Friday, August 26, 2011

Fairy tales..~



the perfection never exist. only exist in fairy tales.
although being hurt many times.
pretend or assume nothing happens.
each time the pain was still there.

i did nit expect 'frog prince' offered marriage proposal as in fairy tales.
but enough for someone who can understand me and will be honest with me.
*
*
*
*
*
even though i disappear.
actually in my mind he never missing even a minute.


************************


Sabotaj...~



Bukan niat nak menuduh atau berprasangka buruk.
Tapi kenyataannya..sistem saps saya di'sabotaj' orang
Pagi jumaat ni.
Buka saps nak key-in markah ujian dua..
Tengok2 markah TOV 2KAA 2 saya ilang.
Menyirap la jugak..walaupun tak minum air sirap lama da.

Saya tukar pasword baru.
Demi kebaikan kerja saya.
Supaya tiada sesiapa lagi buat kerja gila nak menambah dosa.
*
*
*
*
*
*
*
*
Laillahailla anta...subhanaka ini kumtum minassolihin


**************************


Langit menangis... :(




Pagi ni tak sempat nak bangun sahur. Mata rasa sangat2 berat. Saya sedar bunyi menjerit dari talipon saya. Tapi betul2 tak larat nak bukak mata. Hanya buka sebelah mata. Snooze memanjang...~

Bangun jam 6 pg. Semangat kemas bilik. Cuci kain. Sampaikan mesej morning. Kemas2 beg. Buat apa yang patut agar bilik tersusun baik. Ok.

Keluar dari bilik air. Hujan lebat. Ya.....syukurnya...sejuk suasana pagi jumaat terakhir dibulan ramadhan. Memang penuh rahmat pagi ni. Mata pedih. Adoyai...harap2 sempat sampai ke air hitam. Da janji gan adik nak shopping...hoho~


could there be someone who will share his umbrella when I'm sad...
hohoho....~
*
*
*
*
*
*
hoping one day ...
*
*
*
*

hope it is from someone I know

**********************************************************


Thursday, August 25, 2011

Berakhirnya sesi persekolahanan di bulan puasa..


Sekolah hanya tinggal esok sahaja.
Esok sampailah jumaat terakhir di bulan Ramadhan.
Alhamdulillah.

Jika dibandingkan tahun lepas dengan tahun ini. Rasanya tahun ini lebih produktif dan bersemangat berada disekolah semasa di bulan puasa. Belum pernah dalam sejarah rasa mengantuk sampai ke tahap nak menghadap meja. Sekadar mengantuk..tapi boleh diatasi dengan berborak dengan kawan2..berpoya2 dengan facebook ataupun melayan talipon sebentar.

Ini mungkin disebabkan kerja2 yang menumpuk dibenak kepala yang perlu diuruskan secara sistematik mungkin.

1. Saps online
Kalau sebelum ini guru kelas sibuk key-in markah melalui disket. Tapi sudah di'upgrade' secara online. Seminggu sebelum berpuasa sepatutnya da mula buat. Tapi saya bercuti dan bersambung dengan induksi.

2. PPKSV1.0A
Penilaian KOKO. Selamat da siap. Cuti hujung minggu semua da settle. Masa hantar tu Cikgu Ramlee terkejut jugak. 'paling awal'

3. PEKA
Penilaian Peka Fizik. Jenuh dan penat saya berkejar dengan anak murid saya memaksa mereka menyiapkan secepat mungkin. Alahai....~ sampai ada yang sanggup menipu dah hantar kat guru lagi satu. Memang saya naik angin. Tapi bulan puasa saya sabarkan sahaja.

4. Ujian bulanan
Ini pun menjadi satu isu. Oh, bukan..hanya soalan sivik sahaja menjadi isu. Ini pun disebabkan saki-baki sakit hati orang yang selalu berasa cemburu dengan kesenangan orang lain. Sedikit pun tak rasa bimbang dengan umpatan anda.
Soalan tiada masalah. Cuma pelajar masih lemah menggunakan rumus 'kerja' dan 'kuasa'. Rupanya bukan semua orang minat pengiraan. Saya tersalah tafsir.

5. Saps disket
La....kena jugak ke. Ingatkan bila dah ada saps online da tak perlu nak pakai2 disket yang 'old-skol' ni lagi. Makanya....kerja guru kelas ber'double-triple' da pulak...alahai..~

Lagi apa yea..yang telah dilaksanakan sepanjang bulan puasa ni yea...lain2 hanya berkisar persiapan raya dirumah. Tiap minggu balik..terbang jugak duit minyak. Bawa mak+abah jalan2 berbelanja...terfikir pula..kalau la duk stay kat kampung..mungkin lebih mudah..entahlah..


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Kita merancang...tapi Allah yang menentukannya..
Ia menjadikan kita lebih kuat dan tabah...insyaAllah


***************



Wednesday, August 24, 2011



‎"setiap yang bersalah berhak mendapat peluang kedua"


Tuhan bagi peluang manusia untuk kembali kpd jalan-Nya bukan hanya sekali atau 2 kali, malah tiada tempoh had, sehinggalah kita temui ajal !

Tuesday, August 23, 2011



Kita kerap berlari mengejar sesuatu yang bukan milik kita, yang langsung tidak berikan perhatian kepada kita. Mengapa kita tidak berhenti sejenak dan melihat ke belakang, mana tahu ada seseorang sedang mengejar kita juga?

Rasa Mahu Pindah...



sejak dua menjak ni...
saya terasa nak pindah sekolah..
nak merasa environment baru....

hoho...rasa menyesal tak 'update' profile kat emisonline..
sebab e-tukar mungkin dalam area bulan 10 ni...hoho...
memang rasa nak 'update'..
tapi tiap kali nak tanya guru data...time tu la Tn.Hj Amin berlegar2 kat pejabat...
haritu g jumpa cikgu data...dia dah bersound2 awal2..

"ha..noor intan, ni ko kat sini jumpa fairus..nak pindah jugak ke...?"

saya senyum je...dan jawab...

"eh..tak...bg data KOKO cikgu ramlee punya"

dia reply..

"tak payah pindah2...kawen baru pindah...tak pun duduk je kat Permas ni..cari orang permas.."

gulp?? saya sengih je...orang tua ni tak sudah2..aritu siap suh mengaji la...cakap arab la depan dia....pergh..teringat cerita dia interview bakal menantu suh mengaji...kalaulah Abah buat gini...mau terkejut abg long gan abg ngah nak datang umah..haha

kenapa terasa nak pindah?? sebab saya nak mencari suasana kampung mengajar...saya rindu kat SMK Tun Sardon...sekolah lama saya...semangat kekeluargaan memang terasa dikalangan guru2..pelajar2...

tambahan pula...pelajar2 pun takla advance sangat..ibu bapa pun takdela nak mengamuk sakan bila kita cuit anak dia...dan bila diorang buat salah...kita bebel2 sikit..diorang akan cepat2 sedar...tapi kat Permas ni...pelajar2 ramai belagak..belagak bandar...macam orang kaya..adoi...belagak pandai tu yang tak boleh nak blah la...haha ;p



***********************************


merasa la duduk sorang2 kat Permas tahun depan..semua da ada famili masing2...hoho~
bertambah selalu la saya pulang ke kampung nampaknya...
jumpa famili..jumpa mak...dapat pahala..heh

(",)




p/s: tak tahu nak harap apa..sambung study la yok~


22 Ramadhan...~


Hari ni 22 Ramadhan...
Sama dengan 22 Ogos 2011..
Tahun lepas 22 Ramadhan bersamaan 22 September..
Sama dengan besday Mak...
Jauh benar bezanya kan...
Cepat betul bulan dan matahari berputar pada paksinya..

12.28 tengah malam 23 Ramadhan
Da dekat sejam cuba untuk tidur..tapi tak berjaya..
Mungkin sebab sengaja mengambil kafien sebentar jam 9 malam tadi..
Gara2 bersungguh2 menyiapkan Borang Penilaian PEKA..
Dusdus...ini sebab mendapat arahan last minutes...dan hendaknya pun last minutes...
Sebelum raya? Oh tidak!!
Alhamdullillah selesai...esok print dan fotostat secepat mungkin..

Siang tadi tak berkesempatan nak menyiapkan...
Balik sekolah terus ke Taman Daya-JPJ..
Hehe....dapat da lesen memandu..takde P da.. :p
Tukar gamba baru..nampak matang sikit gamba ni...
Kawan2 kata nampak tembam...haha..lol :o

Hari ni macam minggu lepas lambat sampai ke sekolah..sengaja berbuat demikian sebab ketiadaan mood nak kesekolah dibulan puasa ni...mujurlah tinggal buat revision untuk SPM..sains tingkatan 2 terpaksa saya postpone..sebab memang tak kuasa la nak studi2 bab kimia..penat OTAK..hoho~


*****************************
may Allah bless




update: jam 3pagi baru dapat tidur selepas menukar tempat tidur..lala~ huh ;~

Thursday, August 18, 2011

Salam Ramadhan...~




Salam Ramadhan.
Tahun 2011...tahun kedua berpuasa dan insyaAllah bakal beraya Aidilfitri sebagai seorang guru. Sekejapnya masa berlalu...tahun ni tetiap minggu balik kampung...tak larat menimba pengalaman berbuka+bersahur di Permas Jaya lagi...hari minggu yang sangat membosankan..

Lama menyepi.
Lama juga tak menaip2 disini..last haritu bercerita pasal percutian di KK...
Disebabkan 'seseorang' bertanyakan url blog ni..kalau tak lama la saya melupakan blog ini...
Pelik juga la sejak bekerja ni..liat pulak nak menaip2..mengasah bakat menulis ni...dulu kawan2 kampus ramai yang ada blog..tapi juga terus menyepi di sebalik2 blok2 sekolah memasing....alahai....sepinya dunia blog sudah...

Harapan di bulan Ramadhan.
...alahai...~~~~


***************************************