sebab tak sempat digantung...minggu ini ada cuti pun malas...3 minggu keje..2 hati bagilah rehat...hahaha

Thursday, April 24, 2014

RM 30 bersamaan 30 hari....hoho


Hi... Assalamualaikum,

Apa nak taip agaknya hari ini. Hari ini rasanya kali pertama saya keluar kelas dalam keadaan kecewa. Belum pernah 5 tahun mengajar, keluar kelas sebab kecewa dengan perangai budak sekolah. Nama pun budak, jadi memang tak boleh dibandingkan dengan kita yang dah dewasa dan matang. Kita perlu lebih rasional.

Kerana rasional dan protest kononnya, saya keluar kelas. Kalau ikutkan cikgu lain mungkin sudah berpuluh bebelan dan leteran yang menyakitkan telinga berdentum-dentum momentum masuk agaknya.

Kelemahan saya adalah tak pandai nak marah. Tak pandai nak bersuara yang saya sedang marah. Tak pandai berkata saya sedang berkecil hati.

Cuma apa yang mampu saya lakukan....hanya mendiamkan diri. Betullah agaknya, kalau tengah marah semasa berdiri boleh kurangkan dengan duduk. Kalau duduk pun masih marah, bolehlah ambik wuduk. Tapi saya....melarikan diri dari situasi tegang. 

Saya tak suka keadaan marah. Muka rasa tegang macam pakai mask kat muka. Kalau orang tengok mata, rasa orang fikir saya nak telan orang agaknya kut. Tak suka...tak suka...

Sepanjang perjalanan balik, hujan renyai.... Rasa bersalah sebab berkelakuan macam budak-budak dihadapan budak. Arhhh......malu pulak..

Sampai rumah, nampak kotak pos RM 30. Senyum... 30 hari lagi rupanya....30 hari lagi rupanya nak bercuti sekolah..... :)