Thursday, May 05, 2016

Demam berganti


Salam dhuha semua.

Peperiksaan pertengahan tahun sedang berjalan pagi ini. Kertas pertama, sejarah kertas 3. Masa menjawab diberikan 3 jam lamanya. Jadual mengajar saya penuh 7 masa sehingga jam 12.40 tengah hari. Saya kurang sihat sebenarnya. Tapi memandangkan yang mengambil cuti sakit dan cuti rehat agak ramai hari ini. Saya gagahkan juga kesekolah.

Sebenarnya semasa Al Fatih kurang sihat tempoh hari, dan semakin bertambah teruk bila ada batuk dan akan muntahkan susu yang dia minum. 

Saya berdoa supaya saya mengantikan sakit yang diterima oleh Al Fatih. Biarlah saya yang menanggung sakit, sebab anak kecil belum mampu bercakap dan mencari ubat sendiri. Nah....sekarang saya yang sakit.

Fahamlah saya yang sebenarnya saya sendiri juga tak kuat menghadapi demam. Hampir menjadi rutin pagi saya mengambil vitamin C. Hampir juga setiap malam saya mengambil Alfafa. Minum air hampir 2 liter. Namun jika itu sudah dalam rencana Allah, saya redha.

Jika bayi demam bagus untuk sistem keimunan bayi tersebut. Maka demam untuk saya pun bagus juga untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Terima kasih Allah.




1 comment:

Terima kasih, may Allah bless you :)