Saya suka tangkap gambar. Bukan bermaksud sangat pandai tangkap gambar. Dulu ada kamera sendiri, beli guna duit kerajaan bagi. Suka tangkap macam-macam gambar. Tapi masih tetap tak pandai mencari sudut terbaik menangkap gambar. Tapi tetap tak ambil peduli.
Selain suka tangkap gambar, agak gila juga mengedit gambar. Gila dengan adobe photoshop. Macam-macam teknik semua nak guna. Rasa semua gambar dan peristiwa nak diedit.
Dulu, zaman belajar banyak masa dihabiskan depan laptop. Bukan sebab pulun buat 'teaching software' untuk projek tahun akhir. Banyak fokus pada grafik projek sahaja. Kadang tersasar edit gambar tak berkaitan pun. Sampai rabun bagai pun sebab gambar.
Tapi sekarang, kamera tinggal sejarah. Adobe photoshop juga hanya bayang-bayang. Tapi tetap suka ambil gambar. Suka edit juga, tapi hanya menggunakan software edit gambar yang sedia ada di internet. Secara percuma, mudah dan pantas.
Walaupun semuanya terbatas. Kamera tiada, adobe photoshop pun entah kemana. Hanset biasa pun tak mengapa.
Prinsip mudah bagi saya. Bukan apa yang menghasilkan gambar. Tapi nilai peristiwa yang berlaku itu sebenarnya yang paling penting.
* petrol naik 20sen?kecoh betul kat fb....errrm.....
3 comments:
kite pun same suke amek gmba ;)
Eh eh sama ekkkk....^,^
Post a Comment