Wednesday, March 12, 2014

Apabila matanya sudah mengantuk.....


Assalamualaikum.

Hi...semoga semua dalam kesejahteraan kesihatan dan keselamatan. Kadang rasanya ada baik kalau jadual mengajar sibuk diawal minggu. Supaya dihujung minggu persekolahan, rasa lapang dada meninggalkan sekolah. Bagaimana pun terdetik juga kalau diagihkan secara sekata. Supaya tidaklah ada masa untuk berpoya-poya. Lemah dan sangat lemah, kalau hati tak tetap nak bersyukur.  Apatah lagi kalau hendak melihat sesuatu kesusahan ada hikmah dikemudian hari.


Apabila matanya mula mengantuk,
Isi kepala berada diluar otak,
Bermastautin dalam salji berteknologi,
Warna kulit turut ter-revolusi.

Kerana terlampau kurang berpeluh dan bersenam rasanya. Maka mulalah aktiviti rajin semalam. Balik sekolah terus cuci sebakul baju kotor bersiap di ampaikan. Petang keluar mencari bahan untuk misi laksa penang.


Mungkin 'feberet' makanan juga laksa penang ini. Makan banyak kali belum tentu jemu. Lagi yang baikknya laksa, kita boleh tambah banyak sayur. Cuba teka apa beza dua gambar ini..hihi


Hujung minggu lepas, sesi lawatan ke rumah anak-anak bulus. Melihat kondisi kesihatan dan ketenteraman di rumah pengasuh baru. Nampak selesa je ye tu.....buat-buat tak kenal pula yea...cubit kang...



1 comment:

Unknown said...

telurnye itu..