Monday, January 31, 2011

Hikmah Hujan....


Cuti sekolah dan masuk hari ketiga...sejak jumaat lalu...perjalanan balik dan sampai ke hari ini belum lagi nampak bayang cahaya matahari pagi....kalau ikutkan sepanjang dari permas hingga ke rengit ni...memang cuaca bermuram durga....tapi mak kata jumaat baru start cuaca murung begini...mungkin cuaca dikampung lambat menerima hujan rahmat begini..

Musim hujan ni mungkin ada rahmatnya tersendiri....saya terfikirkannya bila siang tadi mak mengunjurkan kata "hujan2 ni la dapat berborak panjang dengan anak2...." eh?saya baru perasankannya....entah la....saya terpana juga sebenarnya...

Hujan ni rahmat untuk umatnya bagi mengeratkan silahturahim barangkali...

Selamat hari isnin...

Selamat bekerja bagi mereka yang tak bercuti sekolah...

*********************


Friday, January 28, 2011

Kenapa Manusia Keras HATI...




Hari jumaat, pembangunan insan...rasanya baru pertama kali dalam tahun 2011 menjejakkan diri dan mendekatkan diri ke surau Al-Firdausi SMKPJ ni....masuk dalam surau terfikir2 kenapa da lama tak masuk ek....owh..
sibuk menguruskan tugas2 dan keehndak HEM sebelum ni....

Topik pagi ni "kenapa manusia keras HATI". Sesuai dengan situasi sekarang yang mana kita ni susah sangat nak menerima nasihat ke arah keBAIKkan...susah nak berubah...susah nak menerima pandangan...susah dan susah... Ada tiga sebab kenapa kita keras hati.....

1. Suka Tidur Berlebihan
2. Suka Makan Berlebihan
3. Suka Yang Mudah


Suka tidur yang berlebihan...lagi2 kalau tidur pagi selepas Subuh...sebab malaikat..awal2 pagi kerjanya mengagihkan
rezeki2 manusia...jadi kalau kita tidur...maka kita da terlepas dari agihan2 rezeki..kan rugi tu...owh... @,@

Suka makan berlebihan...makan sebab stress..suka cuba makan2 baru sampai ke arah pembaziran...sebab makanan ni
sumber penyakit...bila banyak makan..badan jadik malas..itu sebab lemak banyak..jadi gemuk..hehe ;p

Suka yang mudah2 je...terlampau selesa dengan kesenangan yang ada..kalau buat keje..nak buat yang senang2 je...kalau tengok cerita..nak tengok cerita yang ringgan2 je..yang santai2 je..tak nak tengok cerita yang buat kita berfikir...ustaz kata..muda2 kena keja susah2 dulu...nanti da tua senang...kalau muda2 da senang2..takot tua2 nanti jadik susah....erm... -_-



Maka...kesimpulannya, nak lembutkan hati...kita kena kurangkan makan, berhenti sebelum kenyang...pagi2 bangun terus buat keja...jangan tidur....dan sungguh2 buat keja...jangan tangguh2...jangan main2...



Kalau nak orang lain jadi baik...kita kena berubah jadi baik terlebih dahulu..tanpa kata2 nasihat....insyaAllah, Allah akan buka kan hati orang lain untuk berubah...



Salam Jumaat

Happy Chinese New Year

(",)

********************************

Wednesday, January 26, 2011

Sukantara Hari Pertama...



Selamat sudah sukantara part 1..insyaAllah esok akan bersambung ke part 2 pula..walaupun cuaca kurang mengizinkan dengan malam tadi hujan, padang lecak...ditambah gerimis tiba2 di pagi hari...apa yang dirancang tetap akan ditetap diteruskan...

Mula2 tu 'blurr' la jugak macam mana nak kira mata sebenarnya...jadual dia bagi lama juga diulang2 baca....

L18/L20 : 4.5M (1mata) , 5.0M (2mata)
L15/L13 : 4.0M (1mata) , 4.5M (2mata)

P18/P20 : 3.5M (1mata) , 4.0M (2mata)
P15/P13 : 3.0M (1mata) , 3.5M (2mata)

Rupa2nya begini...pelajar diberi 2 kali percubaan (ini untuk yang batal dan yang tak melepasi jarak sasaran mata) pelajar dikira batal kalau pijak garisan bulatan dan keluar melalui garisan hadapan...rasanya masa BIG (Bina Insan Guru) yang kat UTM da belajar da...tahun lepas pun da...tapi lupa juga...kalau ditulis begini senang sikit nak rujuk tahun depan pula...hehe ;p


~May Allah Bless~

**************************



p/s: nanti nak update gamba 3ketul dari 4ketul masa lontar peluru...hehe ;p

Tuesday, January 25, 2011

Latihan Rumah Sukan




(pelajar ni betul2 semangat buat lompat jauh...nak pecah rekod katanya)

(tak faham saya..kenapa pelajar cina geli betul nak letak bola peluru kat bawah pipi dia...sejuk ek? ye kot....)



Semalam latihan rumah sukan..lompat jauh dan lontar peluru...cuaca sangat panas semalam....rasanya latihan rumah sukan tahun ni kurang meriah tak seperti tahun sudah..sebabnya kebanyakkan hari latihan hujan...malah, sukantara bermula rabu dan khamis ni...cepat sangat...rasa belum puas datang petang bersukan..hehe (walaupun dalam hati memang rasa nak mengelak)

Yang seronoknya...semalam buat demo macam mana nak lompat jauh...hehe, dengan tujuan supaya pelajar ni tahu yang cikgu dia sangat bersemangat untuk sukan..jadi mereka akan bertambah2 semangat..hehe

InsyaAllah kalau ade rezeki rumah perkasa tak berada dikedudukan kebawah pula tahun ni yea...harap2...

~Majulah Sukan Untuk Negara~

********************************




Sunday, January 23, 2011

Bukan Sekadar Mengajar...


Dimata orang luar (pakcik/makcik/ibu/bapa/sedara-mara/dan sesiapa jua) tugas guru sangat mudah...rutin harian bermula 7pagi ke sekolah...sampai sekolah jaga murid2 beratur..masuk kelas...mengajar, lepas kelas...makan2 kat kantin...masuk kelas lagi kalau ada kelas lagi....kalau tiada duduk bawah penghawa dinggin tak pun kipas...semak2 buku, tanda2 buku....ada masa sambil2 berborak...bergurau...tak pun mengumpat....hehe, lepas tu loceng bunyi jam satu tak pun dua...cepat2 masuk kereta pulang ke rumah...cantik sungguh ceritanya.....sangat selesa..mudah dan menyenangkan kan...

Memang bahagia kalau begini tugas guru...semua orang lumba2 nak jadik cikgu...yang salah pilih course masa kat universiti...masih ada peluang lagi..sebab kerajaan sediakan peluang pada DPLI(diploma pendidikan lepasan ijazah) tak pun ada juga KPLI(kursus pendidikan lepasan ijazah).....tapi jangan kecewa pula kalau tak terpilih masuk kedua2 peluang kat atas ni...sebab kerajaan sangat baik...menyediakan peluang kali ketiga buat mereka yang sungguh2 nak jadik cikgu (yeke...sungguh2 ke..ke sebab takda kerja daa...hehe)..kerajaan sediakan lagi dengan mengadakan GST(guru sandaran tak terlatih) jadik la cikgu kontrak setahun...


Lepas ni...takda masalah bagi ibu2 dan bapa2 mertua nak pilih menantu lepas ni...sebab ramai da cikgu kat Malaysia ni...sangat mudah nak jadik cikgu kat Malaysia ni..sapa2 pun boleh...asalkan pandai ambil peluang..kan kan..tapi cuba lihat bagaimana sebenarnya REALITI seorang cikgu yang sebenarnya..(lihat gamba dibawah)
.
.
.


Memang...betul...kami pergi sekolah jam 7 balik jam 2...betul..tak bohong...memang masuk kelas mengajar..ada masa duduk makan kat kantin..rehat...ada masa lagi duduk bilik guru...semak buku murid2...semua itu betul..tapi yang tak betul...tapi bukan bermaksud menipu...sebenarnya...dalam pada masuk kelas, keluar kelas, makan kat kantin, semak buku..kami terkejar2 menbereskan tugas2 yang tak kelihatan...adakalanya...kerja terpaksa juga sampai ke rumah...memang tak boleh elak da..bagai2 tugas guru...itu belum lagi masalah disiplin yang pelbagai..dengan karenah ibu bapa pelajar bermasalah...alahai....boleh cepat kena penyakit kalau gagal uruskan emosi...cikgu cikgu... >,<


Cukuplah sampai sini dulu ea...sambung..>>>>>


~ikhlas berkerja kerana Allah~

********************************