Friday, April 29, 2016

Besday Abah


Dua minggu lepas. Alhamdulillah selamat majlis makan-makan sempena besday Abah. Bulan empat tanggal tujuh hari bulan. Awalnya saya merancang untuk sambut hari lahir untuk dua orang. Malangnya disaat akhir, Allah menetapkan tidak dapat berbuat demikian. Ok, akan datang insya Allah.



Alhamdulillah, tahun ini genap 69 tahun umur abah. Mudah-mudahan dipercepatkan Abah dipanggil untuk menunaikan rukun Islam ke lima nanti. InsyaAllah rezeki Allah telah tetapkan.  


Menu lewat malam semuanya melalui kesepakatan bersama adik beradik. Mungkin ada yang terlebih dan terkurang. Yang terkurang disokong dengan khidmat tenaga. 

Sebenarnya rasa seronok dapat berkumpul sekeluarga. Ditambah pula keluarga cik mat dan makusu nak memeriahkan majlis. Bersyukur sangat. Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih, may Allah bless you :)