Thursday, January 03, 2013

Gemuk ke Kurus?


Orang perempuan kebanyakkannya sangat sesnsitif dengan perkataan 'gemuk'. Seboleh-boleh nak kurus, sebab perspektif masyarakat kita memandang yang kurus itu cantik dan sihat. Bertubuh gemuk seolah-olah buruk dan tak tidak sihat. Malah ada juga yang menganggap orang gemuk adalah seorang yang malas.

Adilkah anggapan ini? 



** hamster gemuk nampak lagi comel pulak... :P

Kelakar juga apabila ada seorang teman yang selalu merunggut dengan keadaan berat badannya, secara tiba-tiba seronok bercerita dan berasa bangga apabila temannya yang lain memuji dirinya nampak kurus apabila bercuti dua bulan akhir tahun lalu. Sedangkan kenyataannya....beratnya naik 2 kg sepanjang cuti tersebut.  Tapi menurut perhatian saya....setakat 2 kg, tak nampak pun sangat perbezaan ketara yang perlu dibimbangkan. Perempuan kan....pantang dipuji.. :P

Itu cerita seorang teman. Kisah bekas anak murid juga begitu. Kerisauan mula menerjah apabila dirasakan berat badannya yang naik dan selera makan bertambah-tambah. Malah, memberikan pesanan peribadi untuk saya berkongsikan tip-tip menurunkan berat badan...Baiklah, hajat anda sebaiknya saya tunaikan. :)


Kalau menggunakan sumber pakcik 'google', memang banyak sangat pakar penasihat makanan, pakar penasihat kesihatan, doktor dan bakal-bakal doktor, blogger-blogger dan sesiapapun berkongsikan tips untuk kurus. 

Secara ringkas, dibawah ini adalah cara saya yang paling mudah sesiapa pun nak ikut. 


1. Sarapan Pagi.
Ini perkara paling penting yang selalu orang abaikan. Kebanyakkan alasan tidak bersarapan pagi kerana tak sempat dan tak biasa. Mereka yang skip makan pagi memang akan makan secara pukal banyak apabila minum pagi (jam 10). Malah ada juga yang terus merangkapkan ke makan tengahari. 

Sarapan pagi bukanlah sampai kenyang. Sekadar alas perut untuk memulakan rutin harian yang akan kita lalui. Bagi saya cukup sekadar minum susu atau milo. Juga masih ok kalau membancuh oat/nestum. Atau sekeping roti dan air masak.

Sarapan pagi sebagai ALAS perut....bukan ALASan. Baca INI.



** meriahnya sarapan pagi macam ini kan... ;)

2. Jalan Laju.
Memang sejak zaman sekolah, saya suka jalan laju. Seingat saya, saya pernah menang tempat ke-9 atau ke-7 dalam Larian Merentas Desa. Tapi saya tak lari pun, cuma jalan laju. Hebat tak..? haha, mesti tak percaya kan... ;)

Zaman kat kampus, kolej kediaman dengan fakulti pun saya lebih suka berjalan kaki. Bukan bermaksud kolej kediaman dan fakulti sangat dekat. Boleh digambarkan kalau berjalan secara normal mungkin mengambil masa 20 minit. Tapi saya hanya mengambil masa 5-8 minit sahaja. 

Melewati hari bekerja pula, seronok turun naik tangga dari bilik guru ke kelas kalau ada tertinggal bahan-bahan mengajar...semua budak sekolah pun pelik, cepatnya cikgu jalan....haha 

Kiranya berjalan laju ini sebagai senaman 'ayu' bagi mereka yang malas berjogging dan mengeluarkan peluh. ;) Selain itu, berjalan laju meningkatkan kadar metabolisme badan. Baguslah kan... :D

Boleh baca INI dan INI.




3. Rehat Penting
Jika diberi pilihan apabila perut lapar dan badan penat. Saya lebih rela menahan lapar dan mengambil pilihan untuk rehat, iaitu tidur. Kepala penat @ 'tension' pun saya pilih tidur. Biarlah lapar dahulu, asalkan saya cukup rehat. Tapi kenalah berhati-hati, bimbang akan muncul penyakit lain pula. Gastrik contohnya.

Kalau kita makan semasa badan penat, kita mungkin akan lupa diri mengambil makanan. Boleh jadi selepas kita makan, kita terus tidur. Apa lagi...senang-senang je lemak diternakkan... :P


** haha...macam pernah buat la benda kat atas ni....hihi :P

4. Air Masak.
Ini yang terbaru. Dulu memang sangat malas minum air masak. Sebabnya malas pergi 'toilet'. Masa zaman belajar dulu, sangat begang kalau tengah jalan-jalan....kawan tiba-tiba sibuk mencari bilik air. Terbantut mood dah. Tapi bila mula mengajar, dapat pula mata pelajaran sains. Perlahan-lahan barulah faham kenapa badan kita perlukan air. Tapi tak juga berubah.....sampailah dapat ceramah 'free' dari pakar kesihatan tak bertauliah...hihi ^_^

Kenapa air penting? Ok..baca sendiri disini Kepentingan Air.


Sambung terus pembacaan anda pada 'link' dibawah. Banyak sangat info baik disana.

@http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/1773-25-tip-kuruskan-badan.html
@http://honeykoyuki.blogspot.com/2010/08/tips-nak-jadi-kurus.html


*

*

*

*

Photo: An Evening In Abu Dhabi.... with LOVE & FAITH, F.A

** hihi....entah apa kaitan... :P



Oklah, cukuplah sampai disini...jumpa lagi.
Nak bersiap. Jemput Sarapan....Selamat Pagi :D



Selamat Pagi...Mulakan dengan Bismillah

May Allah Bless U

Take Care 


******************************




4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sapela pakar kesihatan tak bertauliah tu agaknya....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.