Assalamualaikum.
Minggu lepas, sempat berborak secara maya dengan seorang kawan yang baru dua bulan berkahwin. Mulanya beliau risau kerana rakan yang majlisnya lebih kurang dengan hari bahagianya telah pun hamil.
Pada mulanya, saya kurang minat nak memberikan sebarang komen lanjut jika melibatkan perkara-perkara yang belum menjadi pengalaman lagi. Cuma kebiasaanya saya sekadar mengingatkan, rezeki Allah dah tentukan. Harta, jodoh, anak-anak semuanya rezeki Allah dah tentukan. Masing-masing ada rezeki masing-masing. Mungkin kurang rezeki disini, tapi Allah limpahkan ditempat lain pula. Yang penting yakin, usaha dan doa banyak-banyak.
Kemudian, saja saya ingatkan beliau ada mengambil apa-apa makanan tambahan atau diet tertentu. Vitamin atau mengambil makanan sunnah. Jawapan beliau "nak mencuba secara semula jadi", kalau terpaksa baru ambil set kesuburan.
Macam mana nak cakap kan. Seolah-olah kita nak ambil peperiksaan tapi tiada usaha yang lebih. Kita nak ambil peperiksaan, kita terlampau bergantung pada nota dan latihan cikgu bagi. Tapi tak mencuba soalan peperiksaan dari sekolah, daerah lain.
Mengamalkan makanan sunnah. Makanan sunnah bukan set subur. Makanan sunnah adalah diet terbaik untuk sistem badan kita. Semua rasanya tahu apadia makanan sunnah. Boleh google. Contoh minum susu, sunnah Rasullullah. Bagus untuk tulang sebab banyak kalsium. Kurma pula bagus untuk penghadaman usus. Nilai gula dalam kurma pula tidak akan menyebabkan kencing manis atau diabetes kalau terlebih diambil. Kismis pula, bagus untuk kecergasan minda, meningkatkan tumpuan. Masukkan makanan sunnah dalam menu harian, insyaAllah dapat pahala dan dapat kesihatan terbaik.
Kurangkan makan 'fast food' dan banyakkan makan sayuran dan buah-buahan. Ini pun salah satu usaha, nak pastikan badan proses makanan yang sihat. Kurangkan toksik dalam badan. Amalkan makan buah setiap hari pagi dan malam dan juga banyakkan minum air insyaAllah semua toksik akan disingkirkan dalam badan. Ada terbaca, amalkan selama seminggu boleh menurunkan berat badan sehingga 5 kg. Cubalah.
Ada juga saya bertanyakan sama ada beliau mengambil asid folik. 'Apa tu asid folik?'
Laaaa........hai isteri, hai suami, bakal-bakal isteri dan bakal-bakal suami. Semasa bujang terlampau sibuk barangkali mencari pasangan dan sibuk membuat perancangan perkahwinan agaknya. Mungkin terlampau sibuk membaca hendak menjadi isteri dan suami solehah.
Asid folik ni apa? Penting ke?
Asid folik secara ringkas adalah sejenis vitamin dalam kumpulan vitamin B. Asid folik menurut kajian boleh diambil seawal 3 bulan bagi mereka yang merancang kehamilan ataupun sejurus mengetahui dirinya hamil. Sebabnya dapat mengurangkan seterusnya mencegah kelahiran bayi pra matang dan kecacatan bayi. Penting atau tidak bergantung kepada kesedaran masing-masing.
Saya kurang minat nak komen banyak. Info lanjut boleh google sendiri. Saya tinggalkan beberapa link yang sempat saya kongsikan dengan rakan saya.
Kadang-kadang saya agak pelik mereka yang menggunakan telefon cangih tapi tak menggunakan secara maksimum. Teknologi dihujung jari tapi mencari ilmu sangatlah payah rupanya.
Mencari ilmu bukan sekadar belajar disekolah, buat ijazah pertama, master dan phd. Bukan sekadar yang dicetak pada sekeping sijil. Mencari ilmu dimana-mana, tapj perlunya akal untuk bijak menapis maklumat yang kita dapat. Supaya yang jernih diambil, yang keruh buang jauh-jauh.
1 comment:
hebat cikgu fizik ni sume die tau..
Post a Comment