Thursday, June 16, 2016

#keretapertamasaya


Lamanya tak menaip. Hari ini 15 Jun. Sudah genap sebulan. Al Fatih menginjak ke 8 bulan. Alhamdulillah, sudah bergigi empat batang, sudah pandai makan dan sangat ligat bergerak. 

Sibuk pula tengok facebook dengan perkongsian #keretapertamasaya. Rasa teringin juga mengimbau kenangan sewa-beli kereta yang masih berbaki dua tahun lagi. Terasa sekejap pula masa berlalu. Rupanya umur pun sudah mengesot ke angka tida puluh tahun. Ya Allah berkatilah baki-baki umur yang Engkau kurniakan kepadaku dengan kebaikan dan membawa manfaat.

Sejujurnya saya tak berimpian hendak membawa kereta besar. Haha...anak gajah itu rupanya menjadi sindiran sedara sendiri. Dia merasakan saya bongkak dan menunjuk kononnya 'mampu' hendak berkereta besar. Sungguh. Anak gajah itu bukanlah impian saya. Bukan impian mak dan abah. Sepuluh bulan saya bekerja simpan duit, catu makan, jimat belanja, kurangkan beli yang tak bermanfaat dan yang paling utama, menebalkan muka menumpang rakan ke sekolah. Kadang ada juga balik batu pahat atau ke johor diajak menumpang. Serius tak suka menyusahkan orang lain.

Akhirnya, sedara sendiri juga menunjukkan bongkak. Mahu berkereta besar juga. Itu adalah impiannya. Ok cukup. Bulan Ramadhan. Jikalau saya tahu itu impiannya, serius saya tolak mentah cadangan abang long.

Ya, anak gajah adalah cadangan abang long aka suami along. Sebab utama yang meneguhkan cadangannya, untuk memudahkan saya ulang alik johor ke batu pahat. Memang impian saya untuk rajin balik kampung. Niat nak selalu jenguk mak abah dan nak bawa mak abah berjalan. Supaya selesa dan memudahkan. 

Sepuluh bulan mengumpul hampir 15K. Dengan rebate 3K. Maka, saya dengan mudah memilikki anak gajah dalam masa kurang dari 3 minggu. Berhari raya dengan anak gajah. Sebenarnya kumpul duit banyak bukan sebab nak beli anak gajah. Tapi sebab nak kahwin awal. Tapi belum ada jodoh ketika itu. Selepas sahaja beli kereta, betapa azabnya nak menyimpan kembali. Setiap bulan komitmen minyak kereta lebih RM 200. Tapi Alhamdulillah, berkat rezeki sentiasa cukup.

Kenangan genap 7 tahun. Banyak sangat. Paling bangga...hahaha, nak riak pula. Anak gajah mampu dibawa hingga ke negeri Che Wan Kembang. Berkampung 6 hari 5 malam. Pertama kali dapat bawa abah dengan mak jalan sejauh begitu. Tentunya tak menyangka mampu bawa anak gajah sejauh itu. Hehe....

Ulang alik batu pahat ke johor dalam masa sehari bukanlah perkara baru. Entah seronok sangat ulang alik. Kalau dapat hari-hari nak balik kampung. Sekarang bukan setakat bawa mak abah sendiri, anak gajah juga berbakti bawa mak abah mentua berjalan...hihi, rasa comel pula. Rasa menantu paling manis...ekekkee

Walaubagaimana pun kenangannya, saya berharap anak gajah akan terus sihat walafiat. Masih mudah dan bertenaga. Saya memilikki anak gajah bukan kerana hendak riak. Tapi kerana mak abah dan komitmen kerja jauh. Perlukan kereta yang selesa untuk mak dan abah. Dan kereta yang lasak untuk ulang alik sejauh lebih 100 km. 

Semoga anak gajah akan terus berbakti untuk tuannya yang comel. 


Ini bukan anak gajah, bukan juga bapa gajah. 
Tapi kesayangan saya yang temankan anak gajah pergi klinik tempoh hari. 
Tenkiu sayang

1 comment:

Unknown said...

Sama2 sayang :)