Hi semua, Assalamualaikum..
Lama tak menaip dan meng'update' blog. Kononnya macam sibuk, al-maklumlah meng'update' blog hanya melalui laptop sahaja. Hanset belum cukup canggih nak on9, belum mampu lagi..haha
Lama juga sebenarnya nak memenuhi permintaan seseorang supaya menulis tentang tajuk kali ini. Tapi sebabkan beria-ria sangat, maka diusahakan juga..hihi
Sebelum ini saya pernah kongsikan pembelian buku secara maya di MPHonline. Kebetulan semasa sedang khusyuk melepak depan kedai buku dalam Larkin Sentral sementara menunggu kawan mencari tiket balik KL. Saya terpandangkan 'bunting' berkenaan inteam-Mobile.
Maka balik dari Larkin petang hari yang sama, terus saya google inteam-Mobile. Oh ya, lupa nak bagitau, ada sesuatu yang sangat menarik saya untuk terus membuka page inteam-Mobile. Sebenarnya, gambar CD Habib Syech Assegaf tajuk 'Ya Hanana" yang menyebabkan saya sedikit teruja. Sebelum ini dengar Qasidah Ya Hanana dalam radio IKIM, mencari tajuknya. Tapi akhirnya tahu dari pakar-pakar penyelidik juga akhirnya.
Oleh sebab beli CD sesuatu yang baru, bagi saya sahaja mungkin. Sebab sebelum ini sangat mahir membeli di MPHonline. Disebabkan juga laptop saya tak boleh memainkan CD, maka saya terfikirkan sesuatu...hihi *,<
Ini muka depan page inteam-Mobile. Senang sangat nak memilih, sebab tak banyak pilihans seperti di dalam MPHonline. Nasib baik kan, kalau banyak sangat nanti saya jadi rambang mata. Banyak koleksi buku motivasi, CD ceramah, CD motivasi, Buku panduan agama dan macam-macam lagi bahan ilmiah yang boleh kita dapatkan di inteam-Mobile. Jangan tangguh-tangguh nak menambah ilmu agama, jangan tangguh-tangguh nak berubah jadi baik, kelak terlambat menyesal diri sendiri.
Ada lagi yang best di inteam-Mobile. Kita boleh memilih penghantaran kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain. Kalau di MPHonline, takda semua ni. Kerja saya menjadi makin mudah..lalala~
Seperti biasa di MPHonline, sesiapa pengguna baru perlu mendaftar. Petang yang sama saya mendaftar dan terus memilih CD 'Ya Hanana'.
Sesuatu yang saya tak sangka sebenarnya, pengurusan inteam-Mobile sangat cepat. SANGAT CEPAT. Saya sendiri tak menyangka sangat cepat. Tempah hari khamis, dan sabtu telah pun sepatutnya sampai kepada penerima. Saya ulang banyak kali sebab tak sangka. Jadi, saya sendiri kurang pasti adakah saya perlu berdiam diri atau mengaku..haha
Taraaa...penerima CD Ya Hanana, senyum lebar yea tu...hihi :P
Laaa....ni yang sangat risau, ditenung-tenung...bukaknya tidak...ish..ish...
May Allah Bless u
Happy Wednesday
*************************
4 comments:
sape la penerima CD tu agaknye ye.. untungnyaaa....
haha..tunggu la nanti gamba sebenar akan diupload...hihi :P
tertanya-tanya jugak ni.....siapalah agaknya......huhu
eitttt...
Post a Comment