Wednesday, October 09, 2013

Mula-mula panggil nama, lepas tu panggil awak...kemudian?


Mula-mula panggil nama.

"Abu...datang rupanya hari ini, sihat dah?"
"Sihat cikgu....cikgu sihat? Tiap hari jawap soalan....boringlah cikgu...bosan"
"Aikkk...cuti dekat 3 minggu, tak puas ke?"
"Saya sakitlah cikgu, bukan cuti suka-suka"
"Jom ikut cikgu pergi bilik guru"
"Ada apa cikgu...?"
"Laaaa...tadi kata boring, bosan...jom la...bawak beg sekali"

Lepas itu panggil awak.

"Awak asyik menjawab bila cikgu tegur sikit"
"Cikgu yang layan saya macam ni....memanglah saya jawab"
"Apa? Cikgu salah?"

Kemudian?

"Abu...kau ni kenapa?"
"Apa saya dah buat? Cikgu yang paksa saya buat latihan fizik dalam bilik guru, saya tak nak..cikgu la...orang lain takda pun cikgu buat gini...qamarul, afiq...vishan pun teruk jugak."

Kemudian lagi?

"Cikgu rasa cikgu dah tak boleh nak fahamlah. Cikgu tanya baik-baik, ajar satu-satu. Cuba nak faham apa sebenarnya berlaku, cuba nak faham situasi awak. Cikgu dah caring macam ini pun, awak layan cikgu macam member bertepuk tampar je. Kau cakap dengan cikgu dengan takda hormat langsung. Kalau ko tak suka cikgu, cubalah hargai masa cikgu luangkan dengan ko ni... Ko tahu ke tak....semua cikgu risaukan ko...bukan cikgu risau prestasi subjek kitorang tercalar sebab ko...tapi risau ko nak jadik apa kalau semua result ko gagal......ko faham tak?"


Ini hanyalah singkatan beberapa perbualan panjang seorang cikgu dan pelajarnya. Seorang cikgu yang risaukan keadaan prestasi pelajar yang tiada perubahan langsung semenjak awal tahun perpindahan dia ke sekolah. 

Bermula dengan perbualan memahami keadaan kesihatan, keluarga, pengisian masa lapangnya, pergaulannya. Sehinggalah kondisi kewangan keluarga dan faktor perpindahannya. 

Kesimpulan ringkas. Abu seorang lelaki yang sangat tinggi egonya. Meletakkan diri sekadar lebih baik kerana ada orang lain yang lebih rendah tarafnya berbanding dirinya (pada pandangannya sahaja). Sentiasa mempunyai modal untuk mempertahankan dirinya dengan memanipulasikan kenyataan yang dia tak boleh terima. Bagaimana hendak memanipulasikan Abu?

"Abu solat 5 waktu cukup?"
"Eh...mestilah cikgu, cikgu ingat saya apa..."
"Eh...cikgu tak cakap apa pun, reaksi muka pun cikgu tak buat.. Alhamdulillah,  baguslah Abu jaga solat"
"Selalu solat apa yang tertinggal?"
"Erm....zuhur"
"Sebab?"
"Penat balik sekolah" 
"Tiap hari kena tahan datang lambat kenapa...rumah dekat sini je kan..."
"Bangun lambat...."

Bangun lambat? Tapi tertinggal solat zuhur sahaja. Dan solat 5 waktu cukup. Ermmm....

"Abu....terus terang cikgu cakap, awak mungkin boleh tipu kawan awak, famili awak...dan cikgu awak. Tapi awak tak boleh tipu diri sendiri. Awak ego sangat Abu. Awak kena belajar banyak perkara tentang orang disekeliling awak. Bagaimana hendak dihormati dengan menghormati orang lain. Awak fikir dulu sebelum bercakap. Cikgu minta maaf kalau memang cikgu silap menilai Abu."







Monday, October 07, 2013

Jangan benci ISNIN...



Saya suka isnin. Suka suka isnin. Suka isnin...suka isnin..haha...sebab isnin saya cuti..lalala

Selalu terbaca dari blog ke blog fenomena 'monday blues' atau kalau kita terjemahkan 'biru isnin' haha...salah la...pepandai je direct translation...

Fenomena dimana orang menjadi stress tibanya hari isnin. Mungkin sebab selesa bercuti sabtu dan ahad. Jadi masih dalam mood bercuti. Tak puas lagi bercuti. Mulalah ambil cuti sakit...tetiba sakit, kang sakit betul...badan sendiri yang susah.

Kalau dah stress bekerja, seharusnya berehat sungguh-sungguh dihujung minggu. Bukannya berjalan sakan dihujung minggu. Kualiti masa bersama keluarga bukannya dikira tempat yang seronok dan jarak yang jauh dari rumah. Badan penat, mengeluh duit keluar macam air dan esok isnin pun menjadi masalah.

Bersyukur.
Bersyukurlah mempunyai keluarga. 
Syuga kecil didunia.

May Allah bless.



Sunday, October 06, 2013

13 hari berkerja, malam untuk makan.


Semalam 5 oktober 2013. Malam ahad, sekolah buat majlis makan-makan ala dinner kononnya. Genap 13 hari sekolah dan tak dapat balik kampung hujung minggu. Kepala dah ter'jem' jugalah sebab semua orang asyik 'push' kerja. 

Tapi masih lagi santai dan relaks. Mana yang penting didahulukan. Dah faham sangat sekolah, dah hujung tanduk baru nak kejar itu ini. 

Paling penting tugas masuk kelas, jaga anak murid, latihan dan markah semua selesai. Setakat laporan itu ini, takpalah lambat kan...hahaha (ayat orang malas buat laporan).

Tempat makan pilihan majlis akhir tahun 2013, Hotel Grand Paragon. Bunyi macam dah grand, hebat kan. Tapi sayang mimpi indah nak makan pencuci mulut yang comel, koktel, abc, makanan yang pelik-cute, yang saya tak dapat nak buat sendiri......saya tak jumpa. Apa ni....kecewa tau..


Bertambah juga kecewa bila hadiah tukar-tukar dapat yang tak best. Tu yang kecik numbor 62. Paling kecil di meja hadiah. Rasa kecewa sampai tak nak buka pun. Tapi kawan buka kan sebab nak tengok. Memang seperti disangka. Hanya sepeket serbuk kopi. Kopi apatah, tanya pada pakcik google, kopi dari vietnam. Takda cop halal. Adesssss!! Sampai hati cikgu tu...

Rasa nak cepat balik, sebab makan tak best dan hadiah tak best. Tapi memikirkan grand prize tv lcd sony bravia. Saya gigihkan...hahaha (poyo)

Tapi kan......baru je mula cabutan bertuah, tiba-tiba nama saya dipanggil. 

Eh? Taknak menang lagi la...nak tunggu tv besar tu...alalalalala.......


Dapat set pinggan. Set untuk dua orang. 
Seperti kata pengacara, cepat-cepatlah cari teman buat makan bersama..(amboi...laser)


Set ini halal dimakan. 


p/s: baju merah pegang baby tu, bf saya kat sekolah. Simple je pakai t-shirt, tak peliklah dia ada 3 buah rumah...hihi ;)



Friday, October 04, 2013

Jumaat datang lagi...




Pengalaman banyak mengajar seseorang untuk berfikir dan bertindak dengan lebih matang. Tapi nak menjadi seorang yang matang bukanlah melalui apa yang difikirkan untuk membuat tindakan. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Pelik.

Kadang tanpa membuat apa tindakan juga adalah lebih baik. Bergantung kepada situasi. Ramai beranggapan umur menunjukkan kematangan. Ramai juga yang berfikir, mereka seorang yang matang setelah melalui beberapa pengalaman. Kadang tanpa pengalaman juga seseorang boleh bertindak secara matang. Pelik.

Mengenali seseorang kawan bukanlah bermaksud kita memahami mereka. Berkawan rapat juga belum tentu kita benar memahami mereka. Kadang kita sendiri kurang memahami diri sendiri. Pelik.

Kadang meluahkan rasa lebih baik dari disimpan. Kadang tanpa bicara adalah lebih baik sebenarnya. Bergantung kepada keadaan dan masalah. Ada berita gembira perlu dikongsi, ada juga baikknya jika disimpan. Ada juga berita buruk wajar disorokkan, mungkin juga baik dikongsi sebagai pedoman untuk yang lain. Pelik.

Pelik.

Jumaat datang lagi.
Semoga sentiasa diberkati.


Tuesday, October 01, 2013