Sunday, May 14, 2017

Selamat Hari Ibu



Hari ini, satu dunia mengiktiraf sebagai hari ibu.
Masih ramai yang bercanggah pendapat dan meletakkan hukum mereka yang menyambut hari ibu.
Kata mereka, ibu seharusnya dikenang sepanjang masa. Buka pada waktu tertentu dan bukan hari tertentu.

Mungkin mereka ini antara anak yang soleh dan solehah.
Sentiasa bersama ibunya. Sentiasa bertanya khabar ibunya. Sentiasa memberikan hadiah. Sentiasa menitipkan doa. Sentiasa dan sentiasa. 24 jam sehari. 7 hari seminggu dan sepanjang tahun.

Bagi kita yang kurang berkesempatan bersama ibu. Sibuk dengan tanggungjawab hakiki. Apa salahnya jika semalam kita tak sempat dengar suaranya, menatap wajahnya dan mengucapkan sayang kepada si ibu. Hari ini kita LEBIHkan sedikit masa dan ringgit untuk memberikan senyuman dibibirnya dan menyejukkan hatinya dengan memberikan hadiah dan ucapan.

Benar.
Ibu bukan meminta.

Benar.
Ibu ikhlas sayangkan kita.

Benar.
Kasih ibu sampai ke syurga.

Benar. 
Esok belum pasti ada peluang.


Selamat hari ibu.
Untuk mak kandung ; Naimah Hj Sayo
Untuk mak mentua ; Hjh Umi Kalsom Hj Jaafar

Terima kasih kerana mengasihi, menyayangi dan mendoakan kami adik beradik. Semoga Allah berikan keberkatan umur buat kalian berdua. Diberikan kesihatan dan dimakbulkan doa-doa kalian. 


Dari ibu dan al fatih.


Saturday, May 13, 2017

Nasi Ambeng pilihan kenduri


Alhamdulillah.
Tahlil arwah abah...sekali sekala kita kembalikan legasi kenduri nasi ambeng. Kami adik beradik berpakat rewang sendiri dari A sehingga Z.

Apa dia nasi ambeng?
Gabungan nasi putih, ayam masak kicap, mee goreng, urap daun ubi, sambal goreng, ikan kering, serunding dan ulam-ulaman.



Akan datang saya kongsikan cara buat serunding manis. Kalau buat manis dan kering, sangat sedap dimakan begitu sahaja. Malah tahan lebih lama.



Sunday, May 07, 2017

Al Fatihah untuk Abah


Assalamualaikum.

Lama meninggalkan blog. Dugaan yang datang di bulan April. Walaupun berat dan belum bersedia. Kita sebagai hamba, kena redha dengan ketentuan-Nya. 

Kita merancang, Dia merancang.
PerancanganNYA juga yang terbaik buat kita.
Redha dan ikhlas.

Ya Allah.
Berat hati ini. 
Saat jari ini menaip...ada air mengenang di hujung mata.

Ya Allah.
Kuatkan hati aku.
Kuatkan hati mak.
Kuatkan semangat kami adik beradik.

Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui.

Al Fatihah.
Untuk arwah abah.
7 April 1947 - 8 April 2017.



Ini abah masa melawat besannya (ayah abang ipar). Besan abah pergi selepas seminggu abah datang melawat (2 minggu sakit dihospital). Lewat 10 hari kemudian....abah menyusul rupanya. 

Ya Allah.