Thursday, April 28, 2016

Demam


Genap sebulan rupanya tidak menaip sebarang cerita. Aiyoyo....kesibukan sangat agaknya. Apa yea naik taip lewat malam begini. Banyak idea bila tengah sibuk, tapi bila masa berlapang begini, idea pun turut berlapang-lapang.

Al Fatih sudah beradu sejam yang lepas. Kesayangan ibu kurang sihat sejak semalam. Mungkin terlampau aktif nak belajar merangkak. Ditambah pula 3 ari lepas baru sahaja imunisasi bulan ke enam. Kuyu je mata. Sedihnya..... Bertambah sayu bila muntah susu. 

Tak mengapa sayang, esok ibu cuti...kita berpoya-poya 3 hari yee... Kita rehat puas-puas. Jumpa papa ok.



Bagaimana menangani bayi kalau demam?

Melalui apa yang saya baca, tentulah bantuan buku google. 

1. Mandikan bayi sekerap yang mungkin. Tujuannya hendak mengeluarkan panas dalam badan bayi. Kita pun pernah belajar sains. Air merupakan medium pemindahan haba yang baik.

2. Pakaikan baju yang berlubang. Bagi mengalakkam perudaraan. Pastikan udara sentiasa bertukar, maksudnya kipas sentiasa berpusing.

3. Urut. Kadang kala bayi demam mungkin tersalah urat. Maklumlah bayi tersangat aktif nak mencuba dan meneroka kawasan persekitarannya.

4. Petua orang tua. Memang terbukti dalam kajian daun pucuk bunga raya dapat menurunkan suhu badan. Selain itu ada juga yang memandikan bayi dengan air lemon. Air lemon penuh dengan vitamin C. Vitamin C bagus kan untuk bagi imun badan.

5. Ibu minum banyak air dan vitamin C. Ya, susu ibu yang terbaik untuk proses pemulihan bayi. Kerapkan menyusu. Kerap dan kerap.

6. Lapkan badan bayi sekerap yang boleh. Sama konsep dengan mandi.

Ini sahaja proses yang saya lakukan sepanjang Al Fatih demam dua hari. Suhu turun naik 38+. Jam 9 malam dah mulakan aktiviti extreme kembali. Alahai anak......


Ahmad Al Fatih b Ahmad Kamil. Enam bulan 17 hari. Semoga Allah berkati umur kamu dan menetapkan rezeki yang baik untuk kamu. 



No comments: