Friday, February 22, 2013

Dinasour Bawah Katil..!!

Seorang pesakit mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalah tidur malamnya....

Doktor Pakar : apa yang menganggu fikiran kamu sehingga tidak dapat tidur malam?

Pesakit : saya rasa....saya rasa ada seekor dinasour di bawah katil saya doktor. Saya takut kalau saya lelapkan mata, binatang itu membaham saya pula..

Doktor Pakar: ini semua hanya dalam fikiran awak...tiada dinasour pun kat dunia ni...

Pesakit: ada!!!



Doktor pakar telah pun mengadakan mesyuarat bersama rakannya yang merupakan doktor pakar dalam bidang masing-masing..

Doktor Pakar A: ini melibatkan masalah psikologi..

Doktor Pakar B: ini masalah fobia atau trauma...mungkin hasil didikan lampau semasa dia kecil..


Doktor Pakar C: saya rasa...mungkin ada melibatkan saraf otaknya...

Selepasa sesi perbincangan, doktor pakar membuat kajiannya sendiri. Hasil kajian dan rawatan yang diberikan diperbincangan kembali.


Doktor Pakar A: ini masalah psikologi yang sangat kronik. pelbagai kaedah telah saya gunakan, tetapi psakit ini masih beranggapan dibawah katilnya ada seekor dinasour.

Doktor Pakar B: saya syorkan pesakit ini mengambil rawatan alternatif yang lain...


Doktor Pakar C: sarafnya semua ok. pesakit ini normal seperti orang lain...



Akhirnya doktor pakar menemui jalan buntu untuk mengubat pesakitnya. Dia terbawa-bawa emosi ditempat kerjanya sehingga ke rumah. Sehingga anaknya yang berumur 7 tahun menegurnya kerana banyak termenung...

Anak: Ayah...kenapa ayah banyak berdiam? ayah sakit?
Doktor Pakar: Tiada apa-apa sayang...ayah ok..
Anak: kalau ayah ok...kenapa ayah nampak ada masalah..
Doktor: ada masalah melibatkan pesakit ayah..
Anak: apa dia ayah..mungkin Amin boleh tolong..

Tergelak doktor pakar dengan kesungguhan anaknya. Di dalam hatinya, mana mungkin anaknya berumur 7 tahun mampu menyelesaikan masalahnya. Namun, dia tetap menceritakan masalah pesakitnya kepada anaknya yang akhirnya menemui jalan buntu. 

Anak: oh! dia masih lagi berfikir ada dinasour dibawah katilnya?
Doktor Pakar: begitulah nampaknya...
Anak: kenapa tidak ayah potong kaki katil..
Doktor Pakar: (tersenyum....) apa pula kaitannya potong kaki katil dengan dinasour dan masalah tidur sayang...
Anak: supaya tiada ruang lagi untuk dinasour menyorok dibawahnya..

Tersentak doktor pakar mendengar ulasan anaknya. Lalu esoknya dia memotong kaki katil dan berkata 

"Nah...sekarang tiada lagi ruang dinasour untuk sembunyi dibawah katil kamu...kamu dah boleh tidur lena sekarang.."

Akhirnya...pesakit itu dapat juga tidur dengan nyenyaknya...


Pengajaran? Fikirkanlah....


Salam Jumaat...May Allah Bless U ^__^







sumber: Solusi:Isu29

Thursday, February 21, 2013

Menjaga Aib Bukan Bermaksud Menipu.


"Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup didunia, 
nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat; 
Barangsiapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit,
nescaya Allah akan memudahkan urusannya didunia dan akhirat; 
Barangsiapa menutub aib seorang muslim,
maka Allah akan menutup aibnya didunia dan akhirat. 
Allah akan menolong seorang hamba selama mana hamba itu sentiasa menolong saudaranya...." 
: HR Muslim









Tuesday, February 19, 2013

Aku Yang Berdosa (Shahir)


Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padaMu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadaMu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadaMu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadaMu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Monday, February 18, 2013

Antara RM1 dan RM100



Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.


Kredit : facebook

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita perolehi, tetapi berapa banyak manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar dan sewajarnya. Kita mampu membeli gajet apple canggih untuk dipakai sendiri, malah ada pula untuk dihadiahkan kepada kekasih/tunang (siap letak dalam hantaran). Mampu beli pakaian berjenama, minyak wangi ratusan ringgit, kasut yang berharga 10 kali ganda harga selipar di pasar malam. Tetapi berapa nilai yang mampu kita keluarkan untuk ibu bapa kita, untuk masjid, untuk bayar hutang (ptptn sampai tangguh2 nak bayar) dan untuk mereka yang memerlukan. 





hanya sebuah pandangan melalui pemerhatian

tak berkaitan langsung dengan yang hidup atau mati

May Allah Bless U

Happy Monday

^___^


*********************************


Friday, February 01, 2013

Tak kenal...jadi makin pelik.


Saya menjadi sangat pelik. Apabila ada pelajar saya mengatakan 'tidak tahu' apabila saya bertanya perbezaan antara buaya dan biawak. Alahai...>.~

Mungkin ibu bapa sangat sibuk mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup sehingga lupa nak belikan buku haiwan masa kecil dahulu. Mungkin juga Zoo bukanlah senarai terbaik untuk dikunjungi zaman sekarang. 

Tapi, baru-baru ini saya bertambah pelik apabila menonton dokumentari rutin hidup doktor haiwan diluar negara. Tak pasti negara mana. Tapi yang pasti bukan berkisar tentang doktor haiwan tersebut. Berkaitan dengan haiwan yang dikunjungi untuk memastikan kesihatan seladang haiwan tersebut.




Dalam kepala saya semasa melihat haiwan ini, saya terfikir-fikir. "eh..peliknya binatang ni..." dan "eh, memang ini bukan cerita fantasi menggunakan teknik CGI kan...." Saya tertanya-tanya haiwan apa, namanya apa. Kenapa leher panjang. Kenapa bulu macam biri-biri. Kenapa dia pendek?

Saya cuba google mencari info dalam bahasa Melayu tentang haiwan ini. Hampa...memang tiada :( Terpaksa pulak merangkak-rangkak info dalam bahasa kedua kita. 

Rupa-rupanya, haiwan ini ada kembarnya. Kalau gambar diatas, haiwan ini dikenali sebagai 'Alpaca' atau dalam bahasa Melayu 'Alpaka'. Kembarnya dikenali sebagai 'Ilama'



Kalau google, macam-macam gamba akan keluar. Bila dibuat perbezaan, yang saya nampak kedua-duanya seperti sama sahaja. Gambar diatas segaja saya berikan sedikit perbezaan dari segi bulu. Usaha dan rajinkan jari sendiri untuk google. 

Ciri-ciri haiwan ini seperti biri-biri dan unta. Berbulu tebal, berkaki pendek dan memakan rumput seperti biri-biri. Berleher jinjang seperti unta. Kelihatan Ilama seperti ada sedikit bonggol dan kaki kurus macam unta.

Semua ini pandangan gambar dan pembacaan laju saya dilaman sesawang. Mungkin ada yang kurang tepat dan lengkap. 

Sama-sama nantikan kedatangan haiwan ini ke Malaysia. Sekurang-kurangnya patut berikan ruang sedikit untuk haiwan ini bermastautin di zoo...kan kan...


**************************************

Salam Jumaat

May Allah Bless U

Take Care

^__^ 


*************





p/s : terfikir..bolehkah haiwan ini dijadikan haiwan akikah/korban?lebih kepada biri-biri 1bahagian atau unta 7bahagian? fikir....