Friday, March 07, 2014

Yang kelabu 'special'. :D


Assalamualaikum. 

Hi...kali ini nak kongsikan beberapa aktiviti yang dikerah untuk disempatkan. Cuaca panas begini. Sejak seminggu dua memang malas nak makan. Tak tahu nak bagaimana nak bagi perut kenyang, sebab semua macam tak sedap. Perut berbunyi, tangan pantas cari air masak sekurangnya sebelum jumpa coki-coki. Kepala ligat fikir nak telan apa. Roti pun jadilah. Biskut dah muak, sekeping bolehlah.

Akhirnya, hari ini berjaya gagahkan diri main masak-masak. Kek coklat menjadi. Pukul telur pun pakai cara lama. Malas nak keluarkan 'mixer' emak dalam gerobok. Main pukul-pukul 2 biji telur dengan 2 cawan gula, asalkan telur naik kembang terus masukkan secawan susu cair, susu pekat dan minyak jagung. Pakai minyak jagung.....kesihatan jaga. Kurangkan kolesterol semampu mungkin...hihi

Kemudian, kacau-kacau lagi ala kadar masukkan 2 cawan tepung naik sendiri jenama blue key. Kemudian secawan serbuk koko dan sedikit tepung naik sedikit dan bikarbonat soda. Serbuk semua mesti di ayak supaya ringgan nak gebu kek nanti. Hihi...asal sedap dah, gebu jatuh nombor 2. Akhir sekali secawan air panas. 

Lupa, sambil kacau-kacau tadi panaskan air jangan lupa. Panaskan juga 'microwave' dan sediakan bekas pembakar siap bersapu majerin. Biar tak lekat bila nak keluarkan nanti. 

Boleh lawan lagu baru Dr. Fazley tak karang macam begini. Haha....lawak je. Kek pun bakar suhu 180°C selama 1 jam. Boleh la tengok sesekali...jangan leka berangan kat dapur. Dapat suami tua nanti. Kalau tua baik hati...takpe kan...hihi, eh eh..eh eh..


Kemudian, misi projek syok sendiri dengan emak. Sibuk potong kain langsir. Kecoh itu ini sebab asyik nak ubah 'design'. Penat ukur-ukur dan kira-kira. Heh....akhirnya siap potong. Jahit emak la jawabnya. Projek saya pun ada juga. Tunggulah... ;)


Kemudian masa untuk bersama si bulu gebu. Arnab ini pemberian seseorang. Hari ini 73 hari sudah. 73 hari arnab ini bermastautin bersamaan dengan......hihi... Semua dah besar. Sepasang dah di anak angkat oleh anak buah. Sepasang lagi mungkin jiran baru nak angkat juga. Yang kelabu, saya punya!! Yang kelabu 'special'. :D



Ok, babai semua.
Dah lewat petang. Kita sambung cerita lain kali. Dulu kecik-kecik main luar rumah, jam 5 dah kena jerit. Cepat mandi dan pergi mengaji.

Tata.


2 comments:

Unknown said...

sedapnyeeeee kek....x pelawa pun :(

Unknown said...

Kalau nak kena la dtg...hohohoooo