Isu kecil yang kesannya sangat BESAR.
Sengaja saya besarkan perkataan B.E.S.A.R. Supaya semua mata yang melihat, hati yang membaca dan minda yang berfikir akan lebih memberikan tumpuan cerita yang saya ingin taipkan sebentar lagi.
Ya, terima kasih dengan usaha mata, hati dan minda saudari dan saudara semua. Dan kerana masih sudi menyediakan masa untuk berpoye2 membaca tulisan ini. Terima kasih daun keladi :D
*
*
*
Lokasi : Stesen Minyak Petronas, Benut.
Situasi : Saya sedang menunggu minyak diisi. Datang kereta yang dipandu sebelahan dengan kereta saya. Pemandunya (Lelaki A) terus ke kaunter, membuat pembayaran. Sebelah pemandu (Lelaki B), senyum2 kambing kat saya. (bukan perasan, serius memang ada bunga dalam hati maksud senyum2 tu)
Saya : Balas senyum. (buat2 baik)
Lelaki B : Senyum lebar. (sah perasan)
Saya : Abang, minta maaf yea...boleh tak matikan enjin kereta tu?
Lelaki B : Mengangguk je, senyum dah kendur. (tak jangka saya tegur la kut)
Saya terus fokus pada kereta. Kebetulan Abah tanya2 kenapa. Mungkin pelik saya boleh borak dengan kereta sebelah. (mestilah pelik, bukan senang nak nampak saya borak2 dengan orang...dengan sedara pun susah, ini kan pula orang tak kenal). Saya cuma kata, takda apa2. Sambil tu pasang telinga.
Lelaki A aka pemandu kereta sampai ke kereta. Mungkin dia perasan saya bercakap dengan kawannya aka Lelaki B. Atau pelik kenapa kawannya mematikan enjin kereta.
Lelaki A : Kenapa?
Lelaki B : Bunyi macam dia bercakap tapi tak dengar butirnya. Mungkin jaga suara supaya saya tak dengar.
Lelaki A : Biarlah kita sama-sama 'kobong'. Gelak2.
Dua lelaki gelak. Gelak jahat kedengaran pada telinga saya. (mungkin saya je terasa begitu) Memang menyirap. Minum sirap yokkkkk.... Saya sabarkan. Ok takpa, buat baik banyak kali. Jahat jangan terfikir.
Kereta sebelah saya siap mengisi minyak. Saya lambat sebab Abah pun isi minyak kat tong untuk kegunaan motosikal kat rumah. Lelaki A menghidupkan enjin keretanya. Saya menjengah sebelah. Nampak Lelaki B, memang sah tunggu saya menjengah sebelah. (saya perasan ke?)
Saya : Abang, minta maaf eh..terima kasih jaga keselamatan bersama. Saya senyum. Ini Ikhlas.
Lelaki B : Senyum kelat dan mengangguk.
Alhamdulillah saya dapat bersabar. Ikut hati memang nak 'sound' je Lelaki A tu. Saya buat2 tak faham maksud 'kobong'. Siapa tahu maksud 'kobong?'. hihi...rahsialah...lalalala~
Isu yang saya nak tekankan disini. Kesedaran Sivik. Kesedaran tentang keselamatan semasa berada di stesen minyak. Keselamatan diri dan orang2 yang berada disekitarnya.
*
*
*
Saya senaraikan perkara-perkara penting yang harus anda semua (pengguna stesen minyak dan mereka yang berada disekitarnya). Ini keselamatan bersama.
1. Dilarang MEROKOK.
Punca api dari sisa rokok boleh mengakibatkan letupan dan kebakaran besar di stesen minyak.
2. Matikan ENJIN.
Kenderaan semua menggunakan bateri. Risiko boleh berlaku apabila percikan api apabila enjin kenderaan tidak dimatikan semasa mengisi minyak.
3. Elakkan penggunaan TELEFON BIMBIT.
Ini telah pun dilakukan kajian pemyelidikan. Gelombang yang digunakan oleh telefon bimbit boleh menyebabkan berlakunya percikan api dan seterusnya berlaku kebakaran dan letupan.
Kenapa 3 perkara ini PENTING?
Letupan dan kebakaran di stesen minyak boleh berlaku disebabkan oleh UDARA, WAP petrol dan PERCIKAN API. Hanya penggunaan punca berlaku percikan api sahaja yang boleh dikawal oleh pengguna. Manakala wap dan udara diluar kawalan pengguna. Maka kita sebagai pengguna bertanggungjawab mengelakkan kehadiran percikan api semasa berada di stesen minyak.
Jadi saya seru semua pengguna stesen minyak. Ya...anda semua, jangan buat2 muka tak tahu yea. Kalau anda semua tak nak jaga keselamatan diri sendiri. Fikirkan tentang orang lain. Ok, mungkin orang lain tak penting bagi anda. Fikirkan orang yang tersayang. Ok, mungkin juga tiada siapa yang menyayangi diri anda. Tapi.....cuba fikirkan..

- Dilarang MEROKOK.
- Matikan ENJIN.
- Elakkan penggunaan TELEFON BIMBIT.

"Cukup bersediakah untuk MATI?"
"Cukup banggakah kematian kita terpampang di dada akhbar akibat kecuaian semata-mata?"
Fikirkanlah....
************************************
No comments:
Post a Comment