Sunday, May 14, 2017

Selamat Hari Ibu



Hari ini, satu dunia mengiktiraf sebagai hari ibu.
Masih ramai yang bercanggah pendapat dan meletakkan hukum mereka yang menyambut hari ibu.
Kata mereka, ibu seharusnya dikenang sepanjang masa. Buka pada waktu tertentu dan bukan hari tertentu.

Mungkin mereka ini antara anak yang soleh dan solehah.
Sentiasa bersama ibunya. Sentiasa bertanya khabar ibunya. Sentiasa memberikan hadiah. Sentiasa menitipkan doa. Sentiasa dan sentiasa. 24 jam sehari. 7 hari seminggu dan sepanjang tahun.

Bagi kita yang kurang berkesempatan bersama ibu. Sibuk dengan tanggungjawab hakiki. Apa salahnya jika semalam kita tak sempat dengar suaranya, menatap wajahnya dan mengucapkan sayang kepada si ibu. Hari ini kita LEBIHkan sedikit masa dan ringgit untuk memberikan senyuman dibibirnya dan menyejukkan hatinya dengan memberikan hadiah dan ucapan.

Benar.
Ibu bukan meminta.

Benar.
Ibu ikhlas sayangkan kita.

Benar.
Kasih ibu sampai ke syurga.

Benar. 
Esok belum pasti ada peluang.


Selamat hari ibu.
Untuk mak kandung ; Naimah Hj Sayo
Untuk mak mentua ; Hjh Umi Kalsom Hj Jaafar

Terima kasih kerana mengasihi, menyayangi dan mendoakan kami adik beradik. Semoga Allah berikan keberkatan umur buat kalian berdua. Diberikan kesihatan dan dimakbulkan doa-doa kalian. 


Dari ibu dan al fatih.


1 comment:

Izyan Balqis said...

singgah dari bloglist UTM. =)