Tuesday, February 14, 2017

Buku yang dirindukan.


Hari ini mula kecoh kemunculan buku Fattah Amin yang dianggap 'sampah' dicetak dan dijual dengan harga yang cukup mahal.

Seminggu yang lepas, saya baru sahaja melepaskan buku kesayangan semasa belajar. Sebenarnya tujuan disimpan untuk merealisasikan mini perpustakaan dalam rumah saya kelak. 

Namun oleh kerana tahun bila agaknya rumah itu akan dibina, pun kurang pasti. Maka, dengan nama Allah saya sedekahkan buku itu supaya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. 

Walaubagaimanapun, dapatlah saya simpankan buku Fizik dan novel kesayangan supaya adalah kenangan yang boleh dibaca atau diwarisi oleh Al Fatih dan adik-adiknya nanti.

Berbalik kepada cerita buku Fattah Amin, saya tidak memihak sama ada setuju dengan penerbitan buku tersebut atau pun menolak mentah buku beliau. 

Bersetuju jika kemunculan buku itu dapat meningkatkan lagi minat membaca dikalangan rakyat Malaysia. Tapi membantah jika buku tersebut tidak membawa faedah kepada rakyat Malaysia. Paling nyata, saya sedikit pun tidak berminat untuk membeli dan memilikki buku beliau dengan menggunakan duit poket sendiri. Jadi? Tolonglah bagi saya baca supaya saya boleh ulas...hihi


Sebenarnya rasa sayang memilikki dan menyimpan buku muncul bila kita merasai perit getir mengawal budget bagi membeli setiap buku. 

Kenapa kena beli? Sebab rasa puas bila belajar kita guna buku sendiri. Kita boleh berikan tanda yang kita suka. Lagipun rasa berbaloi dan bermanfaat menggunakan buku sendiri. Kemudian kalau buku dipinjam kawan, kita pun dapat pahala kan. Bukan kita menunjuk kita mampu, tapi lebih kepada nak orang lain dapat manfaat.

Nasib baik koleksi novel tersorok dalam kotak bertutup. Mak tak nampak, jadi boleh terus disimpan. Hihi...








No comments: