Saturday, July 09, 2011

Trip Ke Kota Kinabalu.. (Part 1)


1 Julai 2011

Pagi Jumaat. Ada majlis besar di sekolah. Majlis bertemu ibu bapa pelajar atau dulu dikenali sebagai Hari Terbuka...tapi kini lebih dikenali sebagai Hari Jalinan Mesra.. Seminggu saya memikirkan perjalanan hari Jumaat ni..gementar bukan pada hal bertemu ibu bapa..tapi gementar memikirkan perjalanan saya ke Kota Kinabalu..

Saya telah bersepakat dengan anak murid saya demi melancarkan perjalanan saya pagi ini. Saya membuka kaunter seawal jam 7.30 pagi. Tapi biasalah janji melayu...Jam 7.45 pagi...muncul juga wajah kesayangan anak murid saya dihadapan saya. Saya memendekkan ayat2 saya...sampailah ke seorang bapa ni..(nanti saya ceritakan di ruangan lain..panjang ceritanya)..saya geram tapi saya mengiyakan sahaja ayat dia...

Mujur seorang ibu bapa anak murid saya tak hadir, maka tinggal 19 orang sahaja. Giliran ke-19 selamat pada jam 9.05 pagi. Saya bergegas ke bilik guru menyampaikan tabung sumbangan...dan tanpa memikirkan apa2..saya start enjin kereta dan bertolak balik ke rumah. Bersiap ke Lapangan Terbang Senai.

Perjalanan melalui Highway Pasir Gudang tersekat. Mengambil alternatif Highway Tebrau-Senai. Alhamdulillah selamat sampai lebih awal dari yang dirancang..

Jam 12.25 tengahari..bertolak..sampai 3.05 petang... Pertama kali naik kapal terbang. Memang menakjubkan ciptaan Allah..sebesar2 kapal boleh terapung dipermukaan langit...awan berlapis2...

Menjejakkan kaki di Kota Kinabalu...tiada apa yang nampak berbeza...yang tampak berbeza...BAHASA... agak kekok juga nak membiasakan telinga dengan loghat mereka..terus ambik teksi ke Hotel Kinabalu..

Berehat2 sebentar...petang jam 5 petang..siap dengan jamak+qasar solat zuhur dan asar.. Kami bergerak ke Pasar Filipina.. Pasar Basah (wet market) macam2 buah/sayur/rumpai laut dijual...pelik2...kalau la dekat mahu juga berborong disini..haha...rambang mata juga la di Pasar Filipina dengan mutiara2 yang berbagai jenis/warna/corak...harga...?? mestilah kena pandai menawar...

Terdengar azan Mahgrib jam 6.24 petang... Ya Allah...da malam kat sini..terfikir waktu macam ni..masih lagi terang benderang kat Johor...hehe... Makan malam ikan bakar dan sotong bakar...dengan rojak rumpai laut campur2...tah apa namanya..tak pasti pulak..

Bersambung lagi dengan Pasar Malam berhampiran Pasar Filipina...Memang ber'mutiara' mata ni..sebab harganya lagi murah...takpelah niat nak bagi orang pun beli2 ni....tak lupa beli Ikan Terubuk Masin dengan Ikan Bilis...

Malam...berehat..tidur...esok trip ke kundasang pula...


**************


No comments: