Wednesday, March 06, 2013

Recheck Hati Selalu ^,^




Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad itu..dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah seketul daging itu adalah HATI. 

Tanda-tanda wujudnya hasad dengki dalam diri kita, apabila kita melihat orang lain mendapat nikmat, kejayaan dan kebahagiaan. Kita merasa sakit hati dan merasa tidak senang. Dan apabila orang lain mendapat bencana, kegagalan dan kesengsaraan. Kita merasa gembira dan senang HATI.

Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya; "Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawabnya ; "membaca al-Quran dan mengingati mati..." (HR Al-Baiqaqi)


Kalau kita berubah menjadi BAIK kerana ALLAH,
ALLAH akan hantar orang-orang yang BAIK untuk bersama-sama kita..


* Semoga ALLAH memberkati *




Kebaikan Melaksanakan Kerja Lebih Awal.


Apa dia kebaikan melaksanakan kerja/tugasan dengan lebih awal? Kalau dari sudut diri sendiri, kita mungkin berasa lebih lega sebab kerja telah selesai. Kita lihat dari sudut pemandangan bos. Apa yang bos fikirkan tentang pekerjanya yang menyelesaikan kerja lebih awal dari yang sepatutnya.


1. RAJIN
Bos akan anggap kita seorang pekerja yang rajin. Mungkin juga bos akan merasakan kita seorang yang laju dan cekap membuat kerja yang telah diberikan.

2. BIJAK
Bos percaya kita mempunyai sistem pengurusan masa yang bijak. Tentulah bos beranggapan kita bukan tergolong dalam kategori pekerja yang suka bergosip/bersembang dipejabat.

3. SERIUS
Bos merasakan kita telah berikan perhatian yang serius terhadap tugas kita. Setiap tugasan yang diberikan, kita telah berikan sepenuhnya masa untuk diselesaikan tanpa menangguhnya.

4. KEPERCAYAAN
Bos melihat kita sebagai orang yang boleh diberikan kepercayaan untuk tugasan yang mustahak. Tidak mustahil suatu masa nanti kita akan lebih didahulukan untuk  kenaikan dimana-mana kekosongan diperingkat atas sesebuah jabatan.





Situasi diatas sesuai digunakan semasa kita bekerja. Tapi ianya terpakai semasa kita mendirikan solat fardhu diawal waktu, dimana bos kita adalah ALLAH swt.


Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa
Selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha
Semoga Allah memberkati. Amin. @,@






Tuesday, March 05, 2013

5 Perkara Buat Cikgu Hilang 'MOOD' Mengajar.



TUNGGU
Ini perkara paling biasa berlaku. Banyak sangat berlaku bila dah hujung, dekat nak ujian ataupun peperiksaan. Menunggu di hadapan kelas bagai tunggu buah nak gugur. Cikgu yang didalam kelas tengah 'seronok' mengajar, sehinggakan pelajar bagi 'hint' cikgu lain dah sampai pun masih sambung lagi mengajar. Kalau hanya setakat tiga, empat atau lima minit menunggu, masih boleh dimaafkan. Tapi memakan masa sehingga 15 minit, ada baiknya kalau cikgu terus-terang bersuka rela mengambil waktu mengajar cikgu seterusnya. Sebabnya, masa mengajar hanya 35 minit, kalau sudah 15 minit diambilnya...sudah banyak larilah rancangan mengajar cikgu tersebut. 


Sebagai langkah beringat untuk diri sendiri juga, rancangkan silibus mengajar dengan sebaiknya. Jangan ambil waktu mengajar orang. Kalau betul hendak ambil, ambillah secara berhikmah dan bersopan santun..hihi ^.^


SALIN
Inipun perkara yang kurang sopan dilakukan oleh guru. Mencuri dalam diam. Mungkin disebabkan waktu mengajar semakin suntuk, cikgu beri nota sepenuhnya di papan putih dan sekaligus memberi penerangan. Tapi menginginkan pelajar menyalin nota tersebut diluar waktu dia mengajar. 

Cikgu yang masuk seterusnya pun terpaksa rela memberikan masanya untuk pelajar menyalin nota tersebut. Pelajar menyalin? tentulah mengambil masa 10-15 minit. Erm.....hampeh :(


REHAT
Dialog kelas selepas rehat ;

"cikgu...harini penat la...kita rehat je la arini...boleh tak cikgu?"


Alolo....comelnya ayat, tapi muka tak comel pulak...hihi. Kalau tiap kali kelas lepas rehat dapat dialog macam ini. Erkk....macam nak pengsan pulak. Makan dah, rehat dah...berborak dah..masuk kelas nak rehat lagi?

Cikgu nak mengajar ok. Hari ini cikgu datang sekolah bukan nak rehat-rehat. Kalau nak rehat, ok semua cuti. Senang cerita :P


BANYAK
Haha...inilah perkara paling kelakar bila soalan pertama muncul selepas salam diberikan.

"cikgu..harini kita buat latihan banyak tak?"


Jawapan ringkas dan muka serius. "yee...banyak.."

Muka pun bertukar meminta simpati kesian. "ala cikgu...satu cukuplah, penat la salin"

Tatap muka pelajar betul-betul, lama... dan senyum tipis. "kalau nak pandai, buatlah semua soalan yang cikgu bagi...kalau taknak pun takpe...jawab satu pun cukup, cikgu tak paksa.."

Belajar pun belum bermula dimulakan lagi, dah minta-minta latihan taknak banyak. Pelajar sekarang sangatlah manja. Semua benda nak senang, nak mudah. Kalau bagi soalan mencabar sikit je..cepat je mengeluh. Agaknya kalau bagi fikir banyak-banyak boleh menganggu sistem penghadaman mereka ke, takut bebenorrr.... 


AWAL
Balik awal..balik awal...balik awal. Inilah nasib cikgu yang dapat jadual dihujung waktu. Tambah sakit jiwa bila hujung waktu ditambah dengan masa tambahan diluar waktu mengajar. 

Kena cari alternatif mengajar yang sesuai untuk melekakan pelajar dari berfikir nak balik awal. Sebab pelajar sekarang bijak memberikan alasan. Kalau dulu mungkin alasan kelas tambahan berbayar yang mereka kejarkan, sekarang mungkin alasan latihan rumah sukan dan koko yang giat beroperasi petang hari. 


Alternatif? Biasanya saya buat eksperimen kalau kelas sains. Kalau kelas IT, tentulah aktiviti buka komputer untuk menyiapkan kerja kursus. Lupa sedikit nak balik awal sebab leka dengan aktiviti. Selamat dah...huh -.~



Lima perkara yang disenaraikan, hanyalah pemerhatian secara individu sepanjang mengajar setahun jagung. Mungkin ada beberapa perkara yang silap dan terkurang. Sekian. 




Jaga diri. Semoga Allah memberkati kita semua.

^_^




Friday, March 01, 2013

Ikhlas dan Sabar dalam semua perkara.




Redha dengan apa yang telah hilang, kerana Allah akan gantikan kehilangan itu dengan sesuatu yang lebih baik.

Sabar dalam semua perkara, apabila diberi kesusahan dan juga apabila mendapat nikmat kesenangan. Kesenangan dan kesusahan, kedua-duanya adalah dugaan kepada kita untuk menguji keimanan kita.

Bersyukur semasa kesusahan dan kesenangan yang diberikan, bukan hanya ketika selepas mengalami kesusahan sahaja.

Sabar bukan menyerah dan berdiam diri. Tapi sentiasa bergerak ke hadapan untuk mengatasi masalah. Orang yang sabar adalah orang yang menang.