Monday, September 12, 2011

seminar anjuran PEARSON



jumaat lepas.
saya menghadiri ke seminar pearson berkaitan dengan teknik pengajaran inovatif dan efektif ke arah kecemerlangan pelajar untuk guru sains 2011.

intro.
datang agak lewat juga. sebab membawa barang pengetua. dan sebenarnya terlepas susur masuk ke JPNJ sekali lagi..adeh..nasib la ada u-turn dalam 1km kat depan.
kebetulan pula ditegur oleh kawan UTM. ada kawan...hehe
di hidangkan dengan persembahan multimedia yang sangat2 BEST.
teringat bahan2 interaktif saya yang sudah ditelan zaman.
rindu pada rangkaian adobe.

input.
teknik penyampaian pengajaran yang sangat2 bertenaga.
penceramah encik che ahmad daud dan mr. aristotle.
tapi teknik pengajaran yang beliau kongsikan bukanlah sesuatu yang baru bagi saya.
menggunakan elemen multimedia dan aktiviti dalam P&P.
semasa di UTM pun saya rasa semua kawan2 saya menggunakan teknik ini untuk micro-teaching.
tapi sampai kat sekolah. teknik ni semakin kurang di efektifkan kerana.......
kengkangan waktu dan silibus matapelajaran.
tapi segalanya memang ditangan kita.
pengurusan masa dalam P&P juga yang menentukan.

output.
ada banyak yang saya dapat dalam seminar ni.
serius memang tak mengantuk pun.
tapi entry output akan saya lampirkan dalam post sendiri.
mana boleh campur2 kat sini kan...ehehe

tapi satu ayat yang saya suka sepanjang seminar ni...
*
*
*
*
*
*
*
*
"nak jadik hebat kena gila...bukan 'gila' tapi gila-gila"


***********************************************




No comments: