Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru


Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi...


Selamat Hari Guru kepada diri sendiri..kawan2..sepupu2...guru2 yang telah mendidik saya..dan sesiapa jua yang pernah mencurahkan bakti mendidik anak bangsa walaupun sepatah perkataan...anda juga adalah guru...


Selangkah ketahun kedua khidmat profesional saya disumbangkan dibawah bumbung Kementerian Pendidikan Malaysia..saya masih jauh..jauh...dan perlu banyak lagi belajar..dan belajar untuk menjadi guru yang lebih tabah...agresif..spontan..dan rasional dalam segala tindakan...


Harapan dan impian saya tahun ni...tak jauh yang saya pandang...cuma mahu memastikan pelajar FIZIK saya menjadi batu loncatan kepada mereka untuk lebih berjaya dengan kejayaan yang mereka tak sangka2...saya mahu memastikan pelajar MELAYU terutamanya...mendapat sekurang-kurangnya....B dalam fizik SPM tahun 2011 ini...INSYALLAH...usaha yang baik, niat yang baik akan terus dibawah keredhaan-NYA....amin~


Sebelum itu, tak terlupa buat MAK dan ABAH yang tak putus2 berdoa untuk saya selama ini sehingga bergelar seorang 'CIKGU'.

Dengan doa beliau....saya dipermudahkan segala urusan dalam pengajian saya...saya dipermudahkan apa yang saya inginkan...sehingga ke saat ini....saya tak berhenti bersyukur... kerana semuanya seakan-akan bermimpi.........

Semuanya dipermudahkan oleh-NYA....semoga saya terus dengan rasa rendah diri sentiasa beringat dan bersyukur... :)



Terima Kasih

Semoga Allah mempercepatkan apa yang 'kita' niatkan selama ini...amin



********************************


No comments: