Thursday, May 05, 2016

Eksploitasi


Hujung minggu lepas, ada berlangsungnya pesta buku di Serdang. Rasanya tempat yang sama berlangsungnya MAHA. Sekejap rasanya dah dua tahun berlalu pameran MAHA kan. 

Sebenarnya macam terniat dalam hati nak singgah pesta buku. Tapi dalam hati, tak terluah pula nak bagi tahu suami. Apatah lagi hujung minggu tersebut bawa ibu mentua pergi majlis akikah cucu sedara di Putrajaya.

Suami pula awal lagi dah bagi tahu nak mencari kasut kerja. Nampaknya memang tiada peluang untuk menjengah pesta buku. Maka niat dalam hati suatu masa nanti.

Sebenarnya dalam niat nak singgah pesta buku, saya nak tengok buku terbaru seorang blogger muda yang agak hebat orangnya dah membukukan penulisan dalam blog beliau. Wow...umur rasanya baru 23 atau 24 tahun. Anak dah dua dan sedang mengandung anak ke tiga. Baru sahaja majlis konvo hujung tahun lepas dari sebuah universiti swasta. Malah tahun lepas juga sedang sibuk mengandung sempat merencanakan butik tudung pula. Separa kagum dengan kejayaannya.

Separa kagum sebab sedikit sebanyak kejayaannya disandarkan dengan sokongan kewangan keluarga dan suaminya. Jika graduan muda mestilah banyak liku yang perlu dilalui. Apatah lagi misi nak menabur jasa kepada ibu ayah dahulu sebelum merencanakan hal diri sendiri.

Isu yang saya nak ketengahkan dalam penulisan ini, betapa mudahnya hendak membuat buku dan djual. Jika dahulu, seingat saya hanya buku dengan ayat bahasa yang betul sahaja ada dijual. Tapi sekarang bukan sahaja bahasa semakin rojak, malah ada berbaur lucah yang keterlaluan. Bukan berbaur lagi rasanya, memang seperti terbuka. 

Apabila penulisan dan buku dieksploitasi sebagai sumber pendapatan. Sesiapa sahaja boleh menulis. Penerbit dan kilang mengaut untung. Tapi yang rosak? Bangsa kita sendiri.

Sebab itulah sebaik mungkin saya cuba menulis dengan baik. Supaya tak hilang bahasa dalam jiwa. Benarlah orang kata, kalau nak tahu dimana penggunaan bahasa yang betul, bacalah surat khabar. Semoga surat khabar tidak dicemari oleh penulis cabuk yang fikir nak untung.

Sebab yang lain, semoga ayat yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan. Mungkin akan datang anak-anak yang membaca. Malulah, ibunya berbahasa rojak yang nampak buruk di minda anak-anak. 


Anak baru seorang :P


No comments: