Thursday, March 13, 2014

Game Action Kamen!!!


Hi, Assalamualaikum. 

Semalam aktiviti kokurikulum. Ada program kerjasama semua kelab dan persatuan. Oleh kerana sebahagian dari guru kelab rekacipta dan inovasi, secara tidak rasminya terlantik sebagai hakim untuk pertandigan rekacipta semalam. Nampak macam 'bias' pula. Sebab anak pelajar kelab rekacipta turut menyertai pertandingan. 

Walaubagaimanapun, untuk mengurangkan kreabiliti. Maka beberapa syarat pemarkahan ditetapkan. Antaranya kreativiti rekacipta dari bahan buangan, kepenggunaan untuk memudahkan urusan seharian dan mengaplikasikan sains dalam rekabentuk.


Agak terkejut semalam apabila kebanyakkan nama kumpulan anak pelajar masih berasaskan wira fantasi kanak-kanak. Muncul Ultraman Mebius....ada Action Kamen. Kumpulan Action Kamen buat permainan rolling ball. Reka bentuk yang lari dari pasukan lain. Bagus dan luar dari kotak. Sebab kebanyakkan buat aktiviti kreativiti seperti bekas buku, bekas tisu, bekas pensel, bekas yang macam jenis.

Ok, mengantuk nak pitam sekejap ni. Tengok gambar la yea :D




Tata.

2 comments:

Unknown said...

group mne mng? die wt ap

Unknown said...

Kena dtg la tengok mana yang paling bagus....hihi