Minggu yang sudah, sekolah agak sibuk. Maaflah asyik bercerita hal sekolah. Beginilah nasib diri sehingga pencen, dari kecil sehingga senja menjelma memang asyik sekolah sahaja.
Apa yang saya hendak kongsikan, tiba-tiba dapat mesej dari aplikasi whatapps. Dari seorang bekas pelajar. Awalnya saya tak baca mesej tersebut. Memang sibuk. Dan gerak hati dapat mengesan mesti ada sesuatu. Sebelum bertambah tekanan per unit luas permukaan, saya abaikan dahulu. Abaikan sebentar bermaksud akan baca apabil keadaan reda sedikit.
Rupanya gerak hati tak silap. Memang benar ada hal yang dia mahukan dari saya sebagai guru kelas. Melalui seorang guru lain yang merupakan guru kelas yang sama, pelajar tersebut meminta testimoni.
Testimoni??
Apa tu? Binatang apa?
Setelah difahami bentuk testimoni dan pendapat serta pandangan. Maka keperluan testimoni hanya sekadar permintaan sesebuah universiti awam ataupun swasta. Maka tidak wajib diberi jika tidak perlu.
Maka saya balas mesej tersebut. Menyatakan saya mahu lihat dokumen sokongan untuk temuduga yang hendak dia pergi. Sah. Tiada pun sedikit perkataan testimoni.
Maka, berbalas-balas pantun bersamanya. Rupanya ada hal lain yang menyebabkan begitu sibuk nak testimoni. Sijil kokurikulum hilang. Ha? Bukan salah cikgu, bukan salah sekolah.
Kadang kala pelajar lebih pandai memanipulasikan keadaan. Tapi terperangkap sendiri apabila gagal mengekalkan pemboleh ubah dimalarkan.
Berdasarkan pengalaman temuduga saya yang tidak seberapa ini, saya dapat perhatikan pegawai temuduga tak melihat sijil kokurikulum. Berapa kodi yang kita letakkan dalam fail, berapa berat pun tidak dinilai. Sebab itulah mereka nak temuduga kita, hendak melihat kebolehan kita bercakap, menjawab soalan dan memberikan pandangan.
Sepekara lagi, percaya dengan diri sendiri. Percaya dengan rezeki Allah beri. Berdoa setiap hari. InsyaAllah, kalau dah ditakdirkan rezeki itu milik kita. Tidak akan tercepat atau terlambat. Ia datang tepat pada waktunya.
Maafkan cikgu, sebab malas nak buat testimoni.
No comments:
Post a Comment