Thursday, August 11, 2016

Pipi Bulat


Genap 10 Bulan.
Hari ini 11 ogos, Ahmad Al Fatih bin Ahmad Kamil menjangkau 10 bulan. 

Pipi Bulat


Perkembangan Al Fatih sehingga minggu ini.
(ibu taip dan simpan beberapa kali, sebab kalau nak ambil masa menaip panjang...tak cukup masa).

1. Gigi sedia ada 4 batang. Ada perkembangan untuk gigi ke 5 dan ke 6 untuk muncul. Ibu belum sempat nak bawa Al Fatih pergi jumpa doktor gigi. Misi bagi tahu ada tempoh sehingga umur setahun. InsyaAllah, nanti kita cari masa ye sayang.

2. Merangkak dengan berjaya. Sebelum ini hanya mengelungsor macam anjing laut. Tapi sebulan ini dah nampak Fatih pandai mengawal lutut untuk bergerak. 

3. Boleh duduk dengan sendiri. Berdiri dengan memegang meja, kerusi, orang dan walker. Kadang terlupa sedang berpaut, terlepas tangan dan terbongkang ke belakang.

4. Makan? Suka makan, tapi tak banyak kuantiti. Ok tak mengapa.

5. Bermain? Suka mengacah dan mengajak orang bermain. Kesian takda kawan nak bermain. Sebab itulah ibu suka bawa Fatih jalan rumah maklong, makngah, atok cu dan jalan-jalan. Supaya Fatih kenal orang lain selain ibu, papa, nyaie, atok, atok serom. Kalau ramai kawan, sampai penat mengantuk pun sanggup tak tidur. Bila tidur dalam keadaan penat....awak pun mengigau malam-malam, menangis. Ibu juga susah hati.

6. Aktiviti mandi manda sangat disukai Al Fatih. Berendam lama pun awak tahan. Ibu tahu dan ibu pun suka. Sebab ibu sempat memasak, sempat cuci botol, sempat basuh baju. Nanti ibu belikan kolam besar eh sayang. Yeahhhh...kita ajak papa mandi kolam pun best ni.

7. Masih menyusu ibu sepenuhnya. Susu ibu harganya tiada. Selain untuk kebaikan Al Fatih untuk perkembangannya. Baik juga untuk ibu, tak perlu membancuh susu malam-malam buta.

8. Lampin pakai buang atau nama komersialnya pampers telah bertukar ke size XL. 


Ada beberapa lagi misi yang belum tercapai. Walaubagaimanapun tak mahu dikongsikan lagi buat masa ini. Biarlah bila sudah tercapai, baru kita kongsi. Okay.....


Tuesday, August 09, 2016

Gurau-gurau nak datang beraya.



Ramadhan telah lama meninggalkan kita. Syawal baru sahja berakhir. Sebelum cerita hari raya berbau basi untuk ditatap. Ada baiknya saya taip secepat yang mungkin.

Sepanjang mengajar di Batu Pahat, belum pernah anak murid datang beraya ke rumah. mulanya saya menyangka mereka hanya bergurau hendak datang ke rumah. Hampir tiap hari bila terserempak dengan saya asyik berpesan nak datang ke rumah. 

Terkejut juga mereka jumpa rumah saya dengan tidak menerima satu pun hint nombor telefon dan alamat rumah. 



Al Fatih nampak gembira dikelilinggi abang-abang eh.... Kelam kabut juga sebab tak bersedia menerima kunjungan. Apatah lagi baru balik dari pasar. Nasib baik niat beraya dibatalkan. Ada tetamu nak datang rumah. Sempatkan juga mengoreng mee hoon goreng dan sukun goreng.

Terima kasih sudi datang. Jangan malu-malu datang lagi tahun depan. Elok-elok meronda. 

Lain kali jangan gurau-gurau nak datang beraya.


Tuesday, July 12, 2016

Syawal dirai, Ramadhan yang dirindui.


Ramadhan tahun ini, perkara yang paling saya rindui tentunya malam teraweh berjemaah di masjid. Sempat sekali sahaja teraweh sendiri di rumah. Malam pertama teraweh, malam seterusnya lebih kepada godaan malas. Lepas hantar mak pergi teraweh di masjid, sampai dirumah terus padam lampu tidurkan Al Fatih. 

Pernah juga berangan nak bawa Al Fatih sekali ke masjid. Tapi mak melarang. Ada hikmahnya bila tersebarnya video lelaki yang cuba nak menculik bayi dari dukungan kakaknya di sebuah masjid ketika teraweh. Mujur kakaknya menjerit. Berderau saya melihat video tersebut. 

Semoga Allah berikan saya kesempatan untuk dapat kembali teraweh berjemaah dimasjid. InsyaAllah nak pergi sama-sama suami pula. 

Banyak juga perkara berlaku sebelum tibanya syawal. Terutamanya bila group whatapps famili sebelah emak yang 'panas' dek kerana ada sikap sepupu yang tidak menghormati makciknya. SubhanaAllah. Dugaan bulan puasa. 

Ada suatu perkara yang tak disangka. Suami yang belum pernah berjaya buat kejutan kepada saya, akhirnya berjaya buat kejutan malam balik ke rumah mentua. Cis...cissss...kenapalah saya tak boleh nak agak. Dimanakah deria ke 6 saya....huhu

Terima kasih bebanyak abang :)

Hadiah yang tak seberapa. Tapi amat bermakna buat saya, 14 bulan berhadapan henpon yang blackscreen apabila membuat/menerima panggilan. Terasa lebih bersemangat nak membuat/menerima panggilan selepas ini...hihi


Sebagai kenangan. Gambar raya tahun 2016. Al Fatih genap 9 bulan 11 julai semalam. Semoga Allah berkati famili kecil kami. Amin.



Friday, June 17, 2016

#catatanalfatih


Semenjak umur semakin bertambah, saya kurang berminat mengemaskini laman peribadi facebook. Sebab paling utama, tak mahu orang lain rasa kekurangan dengan apa yang terlebih Allah kurniakan kepada saya. Walaupun banyak kelebihan orang lain yang buat saya berkecil hati...hihi. 

Tapi tak mengapa, saya okay je... Seronok apa baca perkembangan kawan, cerita mereka dan perkongsian tempat bercuti. Seronokkkk....saya pun kadang merasa nak begitu. Tapi masa pula yang tak mengizinkan. Memang Allah yang atur untuk kembalikan saya kepada niat asal diatas.

Semenjak adanya Al Fatih, mestilah lagi membuak nak berkongsi. Maka saya buka page peribadi untuk kongsi dan simpan gambar, video dan catatan ringkas. Bagi memudahkan saya dan suami berkongsi gambar yang ada muka Al Fatih. Kalau setiap hari nak wasap, nak berskype...aduiduiii....tak menyempat la sayang.

Manfaatnya? Saya jimat masa. Kalau balik sekolah sampai rumah dah azan asar. Mesti lepas maghrib terus kelepek je, isyak pun dah masuk hari baru. Terkedek nak susun susu, nak basuh baju, nak gosok baju dan susun baju Al Fatih. Saya jimat ruang penyimpanan dalam tab. Haha...walaupun sebiji pun belum di delet sebab sayang.



#catatanalfatih


Thursday, June 16, 2016

#keretapertamasaya


Lamanya tak menaip. Hari ini 15 Jun. Sudah genap sebulan. Al Fatih menginjak ke 8 bulan. Alhamdulillah, sudah bergigi empat batang, sudah pandai makan dan sangat ligat bergerak. 

Sibuk pula tengok facebook dengan perkongsian #keretapertamasaya. Rasa teringin juga mengimbau kenangan sewa-beli kereta yang masih berbaki dua tahun lagi. Terasa sekejap pula masa berlalu. Rupanya umur pun sudah mengesot ke angka tida puluh tahun. Ya Allah berkatilah baki-baki umur yang Engkau kurniakan kepadaku dengan kebaikan dan membawa manfaat.

Sejujurnya saya tak berimpian hendak membawa kereta besar. Haha...anak gajah itu rupanya menjadi sindiran sedara sendiri. Dia merasakan saya bongkak dan menunjuk kononnya 'mampu' hendak berkereta besar. Sungguh. Anak gajah itu bukanlah impian saya. Bukan impian mak dan abah. Sepuluh bulan saya bekerja simpan duit, catu makan, jimat belanja, kurangkan beli yang tak bermanfaat dan yang paling utama, menebalkan muka menumpang rakan ke sekolah. Kadang ada juga balik batu pahat atau ke johor diajak menumpang. Serius tak suka menyusahkan orang lain.

Akhirnya, sedara sendiri juga menunjukkan bongkak. Mahu berkereta besar juga. Itu adalah impiannya. Ok cukup. Bulan Ramadhan. Jikalau saya tahu itu impiannya, serius saya tolak mentah cadangan abang long.

Ya, anak gajah adalah cadangan abang long aka suami along. Sebab utama yang meneguhkan cadangannya, untuk memudahkan saya ulang alik johor ke batu pahat. Memang impian saya untuk rajin balik kampung. Niat nak selalu jenguk mak abah dan nak bawa mak abah berjalan. Supaya selesa dan memudahkan. 

Sepuluh bulan mengumpul hampir 15K. Dengan rebate 3K. Maka, saya dengan mudah memilikki anak gajah dalam masa kurang dari 3 minggu. Berhari raya dengan anak gajah. Sebenarnya kumpul duit banyak bukan sebab nak beli anak gajah. Tapi sebab nak kahwin awal. Tapi belum ada jodoh ketika itu. Selepas sahaja beli kereta, betapa azabnya nak menyimpan kembali. Setiap bulan komitmen minyak kereta lebih RM 200. Tapi Alhamdulillah, berkat rezeki sentiasa cukup.

Kenangan genap 7 tahun. Banyak sangat. Paling bangga...hahaha, nak riak pula. Anak gajah mampu dibawa hingga ke negeri Che Wan Kembang. Berkampung 6 hari 5 malam. Pertama kali dapat bawa abah dengan mak jalan sejauh begitu. Tentunya tak menyangka mampu bawa anak gajah sejauh itu. Hehe....

Ulang alik batu pahat ke johor dalam masa sehari bukanlah perkara baru. Entah seronok sangat ulang alik. Kalau dapat hari-hari nak balik kampung. Sekarang bukan setakat bawa mak abah sendiri, anak gajah juga berbakti bawa mak abah mentua berjalan...hihi, rasa comel pula. Rasa menantu paling manis...ekekkee

Walaubagaimana pun kenangannya, saya berharap anak gajah akan terus sihat walafiat. Masih mudah dan bertenaga. Saya memilikki anak gajah bukan kerana hendak riak. Tapi kerana mak abah dan komitmen kerja jauh. Perlukan kereta yang selesa untuk mak dan abah. Dan kereta yang lasak untuk ulang alik sejauh lebih 100 km. 

Semoga anak gajah akan terus berbakti untuk tuannya yang comel. 


Ini bukan anak gajah, bukan juga bapa gajah. 
Tapi kesayangan saya yang temankan anak gajah pergi klinik tempoh hari. 
Tenkiu sayang