Friday, August 30, 2013

Again!!! Country Garden : Danga Bay


Wahhh....kali kedua ke Country Garden, Danga Bay. Layan pemandangan selepas hujan lebat. Ada lagi beberapa tempat tak sempat singgah.



Ada cafe makan-makan ada rupanya. Tapi semuanya was-was rasanya. Ramai orang cina. Rakyat jelata Singapore la tuuuu....



Tengok....ada penyu kat Danga Bay. Hebat tak? Penyu dah mula migrasi sebab cantik sangat tempat ni kot...hahha..bohong je :P



Pokok kelapa pun belum sempat berkembang. Ada pondok bora-bora. Entah betul ke namanya? Nasibla....



Semestinya masuk lagi rumah contoh. Semuanya rasa nak ambil gambar. Tapi rupanya ada lagi unit yang tak masuk lagi. Rumah untuk orang bujang hanya 1 bilik dan 1 bilik air. Jadi betullah itulah kondo paling murah kat Danga Bay Country Garden. Bolehlah tempah dah...1.3 juta... ;)




Semua kedai belum buka. Masih lagi yang belakang 'under construction'. Sebab itulah tempat ini masih kosong lagi takda orang. 

Yang terakhir untuk bergambar berdua. Susah nak minta tolong pak guard ambilkan gambar. Sebab semua import dari Bangladesh dan Nepal. Kalau minta ambilkan pun, banyak fokus muka sahaja. Kami nak pemandangan sebenarnya. Huhu....





Ini kedai buku. Hikkhikkkk.....




Bulatan Gembira : Program Mentor Mentee






Program Mentor Mentee. Kali ketiga. Tujuan program ini untuk mengeratkan hubungan antara pelajar didalam kelas. Membaikki komunikasi antara mereka. Mengenal pasti masalah dan pelajar yang bermasalah. 

Sengaja membawa program ini kedalam surau. Mungkin lebih santai mungkin lebih baik. Ada beberapa pelajar yang nampak matang dan fokus untuk masa depan. Ada juga yang masih tak berganjak. Tak mengapa, semua perkara memerlukan masa. 





Salam Jumaat



Thursday, August 29, 2013

UniKL-MITEC : Program Galakan Membaca Peringkat Pasir Gudang


Hari ini mengantikan Cikgu Media sekolah ke majlis Progam Galakan Membaca. Bolehlah ambil angin sekejap diluar. Sesak nafas di sekolah...cehhhh



Kalau mengikut tentatif majlis, Ketua Pengarah JPN Johor yang sepatutnya hadir dan merasmikan majlis. Tapi biasalah, orang besar kan selalu sibuk. Digantikan dengan Hajah Saadiah binti Said, unit bahagian mana saya kurang peka...hihi



Siapa budak lelaki ini? Awal majlis dia yang baca doa, tetiba keluar lagi menyampaikan sinopsis bacaan Nilam. Buku pun bukan calang-calang, buku bibliografi Tunku Abdul Rahman. Tanpa teks langsung ditangan. Jelas penyampaiannya.

Bukan setakat membaca, siap bersajak. Tambah lagi siap menyanyi 3 bahasa lagi. Memang tak silaplah dan layaklah menyandang Tokoh Nilam Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan.



Tuesday, August 27, 2013

Jangan lupa untuk bersyukur..




Apa yang orang lain dapat, tak semestinya kita perlu ada. Yang kita dapat pula, tak bermaksud orang lain perlu ada. Segala yang kita milikki sekarang ini hanyalah pinjaman atas rahmat dan kasih sayang Allah.

Jangan lupa diri.
 Kesusahan dan kesenangan yang kita perolehi, panjatkan kesyukuran.