Friday, October 04, 2013

Jumaat datang lagi...




Pengalaman banyak mengajar seseorang untuk berfikir dan bertindak dengan lebih matang. Tapi nak menjadi seorang yang matang bukanlah melalui apa yang difikirkan untuk membuat tindakan. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Pelik.

Kadang tanpa membuat apa tindakan juga adalah lebih baik. Bergantung kepada situasi. Ramai beranggapan umur menunjukkan kematangan. Ramai juga yang berfikir, mereka seorang yang matang setelah melalui beberapa pengalaman. Kadang tanpa pengalaman juga seseorang boleh bertindak secara matang. Pelik.

Mengenali seseorang kawan bukanlah bermaksud kita memahami mereka. Berkawan rapat juga belum tentu kita benar memahami mereka. Kadang kita sendiri kurang memahami diri sendiri. Pelik.

Kadang meluahkan rasa lebih baik dari disimpan. Kadang tanpa bicara adalah lebih baik sebenarnya. Bergantung kepada keadaan dan masalah. Ada berita gembira perlu dikongsi, ada juga baikknya jika disimpan. Ada juga berita buruk wajar disorokkan, mungkin juga baik dikongsi sebagai pedoman untuk yang lain. Pelik.

Pelik.

Jumaat datang lagi.
Semoga sentiasa diberkati.


1 comment:

Unknown said...

takda yang pelik, itu semua proses kematangan hidup..yang penting jangan banyak sgt fikir di luar konteks masalah, nanti tak selesai masalah :)