Tuesday, October 30, 2012

Saya dan Kesihatan (Part 2)



Kesihatan bahagian pertama, saya telah kongsikan pengambilan makanan tambahan (suplement) untuk menutupi kekurangan nutrisi dalam makanan seharian saya. Sekarang saya masih lagi jatuh cinta dengan Shaklee. Tak sangka hasil percintaan dengan pakcik Google telah membunga2kan lagi rasa cinta pada produk Shaklee. InsyaAllah saya cuba istiqamah untuk kesihatan 20-30 tahun lagi. ^_^ 


AIR.
Kali ini untuk bahagian dua, saya kongsikan satu lagi part paling penting. Keperluan air untuk tubuh badan. Sedia maklumkan semua, badan kita memang sangat2 perlukan air, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari ataupun minimum 2L sehari. Kurang jangan lebih tak mengapa. Cara pengiraan keperluan sebenar badan bergantung pada berat badan kita. Ada dua cara yang saya jumpa di laman Google.

1 *  Berat Badan (kg) / 30 = _____________(L) jumlah air yang diperlukanoleh badan.

2 *  Setiap 25 kg berat kita perlukan 1L air. Maka anda gunakan kalkulator masing2 untuk mengira ok.


BARU.
Saya bukanlah pengemar air. Serius. Saya sangat liat nak minum air masak. Walaupun sangat tahu kepentingan air untuk badan, untuk proses penghadaman, untuk proses penyahtoksian dan sebagainya. Saya tetap kurang bersemangat nak konsisten minum air dengan banyak.


Keperluan air untuk badan.
Perlu lagi ke saya tulis. Saya rasa terlalu banyak post tentang kepentingan air sedia ada dalam dairi pakcik Google ni. Jadik, untuk mudahkan awak dan awak...saya bagi link terus dibawah. Baca ok ;)

      (sangat banyak post pasal air)






Banyak lagi ada. Tapi ini yang saya rasa patut dikongsikan. Lagi2 bagi mereka yang malas nak baca panjang2 kan.


CARA SAYA.
Bagi mereka yang sama liat macam saya untuk minum air masak. Ini saya berikan cara yang saya gunakan untuk memotivasikan saya minum air masak.

1 * Kira jumlah minimum.
Saya kira jumlah air minimun yang badan saya perlukan. 

2 * Guna botol mineral (500ml/600ml).
Mudah saya bawa jalan atau kemana-mana. Contoh saya perlukan 2 liter air. Maka, saya ada 4 botol mineral (recyle je) siap2 saya isi sebelum tidur. Satu botol saya ambil letak sebelah tempat tidur. Minum separuh. Separuh lagi selepas bangun esok pagi. Dan esok hari saya bawa sebotol ke sekolah. Balik sekolah ada dua botol lagi. Sebotol petang, pastikan habis sebelum Maghrib. Manakala botol terakhir selepas solat Isyak. InsyaAllah, secara konsisten dan disiplin...kita telah pun dapat 2L. Mudah kan? ^^

Guna botol mineral secara banyak kali, memang kurang baik. Sebagai langkah permulaan untuk membiasa diri bawa air. Botol mineral ini pun mudah dibawa dan dibuang jika rasa menyemakkan beg semasa berjalan. Kalau bawa botol air mahal2 (tupperware ke). Ada ke sesiapa nak buang. Kosong pun tetap bawa balik. Beg penuh. Rasa buang masa bawa botol kosong jalan2 kan. Lepas tu, untuk jalan2 lagi bawa air kosong mesti dah malas sebab memberat/memenuhkan beg je. Kan? ^^




3 * Air suam.
Mungkin lidah/tekak rasa payau je minum air masak kan. Tukarlah sekali-sekala dengan air suam. Selain bagus untuk badan, minum air suam pun boleh membunuh bakteria2 dalam mulut dan tekak.

4 * Minum sebelum makan.
Ya, ini cara yang saya rasa elok untuk mereka yang nak kurus. ^_^ Minum segelas/seteguk sebelum makan akan mengurangkan kapasiti perut kosong. Maka, automatik perut rasa penuh dan kita kurang makan.

5 * Air Mineral.
Kalau ada duit lebih, mulakan langkah minum air mineral yang dijual di kedai. Mudah dan senang. Ini tips dari seorang rakan. Air mineral rasanya lagi segar. 


Inilah antara cara awal saya cuba paksa diri kosisten minum air masak. Sangat tertekan pada awalnya. Namun lama kelamaan semuanya jadi ok. Hampir dua tiga bulan juga saya disiplin minum air. Sehinggakan saya beli air tapis yang telah ditapis oleh mesin (macam Dr.Sukida) sampai sekarang. Memang terpaksa berkorban duit sedikit. Demi kesihatan saya usahakan. Lagipun air paip yang dibekalkan oleh SAJH (kununnya area Pasir Gudang) sangat teruk kualitinya. Tapi memang tekak rasa sakit bila minum air masak dari paip. 


Selepas konsisten minum air, barulah saya berjinak-jinak mengambil suplement. Tapi secara konsisten semasa saya mengambil VCO. Sebelum itu, selalu dan banyak kali mengelat minum air. Sebab itulah semuanya tak menjadi. Nampak kan. InsyaAllah. Yang baik kita usahakan. Yang elok kita ikuti. Sekian. ^^




*********************************************************



p/s : Terima Kasih kepada seseorang yang menjadi inspirasi saya untuk disiplin minum air. ^___^

No comments: