Sekolah hanya tinggal esok sahaja.
Esok sampailah jumaat terakhir di bulan Ramadhan.
Alhamdulillah.
Jika dibandingkan tahun lepas dengan tahun ini. Rasanya tahun ini lebih produktif dan bersemangat berada disekolah semasa di bulan puasa. Belum pernah dalam sejarah rasa mengantuk sampai ke tahap nak menghadap meja. Sekadar mengantuk..tapi boleh diatasi dengan berborak dengan kawan2..berpoya2 dengan facebook ataupun melayan talipon sebentar.
Ini mungkin disebabkan kerja2 yang menumpuk dibenak kepala yang perlu diuruskan secara sistematik mungkin.
1. Saps online
Kalau sebelum ini guru kelas sibuk key-in markah melalui disket. Tapi sudah di'upgrade' secara online. Seminggu sebelum berpuasa sepatutnya da mula buat. Tapi saya bercuti dan bersambung dengan induksi.
2. PPKSV1.0A
Penilaian KOKO. Selamat da siap. Cuti hujung minggu semua da settle. Masa hantar tu Cikgu Ramlee terkejut jugak. 'paling awal'
3. PEKA
Penilaian Peka Fizik. Jenuh dan penat saya berkejar dengan anak murid saya memaksa mereka menyiapkan secepat mungkin. Alahai....~ sampai ada yang sanggup menipu dah hantar kat guru lagi satu. Memang saya naik angin. Tapi bulan puasa saya sabarkan sahaja.
4. Ujian bulanan
Ini pun menjadi satu isu. Oh, bukan..hanya soalan sivik sahaja menjadi isu. Ini pun disebabkan saki-baki sakit hati orang yang selalu berasa cemburu dengan kesenangan orang lain. Sedikit pun tak rasa bimbang dengan umpatan anda.
Soalan tiada masalah. Cuma pelajar masih lemah menggunakan rumus 'kerja' dan 'kuasa'. Rupanya bukan semua orang minat pengiraan. Saya tersalah tafsir.
5. Saps disket
La....kena jugak ke. Ingatkan bila dah ada saps online da tak perlu nak pakai2 disket yang 'old-skol' ni lagi. Makanya....kerja guru kelas ber'double-triple' da pulak...alahai..~
Lagi apa yea..yang telah dilaksanakan sepanjang bulan puasa ni yea...lain2 hanya berkisar persiapan raya dirumah. Tiap minggu balik..terbang jugak duit minyak. Bawa mak+abah jalan2 berbelanja...terfikir pula..kalau la duk stay kat kampung..mungkin lebih mudah..entahlah..
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Kita merancang...tapi Allah yang menentukannya..
Ia menjadikan kita lebih kuat dan tabah...insyaAllah
***************
No comments:
Post a Comment