Saturday, October 19, 2013

KUKUP : Disebalik wajah yang indah.


Hi, Assalamualaikum. 

Kukup seterusnya, kita lihat aktiviti harian masyarakat setempat. Oleh kerana Kukup berada disekitar kawasan berair, tentulah aktiviti mereka banyak tertumpu kepada air. Kebanyakkan bekerja sebagai nelayan, penternak makanan laut, berniaga, bertukang dan menyediakan kemudahan seperti homestay, hotel, motel, spa dan refleksologi.



Sebagai tambahan cerita yang lepas, dimana hendak mendapatkan tiket ke Pulau Kukup. Kita boleh dapatkan di Pejabat Taman Negara Pulau Kukup yang bersebelahan dengan surau dan berhadapan dengan bus stand kukup.

Berapa harga? Sebenarnya malang sekali saya tidak ambil tahu harga tiket menaikki bot untuk ke Pulau Kukup...hihi, minta maaflah, walaubagaimanapun tidak mahals mencecah RM 10. Maaf banyak-banyak semua. 

Tapi ada berita baik untuk semua, sebab semua pekerja Taman Negara Pulau Kukup ramah dan baik hati semua. Sangat banyak info telah disampaikan mengenai penubuhan projek Taman Negara Pulau Kukup. Alhamdulillah,  walaupun hujan lebat mereka tetap turun sama ke Pulau Kukup.  



Ini saya tunjukkan gambaran pemandangan dari rumah air homestay kami. Bilik berbentuk dorm asrama bertingkat dua. Berdekatan dengan kelong penternakan ikan dan udang. Lokasi di Kampung Air Masin, Kukup. Banyak lagi homestay atas air seperti ini, lagi cantik pun ada. Kemudahan kedai runcit pelbagai keperluan juga dekat. Ada juga disediakan makanan, tapi saranan saya baik cari sahaja diluar sebab lagi banyaka pilihan. Harga? Terus terang saya katakan mahal sangat. Enam bilik dalam satu rumah dengan harga RM 800. Bilik boleh memuatkan 8 orang. Sesak sangat, muat untuk solat sahaja lorong antara tilam. Tak tahulah kalau ada yang lebih selesa dan murah. Nak mudah, rajinlah berkawan dengan pakcik Google. 


Selain dari itu, ada juga pemandangan sakit mata pada saya. Kawasan rumah semua diatas air dengan kurang proses air keluar masuk. Memang bawah rumah kotor dan sangat kotor. Lagi bertambah parah bila kedai makan buang sampai kotor dapur merata di bawah rumah.  Air memang keruh. Kualiti air memang tahap parah. Silap hari bulan mungkin ada aedes.



Satu tips apabila berada di Kukup. Kalau hendak melihat pemandangan yang cantik dimata, teruslah mendongak langit. Tapi andai ingin melihat realiti, banyakkanlah melihat rumput dibumi. Terus tunduk dan ambil ikhtibar.

Begitu juga dalam realiti kehidupan kita. Kalau kita masih mampu berpura, maka teruskan bermanis wajah. Tapi andai ingin berlaku jujur, bercakap benar dan mengaku salah.

Penat. Nanti sambung lagi.

Jaga diri semua.

Wassalam.




KUKUP : Paya Bakau Terbesar Di Dunia.


Hi, Assalamualaikum. 

Selamat datang ke Kukup. Sebelum ini pernah dua kali ke Kukup. Tapi sekadar pergi pagi pulang petang. Jauh dari Johor Bahru dalam 40 minit. Jarak dari bandar Batu Pahat pun dalam 40 minit juga. 

Memang kalau tak menjadi sukarelawan sebagai guru pengiring. Memang tak tahu langsung ada kehidupan disebalik pekan Kukup. Sebelum ini hanha tahu, pekan Kukup ada jeti pelepasan. 


Penghujung jalan dari pekan Pontian, kita akan berjumpa dengan jeti pelepasan ini sahaja. Kalau tengok kanan dan kiri adalah beberapa buah kedai makan seafood dan kedai jajan. Ikan bilis, ikan kering dan macam jenis benda kering ada. Harga? Macam sama ada diluar, tapi keistimewaanya mungkin teksturnya lebih lembut, warna cerah dan kurang habuk. Dan tentulah fresh dari laut...hihi



Tujuannya saya kalau ikut sebagai guru pengiring, biasanya hanya sebagai pengikut dan pelengkap program. Tapi ada sedikit tugasan perlu membantu memastikan keselamatan pelajar semasa proses kajian geografi mereka. 

Inilah yang saya kagum. Rumah sebesar banglo didirikan diatas air. Diatas tiang konkrit sahaja. Laluan masuk ke rumah hanya jalan bersimen semuat kereta viva comel. Tapi jangan bermimpi hendak membawa masuk kereta. Memang mencari nahas dengan jiran tetangga..hihi. Pengangkutan utama hanyalah sebuah basikal dan motosikal. Untuk lebih sihat, tentulah mengalakkan berjalan kaki. Entah bagaimana proses menyiapkan rumah banglo ini, dengan proses mengangkuta batu, simen dan sebagainya hanya menggunakan troli dan kereta sorong.

Kemudian, aktiviti santai waktu petang. Sebenarnya, cuaca tidaklah mengizinkan. Tapi Alhamdulillah,  selepas solat zuhur matahari tak malu keluarkan cahayanya selepas menghalau awan gelap. Maka, kami semua bergerak naik bot ke Pulau Kukup. Ini pun pertama kali. Pelik juga kenapa sebelum ini saya tidak tahu. Rupanya memang baru juga dibuka. 



Apa yang seronok di Pulau Kukup? 
Di Pulau Kukup,  kita akan dapat melalui jalan berpapan sepanjang 600m dan dipenghujungnya ada menara meninjau. Sepanjang perjalanan kita akan melihat proses penyemaian dan penanaman pokok Kayu Bakau. Bermacam jenis yang tam pernah saya tahu ada disini. Dan untuk pengetahuan saya, rupanya Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau terbesar di dunia.


Selain berjalan kaki, boleh juga mencabar keberanian menaikki jambatan gantung sepanjang 30m sahaja. Tak bergayat sangat sebenarnya. Cuma terpsiko dengan air deras dari sungai ular dibawah itu sahaja. Rasanya jambatan gantung di Sabah 3 tahun lepas lagi mencabar. Ataupun menaikki skyway di Genting Highland,  lagilah seram.



Ini pengalaman sepanjang hari pertama di Pulau Kukup. Esoknya akan bergerak ke Tanjung Piai, penghujung benua Asia. Sesiapa yang rasa nak bercuti ke sini, jangan risau boleh je datang dan terus tempah. Sebab banyak homestay, motel, hotel budget disekitar Kukup. Kalau nak lebih selesa, bolehlah pergi mana-mana resort berdekatan. 

Ok semua, selamat bercuti. Jaga diri masing-masing.


Wednesday, October 16, 2013

Enam sahaja.


Assalamualaikum.  Hi Salam Aidiladha.

Mohon maaf salah dan silap. Mohon maaf juga andai ada salah dan ada silap yang tidak terperasan, dan ada buat orang berkecil hati. Siapalah saya, insan lemah yang selalu lupa dan leka. 

Sempena Hari Raya Aidiladha dan 3 Hari Tasyrik. Jangan ada yang terlupa yang hari-hari diatas adalah hari haram berpuasa. Hari ini dua kali berhadapan dengan kes puasa. 

"Intan, kau nak makan kul berapa? " belum sempat saya jawab.

"Eh, kau puasa ke...ala...." saya masih lagi berfikir sambil melihat jadual kelas dimana dan waktu free nak makan pagi. Tapi sudah pun dibalas dengan ayat ini.

"Eh, mana kau puasa..haha, apa la aku ni..." saya tak dapat tangkap maksud ayatnya.

"Eh, kenapa tak boleh puasa pulak?" saya masih lagi berfikir. Serius, memang tak faham langsung.

"Lupalah tu..kan hari Tasyrik 3 hari..haram puasa"

"Oh, haah...lupa...kita beraya haji 4 hari!! Nasib baik kau ingatkan" nasib baik diingatkan, esok pula hari khamis.

Kemudian, dapat mesej pula.

"Mak ude...esok puasa boleh ke?"

Ya. Semua orang terlupa. Dan ini masanya untuk saling mengingatkan. Jadi, sama-sama kita ulangkaji pelajaran sekolah agama.

Hari haram berpuasa ada enam hari sahaja.
1. 30 Syaaban
2. Hari Raya Aidilfitri
3. Hari Raya Aidiladha
4. Hari Tasyrik 3 hari

Kemudian, jangan terlupa ada juga hari yang dimakruhkan berpuasa dan disunatkan berpuasa. Bila? Kenalah usaha sedikit. Buat latihan sambil-sambil buka 'facebook' tu kan.







Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha.




Kalau pura-pura baik, dah macam mana eh?


Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.


Monday, October 14, 2013

Yang Berbeza Kita Hormati.


Seorang profesor bijak pandai menaikki sebuah sampan yang didayung oleh seorang pemuda. Dalam perjalanan menuju sebuah  destinasi, profesor tersebut menanyakan soalan kepada pemuda tersebut.

"Pemuda, adakah engkau pandai membaca dan menulis?"
 "Tidak tuan, saya tidak pernah bersekolah. Saya buta huruf"

"Malang sekali, anda sudah kehilangan separuh dari kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan mebaca seolah telah hilang keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Kemudian, dalam pertengahan jalan. Profesor bijak pandai bertanya lagi.

"Pemuda, adakah engkau mempunyai wang simpanan?
"Tidak tuan, pendapatan saya hanya cukup-cukup sahaja untuk sehari. Malah kadangkala hampir tiada apa untuk dimakan"

"Malang sekali, anda telah kehilangan separuh darj kehidupan kamu sekali lagi. Mana mungkin hidup senang di usia tua jika tiada simpanan"

Sampan terus berlalu. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka berdua apabila sampan tersebut melanggar sebuah batu lalu bocor. Mereka berdua berusaha sehabis boleh menimba air keluar dari sampan. Hasilnya tap sama, sampan semakin tenggelam. Pemuda tersebut menanyakan soalan kepada profesor bijak pandai itu.

"Tuan, adakah tuan pandai berenang?"
"Tidak....saya tak pandai berenang"

"Malang sekali, tuan telah kehilangan seluruh kehidupan tuan!!"




p/s: Kekayaan dan kelebihan bukanlah untuk dibanggakan. Harta dunia, pangkat yang tinggi dan kecantikan fizikal hanya pinjaman semata-mata.