Hari ini 9 Mac 2016. Peristiwa gerhana matahari yang berlaku selepas 21 tahun. Kalau ditolak umur sendiri, ketika berlaku dahulu semasa umur kita 9 tahun.
Sembilan tahun ketika itu, apalah yang kita dapat ingat. Sedangkan tahun lepas bercuti bulan 10 pun kita sendiri lupa mengajar budak kelas mana. Ai la otak, lembap pulak nak mengingat sekarang. Petang tadi pun lupa tempat parking kereta. Pusing ke kanan ke kiri, baru jumpa kereta. Huh...dalam hati berdebar dan tak sudah istigfar, sebab ligat berfikir sempat tekan alarm kunci ke tidak.
Berbalik cerita gerhana. Kali pertama dalam hidup yang semakin menghampiri 30 tahun ini, baru tahu solat sunat gerhana. Kita ingatkan solat sunat semua sama, yang beza niat sahaja. Terlajak faham, nasib baik imam sempat bagi panduan solat sunat gerhana pagi tadi. Sumpah....memang kenangan seumur hidup.
Ketika sibuk solat gerhana pagi tadi, selepas solat mungkin ada yang mencuba untuk menegakkan telur. Ketika gerhana, tarikan graviti lebih kuat dari kebiasaan. Selain mengagumi kekuasaan Allah, jangan lupa juga gerhana merupakan amaran dan tanda Allah mengingatkan kita tentang hari kiamat. Sebab itu digalakkan mendirikan solat sunat, dan bukanlah digalakkan 'bersuka-ria'.
Mungkin ada menganggap sebagai tanda kekuasaan Allah. Mengangumi kekuasaan Allah. Tapi gerhana ini gambaran hari kiamat, wajarkah kita bersuka-suka? Fikirkan...
Salam malam
Gambar orang bagi.
No comments:
Post a Comment