Thursday, April 28, 2016

Besday insan tersayang.


Seperti tahun sebelum ini, belum ada kesempatan untuk menyambut besday suami bersama. Sorang di timur dan sorang di selatan. Belum ada rezeki. 

Awalnya saya merancang untuk belikan hadiah dan akan berikan bila jumpa nanti. Tapi nampak dah sangat biasa. Macam nak buat lain dari lain. Kebetulan sebelum ini rakan sekolah dapatbkejutan dari suami sejambak bunga. Termuncul idea nak buat kejutan. Kalau buat kiriman pos, belum tentu akan sampai pada tarikh sebenar.

Akhirnya pencarian saya berakhir bila saya jumpa satu kedai kek, rasanya satu-satunya kedai kek yang aktif menjual dan boleh menggunakan pemindahan wang secara maya. Tak dapat bunga, dapat kek pun lagilah baik. Boleh kongsi kegembiraan bersama rakan sekerjanya nanti.

Seawal 3 minggu rasanya saya sudah pun bertanya harga dan perisa. Sebelum itu juga dah pastikan kedai boleh membuat penghantaran terus ke tempat kerja suami. Empat hari sebelum kejadian, saya tetapkan tempahan dan terus bayar secara pindahan wang secara maya sahaja.

Lama juga menyimpan proses ini. Menahan dalam hati supaya tak terbocor dalam mulut. Jangan sesekali bangkitkan hal ini. Mesti rahsia sebelum hari kejadian. 

Jom layan gambar orang malu-malu dapat kek. 




Selamat hari lahir abang. 
Semoga Allah berkati umur dan rezeki abang.
Selebihnya.........simpan sebagai doa selepas solat. 



Semoga menjadi kenangan terindah buat abang. 


1 comment:

Terima kasih, may Allah bless you :)