Thursday, April 24, 2014

RM 30 bersamaan 30 hari....hoho


Hi... Assalamualaikum,

Apa nak taip agaknya hari ini. Hari ini rasanya kali pertama saya keluar kelas dalam keadaan kecewa. Belum pernah 5 tahun mengajar, keluar kelas sebab kecewa dengan perangai budak sekolah. Nama pun budak, jadi memang tak boleh dibandingkan dengan kita yang dah dewasa dan matang. Kita perlu lebih rasional.

Kerana rasional dan protest kononnya, saya keluar kelas. Kalau ikutkan cikgu lain mungkin sudah berpuluh bebelan dan leteran yang menyakitkan telinga berdentum-dentum momentum masuk agaknya.

Kelemahan saya adalah tak pandai nak marah. Tak pandai nak bersuara yang saya sedang marah. Tak pandai berkata saya sedang berkecil hati.

Cuma apa yang mampu saya lakukan....hanya mendiamkan diri. Betullah agaknya, kalau tengah marah semasa berdiri boleh kurangkan dengan duduk. Kalau duduk pun masih marah, bolehlah ambik wuduk. Tapi saya....melarikan diri dari situasi tegang. 

Saya tak suka keadaan marah. Muka rasa tegang macam pakai mask kat muka. Kalau orang tengok mata, rasa orang fikir saya nak telan orang agaknya kut. Tak suka...tak suka...

Sepanjang perjalanan balik, hujan renyai.... Rasa bersalah sebab berkelakuan macam budak-budak dihadapan budak. Arhhh......malu pulak..

Sampai rumah, nampak kotak pos RM 30. Senyum... 30 hari lagi rupanya....30 hari lagi rupanya nak bercuti sekolah..... :)






Sunday, April 20, 2014

Kerjaya biasa-biasa.


Assalamualaikum. 

Hi..selamat hujung minggu. Orang luar banyak yang berfikir mudahnya menjadi guru. Pergi sekolah awal dan balik juga awal. Sampaikan baru-baru ini saya terbaca status facebook rakan yang baru sahaja menjadi guru ganti menganggap kerjaya seorang guru hanya biasa-biasa sahaja jika hendak dibandingkan dengan kerjaya suaminya yang bergelar jurutera.

Bekerja sebagai guru ganti memang mudah. Anda sekadar mengganti guru yang bercuti. Dalam fikiran dan hati anda tidak terbeban dengan tanggungjawab melaksanakan dan menjayakan misi dan visi sekolah. Tekanan dari pihak pentadbir hampir tiada, sebab anda sekadar penganti. Jika masalah kemerosotan juga anda tidak akan tercalar jiwa dan raga.

Saya juga kurang minat hendak mengulas tugas sebenar dan realiti sebagai guru. Sehari semalam pun belum cukup hendak disenaraikan. Hanya mereka yang memahami yang lebih menghargai. 

Bagaimanapun, kehadiran guru ganti banyak faedahnya bagi kami yang bergelar guru tetap. Anda membantu kami melaksanakan dan menjayakan program sekolah. Sumbanga tenaga kerja sangat dipeelukan, dikala kesibukan proses pdp. Saya pasti rakan guru semua berterima kasih dengan komitmen anda.




Walaubagaimanapun, jika kita saling bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain. InsyaAllah,  kerjaya biasa-biasa juga akan menjadi luar biasa.

Selamat bersekolah orang Johor. Selamat tinggal Bukit Mertajam. Hari ini pdp saya hanya dalam bas. 


p/s: saya hanya kerjaya biasa-biasa ini juga.. Alhamdullillah, rezeki kerjaya biasa-biasa ini terlampau banyak untuk dikongsi dan mengembirakan hati famili dan orang tua saya.


Friday, April 11, 2014

Pakai tudung dosa, tak pakai tudung lagilah dosa!!


Assalamualaikum.

Lama tak menaip. Lama tak bercerita. Kurang masa dan kurang rajin. Jadual harian sudah penuh, jadual cuti pun dah penuh. Fokus sekolah semakin bertambah, fokus masa depan diri sendiri pun makin nak berubah. 

Oleh kerana hari ini jumaat. Alhamdulillah, sempat juga beri masa menaip. Kebetulan terlihatkan isu hangat di laman facebook tentang kesibukkan team Mawar Tudung Fareeda membuat serbuan dan rampasan tudung ciplak Fareeda dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri Kooperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Saya bukan nak menyokong pembuat, penjual dan pembeli tudung ciplak Fareeda berada di pihak yang benar dan betul. Juga tidak membenarkan tindakan team Mawar Tudung Fareeda. 

Isu ciplak bukan isu baru. Tiru jawapan rakan sebelah semasa membuat latihan ataupun ujian juga dikira ciplak juga kan. Tiru tugasan pensyarah menggunakan sumber internet, buku, jurnal dan sebagainya tanpa meletakkan kredit rujukan juga dikira ciplak. 

Kalau mahu dikira, banyak dah ciplak dan peniruan berlaku. Apple dan Samsung juga pernah terlibat dalam isu ini sesama mereka sehingga ke peringkat saman menyaman. Malah produk mereka juga turut diciplak oleh pihak lain. Berapa banyak produk dari China yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.

Banyak ciplak dan banyak peniruan. 

Bagi saya, masih memegang ilmu itu perlu disampaikan dan dikongsikan. Saya masih ingat lagi seorang rakan matrikulasi saya yang baru ditambah sebagai rakan di laman facebook. Dia menegur saya diruangan mesej peribadi yang berbunyi begini.

Kawan : intan, terima kasih dulu bagi aku tiru tutor ko...
Saya : takda hal la.....dah abis matrik dengan selamat masuk u dan dah keje pun...hihi
Kawan : kalau takda tutor ko....aku tak masuk u dan tak mungkin jadik engineer ni tau...haha

Yaa..inilah yang saya nak sampaikan. Peniruan bukan bermaksud perkara yang negatif. Kadang dengan peniruan akan muncul idea baru dan inovasi produk baru. 


Ilmu kita sampaikan dan kongsikan akan makin bertambah. Macam konsep sedekah, makin banyak memberi maka makin banyaklah kita akan menerima. Halalkan dan redhakan. InsyaAllah,  rezeki masing-masing.