Alhamdulillah...Tiap kali ada rezeki dan peluang ikut rombongan budak sekolah.
Saya boleh katakan dalam hati ni berbunga-bunga ceria dan suka sangat la. Maklumlah zaman sekolah dulu sangat-sangat skema dan terkongkong (ceh...ni nak memberontak la kununnya).
Peluang dapat jalan jauh dari JOHORRRR...(kalau dalam johor pun masih suka lagi) sangat teruja!! :D
Walaupun terpaksa berkorban cuti sekolah. Saya sanggup... :D
Sebab je kenapa saya sangat suka-rela-hati nak jadik guru pengiring pelajar yang buat rombongan.
1 * Free
Semestinya setiap kali lawatan mana-mana pun tambang dan penginapan, malah kadang-kadang makan pun termasuk dalam pakej FREE. Untunglah jad cikgu ni kan. Itu yang orang selalu pertikaikan betapa mudah, rilek dan senang-lenang goyang kaki jad cikgu. (teringat blog budak engineer pulak)
Itu ayat-ayat orang jeles...hihi...
Kita abaikan..ok :D
2 * Meluaskan pemandangan
Yup!! Dapat cuci mata dan merehatkan mata dan minda dari hiruk-pikuk sekolah.
Asyik-asyik menghadap kertas-marker-papan putih-kantin-makcik kantin-laptop-printer-pen merah-pakcik tukang kebun-blok sekolah-cikgu-budak baju putih-pengetua..ops!! silap2..
Dengan hantar budak sekolah membuat lawatan, kita sebagai cikgu pun akan terbukalah minda, boleh cari idea baru nak mantapkan P&P dalam kelas. Kan elok kan tu...minda cikgu dan budak-budak sama-sama terbuka.
Lagipun memang saya teringin nak tengok tempat orang. Asyik berada dalam Johor je, saya rasakan selama ini saya sentiasa berada dalam zon selesa. Seakan takda cabaran langsung dalam hidup ni...(ceh) Tapi sejujurnya, ada kebimbangan dalam hati seandainya keselesaan saya ditarik balik sebelum saya sempat bersedia menghadapi cabaran mendatang.
3 * Ada teman
Takda istilah keluar jalan sorang untuk tempat jauh bagi saya. Maka, rombongan ni suatu tempat yang sesuai untuk saya dapatkan kepercayaan/keizinan Mak Abah nak jalan. Kalau kena hantar budak rombongan dan menjadi suatu tugas 'khas'. Suka atau tak suka Mak Abah kena rela hati lepaskan saya keluar...hihi....~~~ SUKE :D
Ok.
*
*
*
*
Cukup 3 sebab setakat ni yea..
Tata-Titu
******************
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, may Allah bless you :)