Assalamualaikum.
Esok sudah hari khamis nampaknya. Hari ini hari rabu. Cuaca masih sama panas terik. Agak terasa sebulan bersekolah kulit macam dah gelap pula. Pergi balik sekolah sejak awal tahun memang tanpa menggunakan penghawa dinggin. Jimat minyak mungkin :P tapi sebenarnya tak mahu badan terkejut, sekejap terlampau sejuk, kemudian terlampau panas...boleh demam pula nanti.
Kalau emosi ok, rasa hari-hari nak menaip. Sampaikan tak tahu apa nak letak tajuk, dan kadang takda isi langsung. Sudahnya terpaksa dilabel sebagai 'draft' sahaja.
Kadang pula, elok ada isi dan tajuk. Tapi bimbang pula menyinggung perasaan dan emosi orang lain. Bimbang juga niat sebenarnya disalah tafsir. Baiknya pun disimpan sebagai 'draft' sahaja juga.
Tapi akhirnya satu persatu terpaksa di'delet' sebab terlampau banyak 'draft'. Selepas ditapis banyak buruknya dari baiknya. Ada juga sesetengah yang ter'post' juga rasa bimbang disalah fahamkan. Semoga Allah mengampuni kekhilafan saya.
Apapun....
Selepas hari ini cuma seratus sahaja lagi...
May Allah bless him ;)
3 comments:
Tulis dan terbit sahaja tak apa jika itu utk seruan kepada kebaikan :)
Bimbang salah tafsir...salah faham...terlebih faham...macam2 laaaa
Bimbang salah tafsir...salah faham...terlebih faham...macam2 laaaa
Post a Comment