Monday, February 27, 2017

Rindu Al Fatih


Masa pantas berlalu. 
Kadang kita tak terperasan perkara indah yang muncul dalam hidup kita. Sehinggalah kita menyedari sama ada telah berlalu pergi atau mungkin terus kehilangannya.

Al Fatih genap 16 bulan pada bulan Februari. 
Banyak perkembangan Al Fatih yang saya kurang terperasan berlaku. Apabila Fatih menunjukkan reaksi tersebut, saya terkejut sebab dia sudah banyak belajar.


Tidur dalam iman..hihi


Gigi dah banyak. Comel bila senyum. Nak marah pun tak boleh. 


Ganggu ibu solat. Kita tangkap ajar dia doa sama. Pastu selfie sesama la...

Bergaya dengan telefon bimbit.

Jarang saya membiasakan Al Fatih dengan telefon bimbit. Sebab tak mahu dia ketagih dengan gajet. Nak bagi dia meneroka alam semulajadi. Sebab itulah saya biarkan sahaja dia comot, kotor dan berpeluh. Walaupun kadang memang saya kena hadkan, supaya tak keterlaluan dan keperluan kepada situasi. Oh ya berbalik kepada telefon bimbit, ada dia pegang telefon bimbit dan diletakkan diatas bahu di bawah telinganya. Ketawa jugalah saya melihat aksi dia yang konon sedang bertelefon.  

Tapi yang paling saya terkejut, bila ketika saya sedang memasak di dapur. Saya dengar Fatih sedang cakap kuat. Saya fikirkan dia sedang mengadu sakit atau sedang mencari saya. Rupanya tidak. Dia sedang BERLAKON cakap cakap di telefon. Serupa betul macam perangai atuk kalau sedang berbual dengan telefon. Cakap kuat macam orang dalam telefon tak dengar.

Menyepak bola.

Sebelum ini AL Fatih memang belum pandai menggunakan kaki untuk menyepak bola. Mungkin otot tangannya lebih kuat, sebab bila menyepak dia perlu menggunakan sebelah kaki untuk berdiri. Tapi sejak bila saya pun tidak perasan, tapi dia dah boleh menyepak bola dengan baik. Cuma untuk berlari belum pandai. Kalau ada pun hanya berjalan laju yang terkedek-kedek.

Memanjat tangga.

Tangga rumah cuma tiga atau empat anak tangga sahaja. Tapi dua minggu lepas, saya memang terkejut bila saya nampak dia panjat tangga gelongsor belakang umah atok Serom dah sampai atas. Bila saya nampak dia merangkak nak masuk ke tempat gelongsor. Oh maaaiiiiii......anak aku sudah makin berani. Rupanya bila saya adukan kepada papanya, apa yang saya lihat adalah situasi kedua. Sebab papa dah nampak dulu rupanya. 

Berpusing.

Haaa...ini memang saya tak jangka. Mungkin terlampau banyak tengok didi n friends. Fatih berpusing banyak kali sampai dia terduduk. Mungkin sebab pening. Dia jadi seronok pula. Makanyaaa.....saya tak galakkan dia tengok didi lagi. Saya banyak buka upin ipin pula. 

"Nak"

Ini ayat yang banyak kali dia sebut. Bagi barang, ambil barang semua cakap nak. Paksa orang ambil barang pun cakap nak. Iyelah nakkkk...

Susu formula.

Genap 16 bulan juga ibu dah memulakan susu formula. Untuk tambahan susu ibu. Juga memenuhi kekurangan zat makanan yang Al Fatih tidak dapat semasa makan. Kita orang dewasa pun kekurangan zat makanan disebabkan diet seharian yang tidak seimbang. Apalah salahnya jika kita berikan susu formula untuk menampung kekurangan zat tersebut kan? 

Susu lembu atau kambing, mana-mana pun boleh dan tak ada yang terbaik kerana yang terbaik adalah susu ibu sahaja. Jangan cuba nak menyedapkan rasa mengatakan susu kambing terbaik sebab makanan sunnah. Nabi minum susu kambing bila dia dewasa bukan semasa bayi. Penjual susu kambing, mohon baikki iklan awak.

Tapi pengenalan susu formula lebih kepada persediaan untuk Al Fatih boleh berdikari nanti. Nanti? Tunggulah nanti adalah jawapannya. 


Ini sahaja perkongsian dari pengamatan seorang ibu anak satu yang berusia 16 bulan. Saya masih lagi belajar dan banyak membaca untuk berikan yang terbaik buat bayi saya. Tapi saya sangat setuju untuk usia 0 hingga 3 tahun yang terbaik adalah perkembangan psikomotor dan pergerakkan otot badan. Bukanlah pengenalan kepada kad imbas yang bermacam jenis rupa. Terpulang kepada masing-masing. Zaman kanak-kanak....adalah zaman mereka untuk bergembira.


Anak yang sangat baik dan tak banyak karenah. Semoga terus begini yea ustaz kecik. 


Al Fatih baru baik demam. Terakhir dia demam masa bulan 12. Tumbuh gigi geraham 4 biji. Ibu rileks sahaja. Hihi


Tuesday, February 14, 2017

Buku yang dirindukan.


Hari ini mula kecoh kemunculan buku Fattah Amin yang dianggap 'sampah' dicetak dan dijual dengan harga yang cukup mahal.

Seminggu yang lepas, saya baru sahaja melepaskan buku kesayangan semasa belajar. Sebenarnya tujuan disimpan untuk merealisasikan mini perpustakaan dalam rumah saya kelak. 

Namun oleh kerana tahun bila agaknya rumah itu akan dibina, pun kurang pasti. Maka, dengan nama Allah saya sedekahkan buku itu supaya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. 

Walaubagaimanapun, dapatlah saya simpankan buku Fizik dan novel kesayangan supaya adalah kenangan yang boleh dibaca atau diwarisi oleh Al Fatih dan adik-adiknya nanti.

Berbalik kepada cerita buku Fattah Amin, saya tidak memihak sama ada setuju dengan penerbitan buku tersebut atau pun menolak mentah buku beliau. 

Bersetuju jika kemunculan buku itu dapat meningkatkan lagi minat membaca dikalangan rakyat Malaysia. Tapi membantah jika buku tersebut tidak membawa faedah kepada rakyat Malaysia. Paling nyata, saya sedikit pun tidak berminat untuk membeli dan memilikki buku beliau dengan menggunakan duit poket sendiri. Jadi? Tolonglah bagi saya baca supaya saya boleh ulas...hihi


Sebenarnya rasa sayang memilikki dan menyimpan buku muncul bila kita merasai perit getir mengawal budget bagi membeli setiap buku. 

Kenapa kena beli? Sebab rasa puas bila belajar kita guna buku sendiri. Kita boleh berikan tanda yang kita suka. Lagipun rasa berbaloi dan bermanfaat menggunakan buku sendiri. Kemudian kalau buku dipinjam kawan, kita pun dapat pahala kan. Bukan kita menunjuk kita mampu, tapi lebih kepada nak orang lain dapat manfaat.

Nasib baik koleksi novel tersorok dalam kotak bertutup. Mak tak nampak, jadi boleh terus disimpan. Hihi...








Monday, January 09, 2017

Bilik BOSS 2017


Tahun ini selesai sementara urusan Bilik SPBT.
Seawal minggu lepas, setiap petang dan malam (pelajar sahaja) berhempas pulas menyiapkan buku KSSM bagi Tingkatan 1. Hari ini selesai mengedarkan buku kepada sejumlah 117 orang pelajar. 




Semua selesai dengan pertolongan pelajar dan rakan guru. Jika tiada mereka tentulah saya mereput sendiri..hihi

Kita hidup bersepasukan perlu adanya komunikasi. Kadang ada ahli dalam kumpulan yang tidak sama pendapat. Sebagai rakan ataupun ketua, kita perlulah menjernihkan keadaan dan situasi. Berikan peluang pendapat masing-masing diketengahkan dan digunakan.

Bekerja dengan rakan sekerja yang paling besar cabarannya bila kita adalah orang paling muda dan paling junior pengalaman. Benda paling mudah nak elakkan yang senior yang banyak kepala, kita mudahkan apa yang boleh. Benda yang susah, kita bagi kat mereka yang banyak kepala. Biarlah mereka selesaikan....hihi




Thursday, January 05, 2017

Sinar di Tahun 2017


Kembali ke sekolah.

Tahun ini 2017, sesi persekolahan tepat bermula pada 1 hari bulan. Dua hari lebih awal berbanding negeri yang sama cuti dengan orang KL.

Seperti tahun yang sudah, persiapan saya untuk bersekolah sehari awal. Itupun sebab kena datang sekolah kerana pelajar daftar masuk asrama. Kawan yang cemerlang dah berkampung seminggu awal. Ada yang mengemas kini meja masing-masing.

Barang dan kelengkapan sekolah.

Sempat juga membelah mall bersama suami dan Al Fatih bagi mendapatkan kasut sekolah (baca sebagai kasut formal untuk cikgu di sekolah) dan kasut riadah. Tapi kasut riadah lebih untuk pergi ke program Team Buiding kat Tasik Chincin kat Jasin Melaka hujung tahun lepas.

Barang menulis di kelas. Pakai sahaja yang ada. Harapnya masih cukup untuk seminggu. Kemudian nanti boleh tempah dengan salesman kat sekolah.

Rasanya belanja barang sekolah dah berkurang sebab printer dah siap ada. Kertas A4 dah kawan sebelah sponsor. Hanya cari ink printer tahun ini. Jimat.

Meja saya?


Sesi persekolahan tahun 2017 bermula jadual baru. Semua kelas balik paling awal jam 3.30 petang.....ohmaiiiiiii, Al Fatih maafkan ibu..sebab pulang lewat....sob sobbbsss....

Harapnya tahun 2017 akan buat saya lebih berdisiplin. Supaya saya lebih berdedikasi menjalankan tanggungjawab yang diarahkan. Dan tak dilupakan, saya tak lagi berkejarrrr masa nak pergi ke sekolah. Hohoooo....



Sementara belum banyak kelas tambahan dan banyak kerja, print gambar Al Fatih untuk membakar semangat. Al Fatih...ibu gembira tengok ketawa gembira awak tu...hihi


Friday, December 16, 2016

YES...rambang mataku!!!


YES sana, YES sini.
Tergoda sana, tergoda sini.
Rambang sana, rambang sini.

Dua tahun tak beli baju sekolah...oppsss, maksudnya baju kurung baru. Memang plan nak beli hujung tahun, sebab mesti banyak jualan YES. Rasanya kalau tak silap beli atau buat baju kurung masa hari raya. Itu pun sayang nak pakai sebab takut luntur. Lagi satu sebab baju raya sedondon dengan suami....hihi

Tapi...
Tapi......
Bila banyak sangat YES. Banyak tergoda dengan benda lain. Rambang mata pada perkara yang bukan bernama baju kurung.

Saya nampak baju Al Fatih murah. Saya beli. Mana nak dapat set baju budak harga bawah RM 12. Set tau...maksudnya sepasang baju dan seluar. Kualiti tip top. Sekali dapat...ada pula yang terbesar, mungkin kena tunggu Al Fatih 18 bulan rasanya. Eh takpa, akan datang tak perlu beli lagi. Itu belum masuk borong lampin pakai buang....hehe

Kemudian, nampak baju blause pula. Gatal tengok orang jual kombo. Apa maksud kombo? Beli satu harga lain, beli dua harga lain. Bila beli tiga pula terus turun lagi harga lain. Berganda-ganda untung. Apa lagi....borong lagi kombo. Kombo 3 helai RM 135. Sehelai jatuh harga RM 45. Set kombo yang pertama untuk along, angah dan mak. Set kombo kedua saya punya...lalalala

Kemudian, terjengah pula kedai tudung bawal kegemaran saya. Bawal buatan sendiri. Maksudnya kain ela lebar yang dipotong ikut saiz besar siap di jahit tepi. Pun sama.....kedai maya memang suka buat kombo. Kombo 4 helai untuk harga RM 100. Weiii...mana nak dapat. Harga tudung sekarang paling murah RM 39 ke atas. Borong mesti mesti mesti...

Akhirnya....sampai ke hari ini saya belum juga beli baju kurung. Sebab berkira-kira nak beli telekung dan jubah seluar pula. Alahaiiiiii.........perlu ke tidak?


Ini apa pula? Tengokkkk....kakak sendiri jual tudung. Macam wajib beli je....untuk promote kat sekolah je ni...haha

Perempuan...oh perempuan...
Macam kena buat pembersihan harta karun lama. Kena cepat bersihkan yang tak muat untuk bagi kat sesiapa rasanya.